Followers Remaja Purba

Monday, June 25, 2012

Berkampung..


Malam tadi diadakan sesi 'berkampung' bagi membincangkan perkara berdasarkan menu pilihan untuk kenduri nanti.. Sejak petang dah mula sibuk bagi menyediakan juadah kepada tetamu.. dengan bantuan dari nenek Uda dan jiran terdekat syukur 'berkampung' malam tadi berjalan dengan lancar..

Cuma.. yang tak berjalan dengan lancar ---> dak Nuha..
Dari bagi susu ---> muntah ---> tukar baju ---> tukar pampers ---> muntah balik ---> 5 helai baju bertukar ganti ---> akhirnya berjaya juga aku tidurkan.. itupun lepas dak Kakak dengan dak Adik masuk bilik tidur sekali dengan dia.. Dia nak bau kakak dengan abang dia agaknya.

Kesian kat nenek Uda dan jiran terdekat yang membantu mengemas selepas selesai 'berkampung'.. Serba-salah dibuatnya gara-gara dak Nuha meragam.. tapi apa-apapun terima kasih atas bantuan nenek Uda dan semua yang membantu dari awal hingga habis..

Hari ni pulak sesi mengemas menyimpan segala peralatan selain disamping rutin harian..



psstt: Nak amik periuk besar punya kat rumah mak.. tapi bila..?

psstt lagi: Cakap dengan dak Nuha.. 'Baru 'berkampung', Nuha dah meragam.. camne agaknya kerenah Nuha masa kenduri tu nanti.. ?'

last psstt: Penat malam tadi tak hilang lagi..



18 comments:

  1. mybe baby nuha tak selesa ag dengan orang ramai kot.. cpat2 sihat ye baby nuha;)

    ReplyDelete
  2. Salam Ai...

    boleh smskan nombor hp Ai tak kat kakcik semula? Banyak nombor dah hilang gara2 tukar hp. :(

    ReplyDelete
  3. dah meragam lagi bertambah penatlah ....xpe ada alasan , anak kecik takyah buat keja kenduri..keh2.

    ReplyDelete
  4. Mungkin riuh-rendah org ramai buat Nuha tak selesa dan susah tidur. Sebab itu masuk bilik ada kakak dan abang dia rasa itulah yg biasa dia lebih selesa...

    Insya-allah kenduri kelak oklah. Kena bagi dia tidur puas-puas dulu...

    ReplyDelete
  5. siannya nuha. agaknya sebab babah takde kot?

    ReplyDelete
  6. bestkan.. dpt jiran2 yg baik mcm tu.. adess Queen ni jiran2 pun x kenal lg.. cmner?

    ReplyDelete
  7. kesian dak nuha..tak sihat agaknya.. perut kembung masuk angin..

    semoga semuanya berjalan lancar..

    ReplyDelete
  8. Oh, acara memasak scr gotong-royong eh?

    ReplyDelete
  9. biasanya baby baby ni time kenduri tengok mcm relax je kan... tido je biasanya. so Nuha pun mungkin mcm tu jugak.

    ReplyDelete
  10. banyak juga nak kena fikir untuk persiapan kenduri nanti ye kak. semoga semuanya berjalan lancar ok :)

    ReplyDelete
  11. InsyaAllah masa kenduri tu tidor je dak Nuha.. Budak2 kecik selalu macam tu.. orang marhaban pun dia tidor je..

    ReplyDelete
  12. maca mana ngan nuha sekarang??? kesian kat sheols...

    ReplyDelete
  13. smoga nuha tak meragam time kenduri nnti...

    ReplyDelete
  14. wow...hebat tu berkampung...seronok

    ReplyDelete
  15. budak2.. bese r tu.. time2 macam ni r nak tarik perhatian ramai.. jadi public figure.. ^^

    ReplyDelete
  16. adoi...jujurnya dayah baca pun terasa penatnya...tapi nak buat cemana ragam anak kecik kan..

    harap2 dak nuha tak meragam masa majlisnya sbb yelah..bb kan..
    mungkin tak tahan nti ramai2 org..

    apa2 pun.. mak nye kuat semangat la yek..!

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...