Followers Remaja Purba

Monday, August 22, 2016

Jaga pemakanan.. tahanlah sikit selera tu




'Napping is the best activity for weight loss.. because I can't eat anything when I'm sleep.'


Hujung minggu adalah masa untuk berehat..
Kalau boleh memang tak nak pergi mana-mana..
Nak berhibernasi je dalam rumah tanpa sebarang gangguan..

Kalau dulu pantang lapar, mengunyah je..
Tu pasal mengembang semacam..
Sekarang aku ada cara terbaik untuk mengelakkan dari mengunyah tanpa henti..

Selain dari tidur, membaca novel turut membantu aku dari dok fikir nak makan apa. Nak pulak kalau genre novel tu novel seram.. tak makan pun takpe.. tapi takdelah kejam sampai tak berasap dapur. Nanti anak nak makan apa pulak kan..

Kalau tak minat membaca..?
Jaga je pemakanan.. tahanlah sikit selera tu dari dok asyik nak makan je..
Semuanya dari dalam diri sendiri..
Kalau rasa nak #perasanSlim kenalah ada daya usaha..
Kalau malas.. aku tak boleh kata apalah.. badan kau bukan badan aku..


StatusHati: Lagi dua minggu habislah program yang aku join tu..

10 comments:

Ann Ishak said...

lagi satu, minum air banyak sampai kembung mesti da tak larat nak makan benda2 lain hiksss

aizamia 3 said...

hahaha.. Ann Ishak..
betul2.. lupa pulak nak masukkan dalam entry.. ;)
Tapi memang ye, boleh kenyang jadinya bila minum air masak banyak2.

Sally Samsaiman said...

selera ni kadang bahaya...dah kenyang pun nak mengunyah laa..tidbits la bagai..hahaha

Sue Bee said...

Hihiii..betul tu, time tido saja tak boleh mengunyah. SB pon sama juga kalo tak tahan nafsu makan, tiap masa saja nak makan,makan..

paridah said...

makan sikit2 tapi selalu...jgn sekali hadap bnyk lps tu mkn lagi sikit2 heh..heh..

idzwa kamaruddin said...

hari minggu jangan kata nak makan nak rehat pun tak dan..huwaa..lagi penat dari kerja office!

Khairul Bariah said...

hihi, mengunyah aje ke kerjanya si aiza ni?
boleh je makan, pagi, tengahari dan malam.
cuma waktu2 antara tu, kena tahanlah yerk, jangan mengunyah.

kalau tak tahan, kosongkan semua stok makanan sampingan.
huhu boleh ke tuu??

Pha Is said...

tapi saya kalau lapar x bleh tido.. hmm..

aRz MoHa said...

kalau masuk tournamnet sukan memang tak makan dari pagi sampai habis game...kalau makan pun yang ringan-ringan....camtu hari-hari kena masuk tournament huhu

adianiez AIDA said...

Yes. Aida setuju yg suh num air byk2.
Sgt kenyang pastu!

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...