xtvt yang tertangguh diteruskan semalam.. Memandangkan pulut kuning dan rendang daging dah siap pagi semalam (tak jadi buat hari Sabtu).. chef hubby menggunakan masa yang ada dengan..
Mengalihkan pokok cili ke dalam bekas yang disediakan oleh hubby.. Sambil buat sambil doa moga sihatlah pokok cili tu.. Sebelahnya tu daun sup (dah nak habis pantang hari tu hubby belikan.. masa kenduri dak Nuha hari tu berguna jugaklah..)
Pokok bunga tu dah lama beli, tu baru subur dan gebu lepas hubby 'trim' balik.. Masa dalam pantang hari tu macam nak mati aku tengok sebab tak dibelai mesra.. Pokok cili dalam polybeg tu pulak baru beli..
Pokok limau ni aku yang request mintak hubby belikan.. Masa beli punyalah banyak buahnya tapi dalam diam dak Adik petik buat main.. Nak marah bukan boleh cantum balik buah tu tapi kena jugaklah dengan aku.. ggrrrrr..
Lepas dah selesai layan pokok cili tu, aku join tengok dorang ni lumba basikal.. (gambar dak Kakak dengan dak Adik takde sebab dorang merajuk ---> kalah berlumba.. apa pun tak boleh dorang ni).. aku tak join tapi sempat jugaklah seround dua dengan boyfriend baru aku..
DAN..
Kemuncak xtvt petang semalam.. makan pulut kuning vs rendang daging dan sambal ikan bilis.. menu sampingannya pulak bihun goreng dan jemput-jemput @ cekodok serta cili kicap ---> semua disediakan oleh chef hubby..
Pulut kuning ni dibuat khas untuk k.Hema a.k.a pengasuh anak-anak, memandangkan semalam birthdaynya..
Kat luar rumah mak-mak budak.. kat dalam rumah bapak-bapak budak dok layan GP (kalau tak.. akuler yang tukang teman hubby layan GP).. Budak-budak pulak leka main kat taman..
Mood dak Nuha nampak ok sikit petang ni.. (memangler sebab dah kenyang + cukup tidur)
psstt: Pulut kuning tak berapa menjadikler kali ni..
psstt lagi: Isnin.. Selasa.. Rabu.. Khamis.. Jumaat.. Sabtu.. Ahad <--- menghitung hari..
last psstt: 16.. 17.. 18.. 19.. 20.. 21.. 22.. 23 <--- eeerrr.. hujung minggu ni aku cerita ek..
Bila lihat Nuha duduk macam tu macam dah besar sangat kakak tengok. Suka-suka-suka...
ReplyDeleteDak Nuha dah pandai bergaya ya?
ReplyDeletewahh..bestnya makan pulut kuning dan rendang daging..kalo kat sini tiem org khatam quran dptla merasa, tue pun kalo mls nak masak sendiri hehehe
ReplyDeletemakchaq suka tengok pokok2 tu..
ReplyDeletepokok cili makchaq habis kena makan dengan siput babi.. tapi nampak macam dah nak bertunas balik...
Ololololo...comelnya baby 2 org tu. Tp yg Hazwan tu nmpk betul muke 'superhero' nya. Nuha mcm biase, comel!!!!!!!!! Geram!!!!!!!
ReplyDeletepokok beli tak kira la limau ke cili ke..masa beli kemain banyak buahnya.. bila yang tu dah luruh ke habis ke..susah nak tumbuh balik.. saya mmg tak pandai bab tanam pokok ni walau pun anak petani..hehe
ReplyDeletekak..saya jeles betul dengan komuniti kat taman akak tu.. meriah je...
nuha yg botak....tp ttp comel...
ReplyDeleteNuha semakin besar comel : ) ai , cik ina ada tanam pokok limau tapi asyik kena gigit serangga je. dulu pernah mati sekali ni cik ina tanam balik tak tahu lah macam keadaannya tu.sedapnya pulut kuning .
ReplyDeleteaduii comelnya dak nuha...botak2 pun comel!
ReplyDeletesyoknya bercucuk tanam...saya kalau bercucuk tanam.....sekejap aje...pastu pokok semua bantut....akhirnya semua mati...hik..hik...
ReplyDeletewah meriah nyer makan pulut kuning n rendang KA nak wat jugaklah !
ReplyDeletepergh... ok dah tu.. nmpak mcm sedap dah pulut kuning tuh.. hehehe
ReplyDeletewah... meriah tuu.... aikk... racing basikal yee... haaa3x
ReplyDeletesuka mini gardennn
ReplyDeletesegarlah penghuni umah tuu
suka tengok gambar kamu...
ReplyDeletesabar je r budak2 petik pokok tu kan.. ish ish.. waah.. pulut kuning + rendang.. memang sedap!
ReplyDeleteteringin jugak nak tanam sayur2an kalau dah pindah nnt. tapi tanam dlm pasu je la. bukan ada ruang pun nak tanam atas tanah. huhuhu...
ReplyDelete