Followers Remaja Purba

Thursday, January 30, 2014

Cuti-cuti Malaysia di Musim Perayaan




  • Hari ni hari terakhir bekerja sebelum cuti panjang..
  • Selain dari Cuti-cuti Malaysia di musim perayaan..  aku turut bercuti dari berblogging.. berfesbuk.. berchit-chat..
  • Sebab..
  • Tempat yang aku nak pergi ni sangat terhad liputan telekomunikasinya..
  • #Sesekali jauh dari kemudahan teknologi..
  • Dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha pun tak tahu lagi esok dorang nak pergi mana.. yang dorang tau, nak balik kampung.. kihkihkih..


Selamat Menyambut Tahun Baru Cina bagi yang meraikannya..





psstt: Moga apa yang dirancang berjalan dengan baik hendakNYA..




Wednesday, January 29, 2014

Objektif Kursus Pengurusan Tatatertib..




Objektif Kursus Pengurusan Tatatertib..
  • Memberi penerangan dan penjelasan kepada pegawai berhubung urusan tatatertib.
  • Meningkatkan pemahaman dan kemahiran berkenaan pengurusan dan pengendalian tatatertib.
  • Meningkatkan mutu kerja dan dapat melaksanakan tugas-tugas dengan lebih cekap dan efisyen..




psstt: Kursus pertama bagi tahun 2014..

last psstt: Terima kasih atas doa dan ingatan dari kawan-kawan semua semalam..




Tuesday, January 28, 2014

Allah Selamatkan kamu.. Selamat Hari Lahir.. Happy Birthday to..



DUNIA REMAJA PURBA..

 Zaman Remaja Purba yang penuh keseronokan..
Tak perlu fikir masalah selain dari belajar.. belajar.. belajar..


  • Zaman kegemilangan yang dah lama berlalu.. tapi walaupun dah bertukar menjadi mak budak.. aku tetap remaja purba..
  • Rasa rugi pulak tak punya banyak gambar kenangan zaman remaja purba dulu.. hanya sebahagian kecil yang berjaya aku simpan sebagai kenangan terindah..


 DUNIA MAK BUDAK..

Pengumpul tegar novel R.A.M..


  • Kenangan demi kenangan tercipta.. pahit manis asam garam kehidupan..
  • Masa untuk melangkah terus ke hadapan tanpa perlu menoleh ke belakang..
  • Apa yang ditinggalkan aku jadikan pengajaran dan pengalaman dalam mematangkan fikiran..



 

  • Kini.. dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha pelengkap buat aku dan hubby..
  • Terima kasih buatMU Ya!Allah atas kurniaan yang KAU berikan ini..
  • Alhamdulillah.. syukur..
  • 28 JANUARI 2014.. datang lagi..
  • Selamat Hari Lahir ---> Mak Budak a.k.a Remaja Purba..




psstt: Pagi ni aku berada d JPJ untuk urusan memperbaharui lesen memandu.. sekarang mudah nak ingat kalau lesen nak tamat tempoh sebab ikut tarikh lahir.. ---> senang senang pun hubby yang ingatkan aku.. kihkihkih..



Monday, January 27, 2014

Bila anak susah makan ubat..



Sabtu lepas aku bawa dak Nuha pergi klinik sebab dia tak sihat + aku syak tekak dia sakit sebab bila dia nak batuk je dia merengek menangis..
Jumpa doctor Ariff.. Suhu badan ok.. paru-paru pun ok cuma kahak dia banyak kat dada..
Sudahnya ada 4 ubat dak Nuha nak kena makan..
  • Kali pertama.. dia layan sebab rasa oren..
  • Kali kedua.. pun sama sebab rasa manis susu..
  • Kali ketiga.. dia muntahkan.. rupa-rupanya ubat tu pahit..
  • Kali keempat.. dia dah mula kata 'na nak.. na nak..'
  • Dak Kakak pujuk pun tak jalan.. sudahnya dak Kakak pegang tangan, aku pegang mulut dia dan sruppp.. terus masuk dalam mulut.. itupun hanya suku yang berjaya..




Budak tak sihat tak cukup tidur malam..
Jangan kata dia.. mak budak dengan babah dia pun sama.. ---> pengorbanan mata namanya..



psstt: Semalam nampak ok sikit berbanding kelmarin.. takdelah dia nak merengek menangis waktu malam.. pagi tadi jelah menangis nak ikut aku pergi kerja.. huhuhu..




