Followers Remaja Purba

Monday, August 8, 2016

Aku dah lakukan satu kesilapan besar..


'Acik.. ambiklah gambar Adam sekali. Adam pun nak..' Sambil dia menunjukkan peace dekat aku. Aku tak kenal pun siapa dia.. tapi mesra kemain. Siap ajar dak Nuha lagi mainan yang ada dekat taman tu.

'Meh, abang ajar macam mana.' Bila dia tengok dak Nuha terkial-kial nak memanjat. Lepas tu jadi geng.. kejap kiri.. kejap kanan.. memang aktif sungguh budak Adam ni. Dak Nuha dari malu-malu terus lupakan aku sekejap. Cari aku bila waktu dia haus nak air je, lepas tu main dan terus main..

Bila dah ramai budak-budak datang main, terus dak Nuha dilupakan Adam..
'Kawan tak nak main dengan Nuha.' Adu dak Nuha pada aku..
Hehehe.. dak Nuha memang macam tu.. tengah main tetiba dia dilupakan, merajuk muncung terus..πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†




Ada yang perasan tak dak Nuha dah potong rambut..



Kisah sebenar pada hari Sabtu lepas..

Pagi tu dak Kakak ada kelas tambahan di sekolah, sambil tu aku ambil kesempatan nak berjogging di taman. Awalnya dak Nuha tak menunjukkan minat nak ikut.. tapi bila tengok aku dah start enjin kereta, laju je dia masuk dalam kereta..

Dekat taman yang aku pergi tu aku dah lakukan satu kesilapan besar..
Sepatutnya jangan lalu depan taman permainan tu dulu, tapi sambil berjalan sambil berchit chat tak perasan itulah tempat memula kami lalu. Sudahnya, jangan kata sepusingan, tak sampai separuh dari taman tu, kami patah balik bila dak Nuha mula tunjukkan protes tak nak berjalan sama. Merengek nak main dekat taman permainan.

Berpeluh jugak aku bila ikutkan dak Nuha, kejap nak main itu, kejap nak main ini. Sudahnya aku duduk setempat sementara dak Nuha bermain dengan abang Adam yang baru dikenalinya itu. Sambil chit chat lagi, mata tak lepas memerhatikan dak Nuha..

Begitulah kisahnya.. keranamu Nuha ibu kepingin nak berjogging di taman tersebut.. hahaha..


StatusHati: 'Makcik, saya ni masih remaja purba, belum tua lagi..'


11 comments:

Siqah Hussin said...

next time pergi, nuha in a good mood, boleh pergi jogging ye kak :)

norhidana miswan said...

tajuk tak sesuai kih3....

kire ok lah tu kak, bersenam jgk bila layan dak nuha ke sana sini

Mia Kassim said...

Budak2 mmg pantang nampak taman permainan .. hehe

alin said...

masa akan berlalu bila anak kita dah besar dan tak akan minat nak main taman permainan lagi.. Jom kita hargai masa ni selagi berkesempatan :)

tiga lalat said...

mak masa muda muda kecil molek dulu ada tak budak Adam ajak main main kawen kawen., harhar2

lieyalatif said...

ni same konsep kalo gi mall la ...sanggup pusing tak mo lalu depan toyrus takut dayyan cukai ahhahahaahaha...tapi budak skrang bijak, die ingat jek lokasi toyrus kat mane ..boleh tunjuk n warning jgn lupe singgah nanti haahahahaha

seronok dpt beriadah kat taman...dah lama lieya tak bawak budak2 ni gi taman...

idzwa kamaruddin said...

hehehehe..sama la dengan kak rumah tuuuuuuuuuu...pantang nampak!

Azlinda Azman said...

Comel nuha

Rizziela said...

cutenya dia

Khairul Bariah said...

Ingatkan kesilapan apa tadi. Kalau kehulu kehilir dgn dak nuha tu kira jogging jugak ler tu aiza. Akak pun malas nak ke taman sbb tak larat nak main aci kejar dgn anak. hihi

Mummydearie said...

Ingatkan kesilapan apalah tadi, Aiza. Budak-budak memang macam tu. Kalau dah jumpa playground jangan haraplah mereka nak berganjak. Saya pulak tak boleh jumpa bangku kosong di taman. Asyik-asyik nak ngelat jerk ^_^

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...