Followers Remaja Purba

Saturday, June 9, 2012

EURO pada pandangan mata seorang Remaja Purba..


Rata-rata orang dok bercerita pasal EURO yang dah mula dah pun.. Aku nak cerita pasal EURO ni..? Dah terlalu lama aku tak layan bola.. Kalau dulu aku cukup gila bola, nak pulak EPL.. laju je aku..

Punca aku dah tak minat bola.. sebab kena tegur dek bapa saudara aku "Kau tu taknak sekolah dah ke? Periksa dah nak dekat.." Lebih kurang cenggituler bunyinya.. Tersentap kejap jiwa bola aku ni.. Sejak tu aku tak berani dah nak curik-curik tengok tv sampai jauh malam.. dan secara perlahan-lahan jiwa bola aku hilang arah tak jumpa jalan balik.. eh! Apa melalut daa.. panjang sangat intronya..


Disebabkan aku keletihan berjalan sakan semalam.. Langsung tak sedar pukul berapa hubby balik dari J.B.. Sedar-sedar je dak Adik masuk bilik air.. dengar pulak suara-suara asing kat ruang tamu.. rupa-rupanya hubby layan TV.. Suruh dak Adik tutup, dalam mamai tu hubby tak bagi, sudahnya aku biarkan..

Pukul 5 am tadi dak Nuha kejutkan aku.. dia bagi aku tugasan tambahan selain dari nak susu dan muntah.. dia ehem sudah.. tengok kat ruang tamu, TV masih terpasang tapi tuannya dah lena.. Aku bebel-bebel sayang kat hubby.. "Sila off kan TV sebelum tidur ye cik abang.." Tak terkata hubby.. Nak kata camne, kalau dah penat + mengantuk tu tak payahlah nak buang masa layan TV tu bang oiii..

Cuma aku rasa satu je persamaan aku dengan kebanyakkan para isteri yang lain.. Takde peneman tidur malam.. tapi walaupun teddy bear aku takde tapi aku ada teddy bear kecik ---> Dak Nuha a.k.a buah hati hubby..



psstt: Nampaknya selagi EURO tak habis termasuk siaran ulangan + tertunda, penatlah TV tu borak sensorang.. tuannya pulak zzzzzz... krohh.. krohh.. krohh.. Itu kalau time hubby ada kat rumahlah..


psstt lagi: Aku cadang biar dak Nuha tidur dengan babah dia depan TV lepas ni.. biar terkebil-kebil mata dak Nuha 'mengejar' bola.. hikhikhik..


last psstt: Nasib baik EURO tu awal pagi, kalau siang hari mau patah dua remote astro tu menjadi rebutan antara anak-anak dengan babah dorang..

13 comments:

  1. Assalamualaikum...

    masa zaman study dolu-dolu sanggup bersengkang mata tunggu bola juga... haha. Siap ada adik tukang bancuh nescafe/kopi

    sekarang dah takde geng...
    Terima Kasih atas kunjungan

    ReplyDelete
  2. saya tak minat bola sejak azali lagi.. hehehe.. tapi, ramai kawan yg minat bola merungut, sbb musim euro dalam minggu exam. x dapt nk layan puas2.. hehehehe

    ReplyDelete
  3. hmm..
    pengkomen atas ni,
    sorg tak minat bola n sorg gila bola..

    hewhewhew..
    asu tengah2..
    suka..tp xde teman nk tgk same :P
    coz abah xminat sgt bola..hoho

    ReplyDelete
  4. gedek:
    kira selamat mata, tak perlu nak berjaga malam.. ;)


    Afasz:
    psstt: kalau en. suami bukak channel bola maka tengok jelah, takkan nak tukar channel lain pulak kan.. ;)


    zie:
    ada yang suka ada yang tidak.. ;)


    pha is:
    study lagi penting.. tapi bola punya pasal.. ;)


    Cik Ummi:
    Asu.. kalau kita sebelah rumah, akak rasa confirm berkampung kat rumah akak.. sambil tengok tv sambil belek dak Nuha sambil borak sambil makan.. pastu tv tengok kita.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. Kat rumah makchaq pun tak da peminat bola tegar.. Kalau depan mata tengok.. Tapi tak de yg sanggup berjaga tengok bola..

    ReplyDelete
  6. naseb bek husband saya tak bape minat bola. kalau tak mesti saya kena tido sengsorang jugak musim ni =)

    ReplyDelete
  7. rumah pcl aman, tv pn kadang minta ditekan remotnya mintak ditonton...layan bola emmh lg la rajin sangat...

    ReplyDelete
  8. erk... saya memang tak ada peneman tidur. jgnkan time euro, sebelum euro lagi dah. yang ada tiga orang budak kecik ni la yang dok berebut sokmo bila sesekali abah balik.

    ReplyDelete
  9. zaman blaja dulu rajin r layan euro tu.. sekarang dah keje.. kalau layan euro gak memang nahas betul r tu nak g keje pagi esoknye..

    ReplyDelete
  10. musim EURO.. para isteri pandai2 la tido sndiri k.. hahaha

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...