Sunday, January 26, 2014

Makin kembang kembunglah jawabnya..



Hari ni konon-konon nak cuti rehat dari memasak..


Kruk.. kruk.. kruk..

Oh!Tak boleh jadi macam ni..
Perut ni tak nak bagi kerjasama pulak dengan tekak..

DAN..
Akhirnya.. siap juga aku masak..
Demi dak Kakak.. dak Adik dengan dak Nuha..
Eh!Mak budak pun sama..
Makin kembang kembunglah jawabnya..




psstt: Semalam bawa dak Nuha jumpa Dr. Ariff..setakat ni perkembangan dia ok sikit berbanding semalam..



Friday, January 24, 2014

Bila dak Nuha muntah-muntah..



  • Dah 2 hari dak Nuha meragam tak berapa nak minum susu.. lebih banyak buang dari diminum.
  • Awalnya aku syak sebab puting tapi dah tukar yang baru pun masih jadi macam tu..
  • Malam tadi lepas makan.. minum susu.. tak dan nak hadam, keluar balik..
  • Pandai pulak tu, nak muntah hadap kat riba aku.. nuha.. nuha..
  • Pagi tadi macam biasa sebelum aku pergi kerja, aku sediakan susu untuk dia.. aku tengok dia minum ok, aku terus pergi kerja..
  • Tup tup tadi hubby bagitahu dak Nuha muntah + buang air besar..
  • eemm.. part buang air besar tu bagi aku normallah.. waktu pagi dia memang macam tu..
  • Cuma yang nampak tak ok.. sebab babah dia yang kena uruskan..
  • Aku pulak kena bebel dengan babah dia gara-gara aku bagi susu tu..
  • Ok.. takpe lagi..
 
  • Tapi yang buat aku risau, aku tengok dak Nuha dah tak berapa nak minum susu dalam botol..
  • Susu tak sedap..? --> aku bancuh ikut sukatan yang betul..
  • Nak minum dalam cawan..? ---> bila aku bagi memang dia minum banyak (sebab dah kurang minum susu kan..)
  • Atau nak tukar susu..? ---> Susu apa pulak yang sesuai..
  • Atau dah tak nak langsung minum susu..?


psstt: Takpe.. aku tengok dalam sehari dua ni.. kalau masih jadi macam tu lagi.. muntah-muntah.. nanti aku cuba cara lain pulak.. bawa jumpa doktor..?



Thursday, January 23, 2014

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah SKBK Khamis minggu depan..



  • Malam tadi dak Kakak serahkan borang pengesahan kehadiran bagi menghadiri Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah SKBK Khamis minggu depan..
  • Pada awalnya dak Kakak bagi alasan tak nak join acara tersebut tapi aku psiko dia..
  • Dan dak Kakak bersetuju untuk join dalam terpaksa.. kihkihkih..
  • Aku bukanlah nak desak sangat tapi dak Kakak ni aku tengok tak minat permainan yang lasak.. tak macam aku..
  • Takpelah kakak.. ibu tengok kakak makin bam bam.. ni cikgu kat sekolah bagi aktiviti kakak join jelah.. nanti kalau tak join lagi bertambah berat badan tu..
  • Kalau semalam latihan mengenali kawasan trek, minggu depan akan berlangsungnya acara tersebut..
  • Tetiba aku rasa nak join.. kihkihkih..



psstt: Teringat zaman sekolah dulu.. sangat suka dengan aktiviti lasak..


Wednesday, January 22, 2014

Agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2014



  • Berdasarkan jadual yang telah disusun oleh PPD Daerah tempat dak Kakak dengan dak Adik sekolah, bantuan khas bagi SKBK telah selamat diagihkan semalam.
  • Maka.. aku dan hubby sama-sama bercuti agar pembahagian tugas berjalan dengan baik..
  • Aku ---> uruskan pengambilan Bantuan Khas tersebut..
  • Hubby ---> uruskan pengambilan dak Adik balik sekolah.. (memandangkan pengasuh juga perlu hadir ke sekolah atas urusan yang sama)
 
 
 Peneman setia..



Selesai urusan di sekolah anak-anak (pagi.. dak Kakak, petang dak Adik..)
ikan siakap sedia menanti di dapur..
Ikan Siakap sedia untuk dimasak..


