Followers Remaja Purba

Wednesday, August 10, 2016

Mungkin esok giliran kita..


DariNYA kita datang..  kepadaNYA kita kembali..

Kita bersyukur kerana dikelilingi mereka yang menyayangi kita..
Kita bersyukur kerana masih dapat menikmati nikmat pemberianNYA..
Alhamdulillah.. syukur kepadaMU..
Tapi..
Bagaimana dengan mereka yang telah kehilangan orang yang disayangi..?

Hari ni.. aku dapat dua berita..

Berita pertama:
Bapa saudara en. Hubby meninggal dunia pagi tadi.

 my SIL yang mesej aku..

 
Status terakhir arwah di dalam FB beliau..
Innalillahiwainnailaihirojiun.. Al-Fatihah



Berita kedua:
Anak tunggal kepada rakan tempat kerjaku sedang bertarung nyawa juga di HKL. Bertabahlah buatmu Ary dan Teh di atas dugaan yang menimpa anakanda tercinta. Kuatkanlah semangat kalian. Hanya keajaiban dariNYA je yang kita harapkan.

Dari cerita yang aku dapat, anak mereka yang baru berusia dua tahun awalnya demam panas tapi dimaklumkan dah beransur pulih tapi awal pagi semalam diserang sawan. Terus dikejarkan ke ICU HKL. Sejak petang semalam dipasang alat bantuan pernafasan dan sehingga kini masih menantikan berita dari mereka. Moga ada sinar harapan buat si kecil untuk meneruskan kehidupan. Namun andai setakat ini yang diizinkan olehNYA, Ary dan Teh kena kuat..


DIA takkan membebani kita melainkan apa yang terdaya olehnya. DIA tidak akan menguji hambaNYA diluar kemampuan hambaNYA.. sebab DIA tahu kita mampu, maka itu diturunkan ujian ke atas diri kita.

Ingatlah.. sehebat mana pun ujian yang dihadapi, kehidupan perlu diteruskan. Redha dan yakin bahawa ada hikmah disebaliknya. Pasti kita akan dikurniakan keadaan yang lebih baik dari sebelum ini.
 

StatusHati: Sampai masa aku juga akan pergi..



18 comments:

  1. Al Fatihah..semoga allah permudahkan buat semua...amin..

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah..semoga Allah permudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  3. Innalillah wainna ilaihi roji'un

    ReplyDelete
  4. memang betul...bila2 masa je kita boleh dijemput pulang. moga kita semua pulang ke syurga kelak

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainailaihirojiun.....

    ReplyDelete
  6. Al Fatihah...memang menginsafkan hati nurani ini

    ReplyDelete
  7. Innalillahiwainailaihirojiun..... Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  8. Innalillahiwainailaihirojiun..... Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  9. alfatihah bt arwah...

    bt anak kwn opis akak, moga di berikan kekuatan n kesembuhan...

    yelah kak, masa kite ntah bila, esok atau lusa kita pun tak tau

    ReplyDelete
  10. Dari Allah kite datang dan kepada Allah la kite kembali...semoga anak kecil itu di berikan kesembuhan dan semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman...salam takziah untuk seluruh keluarga yg dalam kesedihan...


    giliran kite ntah bila la pulak kan ???

    ReplyDelete
  11. kematian hanya ALLAH yang tahu... tiada seorang pun manusia yang tahu bila dia akan mati..

    subahanallah..maha suci tuhan yang menciptakan.

    ReplyDelete
  12. semoga roh nya dicucuri rahmat....masa kita juga bakal tiba, moga moga bekalan sudah cukup.

    ReplyDelete
  13. Betul. Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah. Kita yang diuji kena kuatkan semangat supaya tidak terus hanyut dalam kesedihan.

    Al-Fatihah untuk yang dah pergi meninggalkan dunia ini. Moga mereka semua tenang di alam sana. Moga adik itu dan keluarganya kuat dan sabar. Moga cepat sembuh ya dik. Aamiin.

    ReplyDelete
  14. AllahuAkbar, Ai. Baca kisah2 ini, mengingatkan kita yang Allah Maha Berkiasa. Anytime...anywhere. Adakah kita sudah bersedia andai ini hari terakhir dimuka bumi?

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum.

    Sampai masa kita yg masih hidup akan menyusuli mereka yg dah pergi..

    Saya kadang2 rindu arwah opah saya yg dah pergi tahun lepas..disebabkan strok..waktu hidupnya, tiap kali saya balik kampung, saya senang terbersin, mesti arwah tegur dgn senyuman..katanya bunyi bersin tu kelakar,huhu..arwah pun rajin buatkan talapia masak tempoyak..sekarang tinggal kenangan je kak..

    ReplyDelete
  16. inan lillahi wa inna ilaihi rojiun..

    ReplyDelete
  17. Alfatihah! Bagaikan dia tahu masanya dah nak sampai!

    Semoga anak tunggal kawan Aiza tu akan segera sembuh hendaknya dengan izin Allah. Kasihan alahai bila baca berita macam ni, lebih-lebih lagi membabitkan anak kecil!

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...