Followers Remaja Purba

Thursday, August 18, 2016

Sebahagian dari Entiti yang dijumpai..




Sebahagian dari entiti yang dijumpai secara tak sengaja di dalam rumah..
owh...? Apakah tandanya ini..



Aku dah perasan sedari awal, agak banyak dalam tong sampah.. tapi tak terfikir langsung hasil kerja tangan siapa. Tapi bila dak Adik bersuara 'Ibu.. Nuha potong rambut..' sambil ditunjukkan rambut yang tertinggal di atas lantai. Oh.. patutlah banyak dalam tong sampah, dia sendiri buang bukti takut kena marah dengan aku..

Bila aku panggil dia, dengan takut-takut gimik nak menangis dia tu.. 'Nuha nak rambut macam kawan Nuha, Nuha guntinglah..' Huhuhu.. kau rasa..?

Jadi tak cantik dah rambutnya. Bahagian yang digunting jadi tak sekata. Dia gunting bukan sikit-sikit tapi dari pangkal rambut diguntingnya, tu pasal nampak panjang rambut yang kat atas lantai tu.. yang dalam tong sampah tu, tertanya-tanya rambut siapa pulak.. seram jugak memula tu..



Dipendekkan cerita, hari Isnin lepas babah dia bawa pergi saloon rambut, trim bagi comel balik.. Dah elok rupa ala-ala cartoon Dora The Explorer, terus bertukar lagi. Sekali pandang, dua kali pandang tak nampak rupa gegirl dah dengan rambut barunya..

Nak pendekkan.. pendek betul dia dapat..



'Kan senang nak sikat, takde dah kusut-masai..' Senang Babah nak uruskan waktu pagi. Takpelah.. aku pun tak rimas melihatkannya walau hakikatnya aku suka dak Nuha berambut panjang.. tapi dari tak terurus biarlah dipotong.. asalkan tak sakit mata nak melihatnya..


StatusHati: Dak Nuha masih demam, semalam dah bawa ke klinik..


11 comments:

anis abdullah said...

Budak2 ni memang suka nak potong rambut sendiri kan.

hainom OKje said...

Budak baye Nuha ni mmg tgh suka potong rambutlah Aiza. Nak jadi tukang gunting gamaknya hihi... Mana new looknya? Teringin nak tengok

norhidana miswan said...

kih3 abis pendek dh....
pasni kang acik tertukar ingat boboy nnti tau nuha

Fazleyatul Aini said...

haha adoi dia potong sendiri eh. demi nak sama rambut dengan kawan dia

lia ummiirfan said...

oh no!

Aziela said...

Dia tengah suka explore tu Ai...biar lah...hehehehe

Mar Mansor said...

kalau dah dapat gunting..inilah kerja diorang eh..haha

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Dah pandai potong rambut. Alhamdulillah tak kena tempat lain guntingnya. Dah cantik dah pergi potong kedai ;-)

Jobdirumah Buat Duit said...

Tengah belajar macam-macam tu. Pergi sekolah memang boleh jumpa ramai kawan. Cantik dah potong rambut.

Pha Is said...

pandai dah dia main gunting rambut..

aRz MoHa said...

semoga cepat sembuh..budak-budak memang cepat belajar sesuatu....

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...