Followers Remaja Purba

Thursday, June 21, 2012

Omelan dak Kakak..


Dak Kakak: Mintak-mintak hujanlah petang ni, tak payah ada sukan..

Aku dan hubby yang mendengarnya tergelak dibuatnya.. Nampaknya dak Kakak macam tak mewarisi 'ketereran' aku dulu.. ---> sila jangan muntah pink kerana tiada yang tak benar melainkan benar belaka..

Aku suka kalau dak Kakak beraksi cemerlang dalam acara balapan..Dulu sukan kegemaran aku 100m, 200m, 4x100m dan lompat tinggi ---> lompat tinggiler sejarah aku dapat sakit pinggang.. Tapi kalau dia tak suka takkan kita nak paksa pulak kan..? Biarlah.. yang penting dia gembira.. acara apa yang dia masuk aku tak tahu lagi..

Sepanjang minggu ni dak Kakak ada latihan di padang sekolah sempena Sukaneka esok.. mesti happening.. DAN.. aku yang terlebih excited sebab ni kali pertama dak Kakak terlibat dengan sekolah barunya tu..




psstt: Hari ni aku dah semakin ok berbanding semalam.. syukur sangat-sangat.. kalau tak.. nak buat apa pun tak boleh..

psstt lagi: Cuaca pulak mendung sejak pagi tadi ---> angkara jerebu..

last psstt: Tak boleh fokus bila dak Adik suruh layan dia.. dak Nuha pulak merengek nak susu.. Nampaknya kena stop sekejap..

16 comments:

Faris Adli said...

aku masa sekolah memang tak pandai bab sukan..maybe mewarisi parent aku

Kancil 8349 said...

alhamdulillah

QueeN TerataI said...

hehehe kak samalah kita.. sya kat sekolah dulu mmg suka acara2 balapan tu.. lari pecut semua ada je muka sya kak.. tp skrg ni mmg dah semput la kalau nk berlari.. hehehe lompat tinggi pun sya juga.. tp selalu je no 2.. hehehe

Kakzakie said...

Oh... baru kakak tahu macam mana sakit pinggang tu terjadi ye. Masa jatuhkan badan agaknya lagi pula masih muda remaja.

Anak kakak berjemur latihan juga sampai dah gelap.

Cik Asma BLuppy said...

amboiii akak.. ratu pecut la ni?
hahaha

kakcik said...

Hari ini hujan turun sekejap2. Bagaimanapun syukurlah jerebu dah makin hilang.

Anum said...

hehehe
pecut sis

Rai said...

perit tekak hari ni.. pagi pagi dah mendung..tak tau la mendung nak hujan ke mendung sebab jerebu..

Rozita said...

takpe kalau dia tak suka..bagi benda yg dia betul2 minat...

kat kuantan mendung dari pagi sampai la ni... syukur...redup je..

Afasz said...

hujan itu rahmat... >_<

ct rahani said...

suka jugak dh dua hari hujan turun.. sejuk sket bumi rasanya.. hehe..

Gen2Merah said...

dulu saya memang tak aktfi dalam sukan balapan.. ada pun cuma ikut pertandingan perbarisan je.. ehehe

L said...

hehe.. xmewarisi... muntah hijau..=D

jom layan kejap..=D
http://lolz-l.blogspot.com/2012/06/still-jahat-walaupun-dah-solat.html

makchaq said...

Pagi tadi hujan lebat kt putrajaya tapi sekejap sangat..

Sekarang memang musim sukan, anak makchaq tadi pun tak mau pi latihan kawat...

delarocha said...

bersukan elok utk kesihatan... masa blaja lah ada peluang bersukan, masa dah keje nnt..malasssss.. huhu

anisalya said...

aisey... harap2 anak2 mewarisi bakat terendam maknya kan. sama la macam saya ni. suka jugak acara balapan.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...