Followers Remaja Purba

Friday, August 12, 2016

Dapat jumpa tiga Hero yang hangat


Kisah petang semalam di sebuah stesen Petronas..

Malas nak jadi seorang yang skema beratur di belakang kereta yang sedang mengisi minyak, aku mengambil keputusan menyongsang arah. Kebetulan kenderaan tak banyak masa tu, memudahkan lagi kerja aku. Selagi tak menghalang laluan orang lain, aku redah je dan masa tu lah terpandangkan budak dalam kereta sedang melihat mamanya pam tayar kereta.

'Eh!Macam kenal lah..' sambil cuba melihat wajah mama budak tu yang tengah pam tayar. Sengaja aku tunggu nak pastikan betul ke tak, walhal nak isi minyak masa tu. Bila mama budak tu beralih tempat.. 'Eh!Betullah.. aku kenal deme tu..'Apalagi peluang yang ada jangan disia-siakan.

Sebelum ni dapat jumpa mamanya owner of Dreamy Treat Macaron tanpa anak-anak beliau di SINI.. Kali ni with her kids.. Mana leh tahan weh.. dah lama geram tengok budak bertiga tu.. dari berdua dah masuk tiga sampai yang ketiga tu dah besar dapat jumpa pun dalam FB.. kehkehkeh..

Dengan muka tak malu, kuminta izin bergambar. Ni bukan takat suka tapi teruja.. mama dorang gelak je 'habislah korang nanti..' kata beliau pada anak-anaknya..

Kalau sebelum ni like like like dan like je dalam FB tapi kali ni dapat jumpa okey.. Mesti anak-anak blogger Dr. DaddyZiyyad pelik bukan sebab nak selfie tapi sebab suara aku garau semacam.. Hahaha.. maafkanlah acik ye.. suara acik garau semacam sebab acik tak sihat.. 😂😂😂



bukti bergambar..
Sporting habis deme tiga beradik..
Dari kecik daddy deme dah ajar macam mana nak bergambar dengan peminat.. ekekeke..


Mama deme gelak je tengok..
Gara-gara suaraku yang husky membataskan perbualan petang semalam..



DAN..
Bila aku tunjukkan semua gambar-gambar tersebut pada dak Nuha, merajuk sudah anak kecik aku tu.. Cemburulah apalagi.. Lupa pulak yang anak daraku itu tak boleh tengok aku bergambar dengan anak orang, lebih-lebih lagi baby.. cemburunya hazabedah tak hagak.. hahaha..


Ni dalam cubaan memujuk dak Nuha..
Eh! Ada tong gas..?
Kebetulan gas habis, beli sesiap kemudian baru ambil dak Kakak balik sekolah..


Ok Nuha.. jangan merajuk lagi ok.. Ibu delete gambar tu semua..
Babah dia balik kerja takde menda lain, gambar itu jugak yang diadukan dulu..

 
Terima kasih buat mamaZZZ kerana bagi peluang petang semalam.. cuma tak mampu nak bercakap lebih sebab tak larat nak bercakap.. sobsobsob..


StatusHati: ...





4 comments:

Khairul Bariah said...

Seronok tak terkata lah ye aiza, dpt jumpa budak2 comel tu! Bangga DZ anak2 dia kecik2 dah ada peminat!

Pha Is said...

pergh.. retis.. hehehe..

lama x singgah sini.. dak nuha pun dah membesar dengan sihat.. hehehe

Fazleyatul Aini said...

hahaha jadi artis la budak 3 orang tu lepas ni ramai peminat

Mummydearie said...

Famous tiga hero DZ, 'peminat' stop nak ajak bergambar. Mamanya mana? Tak join bergambar sekali ke?

Manalah Dak Nuha tak merajuk. Ibunya sekali bergambar dengan 'hero', bukan satu tapi tiga terus dibantainya! Hahaha!

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...