Menu: Ikan Siakap Stim ala shark fin..
Resepi..? hehehe.. bukan aku masak tapi chef hubby..
Mak budak tukang rasa.. anak-anak tukang perabihkan..






psstt: Lewat petang semalam dak Nuha dah mula 'dedo'.. merengek je dia.. tidur pun tak puas.. moga dia takde papelah hendakNYA..



Monday, January 20, 2014

Salam ceria dari Mak Budak buat semua



  • Salam ceria dari Mak Budak buat semua..
  • Moga kengkawan semua berada di bawah lindunganNYA dan sihat dalam menjalani kehidupan seharian..
  • Mak Budak masih terkial-kial nak mengejar teratak kengkawan.. hehehe..



psstt: Esok mak budak cuti.. ada urusan di sekolah dak Kakak dengan dak Adik..



Thursday, January 16, 2014

Dah setahun aku baru nak amik hadiah pingpong MESCA



  • Karnival Sukan MESCA 2013 bagi perlawanan ping pong telah diadakan pada 1 November 2013 di E12, Putrajaya
  • Hadiah memang dah lama dapat kat team sana tapi sebab aku jauh dari dorang makanya baru semalam selamat sampai melalui serahan tangan.. kihkihkih..


Hasil dari bermain kat SINI..


  • Tahniah buat diri sendiri dan team KPM atas usaha anda semua..
  • Korang memang ohsem dan best..




psstt: Dah sebulan lebih tak aktif main, masih mencari masa nak main balik.. macam terror.. kihkihkih..



Berbedung..? Mak budak ada baby baru..??



Petang semalam..
  • Kebetulan ketika aku tengah bersilat kat dapur, hubby tetiba muncul.. dapat pelepasan balik awal rupanya..
  • Bila ada peluang depan mata takkan nak lepaskan.. ye tak..? kihkihkih..
  • Makanya.. inilah hasilnya..
  • Menu untuk makan malam keluarga kecik aku --> kari kambing, udang masak lemak, ikan masin dan sayur tempe..



  • Dak Adik gemarkan kari kambing.. ok boleh geng babah..
  • Dak Kakak layan udang masak lemak tu.. ok boleh geng ibu..
  • Dak Nuha.. nak suap sendiri.. tapi bukan ke mulut dia tapi ke mulut aku..



Malam tadi..
  • Dak Nuha lagi gedik dari aku rupanya bila babah dia ada kat rumah..
  • Tak boleh kena usik sikit.. mulalah merengek menjerit.. aku pulak yang geram..
  • Sudahnya..


Mula-mula dak Nuha boleh gelak-gelak bila aku bedungkan dia..


Berusaha untuk melepaskan diri..
Mana boleh lepas, aku guna selimut.. kan besar.. kehkehkeh..


Bila tak dapat lepaskan diri.. dia gunakan senjata dia ---> merengek nak menangis..






psstt: Tetiba rasa rindukan suasana dan bau ketika anak-anak masih kecil dulu.. tu yang dak Nuha jadi mangsa sebab dia yang paling kecik dalam rumah.. kihkihkih..



Wednesday, January 15, 2014

Aku masih di sini..



  • Alhamdulillah..
  • Aku masih di sini..
  • Bersama menikmati keindahan ciptaanNYA..
  • Masih lagi di sini..
  • Meninggalkan jejak mencipta kenangan..
  • Masih lagi di sini..
  • Ye.. aku masih lagi di sini..




psstt: Lagi menarik kalau ada gambar kan.. hehehe..




Monday, January 13, 2014

Bagi anak-anak rasa apa yang aku pernah rasa..



Bila hujan lebat..
Dak Kakak, dak adik dengan dak Nuha tak lepaskan peluang..
Takpelah sesekali..

Aku dulu selalu..




psstt: Mandi hujan dulu lagi best dari sekarang.. sebab sekarang aku tak dapat join dorang.. kehkehkeh..





Nasib baik awek hubby tak mengalami kecederaan lebih parah


  • Lepas selesai urusan persekolahan dak Kakak dengan dak Adik.. masalah kereta pulak menyusul..
  • Tu nak gedik manja kat hubbylah tu..
  • Kejadian berlaku Jumaat minggu lepas.. ingatkan sekadar masalah kecil tapi naluri aku kuat mengatakan awek hubby tu ada masalah besar..
  • Dan.. memang betul.. pagi Sabtu aku terkena masa amik dak Kakak dengan dak Adik balik dari kelas Iqraq kat sekolah..
  • Dak Kakak takut.. aku panik tapi berusaha jugaklah pandu sampai rumah..
  • Syukur Alhamdulillah awek hubby a.k.a miss Kelly tak mengalami kecederaan lebih parah..






 
Penukaran Radiator baru akan dilaksanakan pagi ni memandang doctor peribadi awek hubby sibuk seharian semalam..




psstt: Hari ni ramai bercuti.. sunyi je kat office ni..



Sunday, January 12, 2014

Hujung minggu yang santai..





Badan segar lepas mandi..


Dah penat main kat luar rumah.. dapat susu sebotol.. zzzzz..
Dak Kakak dengan dak Adik masih lagi kat luar rumah.. main dengan kengkawan..




psstt: Sangat santai bila mana aku dapat tengok  cerita yang aku suka kat tv..




Friday, January 10, 2014

Naik pelamin sekali..?



  • Minggu lepas aku balik kampung.. kenduri kahwin member rapat hubby..
  • Gambar.. toksah cakaplah.. dah kalau pegang cik Nikon.. berebut dak Kakak dengan dak Adik sibuk nak amik gambar..
  • Alang-alang sibuk bergambar.. meh tengok gambar ni..



Dak Nuha dengan babah.. cik Nikon dengan ibu.. kihkihkih..






Asyik tepek muka anak-anak kat blog.. turn kami pulak..
Rasa macam setahun sekali kot mak budak 'tunjuk' muka.. ngeh2..






psstt: Sehati sejiwa.. sama-sama membesar dengan sihat.. kihkihkih..




Eeemm.. tak boleh jadi macam ni..



  • Makin hari aku rasa macam kekeringan idea.. walhal banyak je kisah yang aku boleh share kat sini..
  • Mood aku tetiba merudum..
  • Banyak teratak kengkawan yang aku masih belum jenguk-jengah..
  • eeemm.. tak boleh jadi macam ni..
  • Kena cari masa dan ruang supaya aku tak terus terbabas..
  • Mintak maaf ye kawan-kawan..
  • Awal Tahun 2014 ni aku agak sibuk dengan urusan keluarga kecik aku hinggakan masa untuk diri sendiri pun jadi terhad..
  • InsyaAllah.. perlahan-lahan aku cuba singgah ke teratak kengkawan ye..




psstt: Hari ni pulak nak hantar cik lappy untuk minor check up..




Thursday, January 9, 2014

Bila 3 beranak membeli-belah..





Dak Adik agak hyper bila bawak pergi jalan-jalan..
Maka sebagai langkah keselamatan dia pun turut kena duduk dalam troli bersama dak Nuha..






psstt: Sekejap je dah hari Khamis.. esok Jumaat.. lusa pulak Sabtu.. moga kita masih dapat bercerita lagi pada hari-hari mendatang..

last psstt: Ya!Allah.. YA!Tuhanku.. KAU panjangkanlah usia kami.. KAU berikanlah kesihatan yang baik buat kami. Moga kami sentiasa di bawah lindunganMU..




Wednesday, January 8, 2014

Dihempap Zirafah sampai tertidur..?




Dah mandi.. dah makan.. dah menyusu.. masa untuk tidur..






psstt: Moga dak Nuha tak meragam kat rumah pengasuh baru.. Harap dia serasilah hendakNYA..



Kat luar ada angin, nanti kena angin takdelah peluh-peluh..



Kisah petang semalam, lepas dak Adik balik sekolah..
  • Aku suruh dak Adik mandi memandangkan dah lewat petang.. tapi dia merengek minta aku mandikan..
  • Ok.. aku layankan.. sebab aku bayangkan, masa nilah aku dapat peluang nak mandikan dia.. nanti bila dia dah besar tak merasa dah nak mandikan dia..
  • Mesti masa tu nanti aku rindukan suasana nak mandikan dia..
  • Ok.. dah.. berbalik pada kisah petang semalam..



A: Ibu.. boleh tak lepas mandi ni nak main kat luar..
I: Tak boleh dah.. kan dah dekat nak maghrib ni.. nanti berpeluh-peluh balik..
A: Alah.. bolehlah ibu.. kat luar ada angin, nanti kena angin takdelah peluh-peluh..
I: ... (tak terkata apa dah aku..)




psstt: Rutin harian aku semakin sibuk kebelakangan ni..




Tuesday, January 7, 2014

Sedapnya kuih Tepung Gomak tapi yang ni..



  • Dak Nuha cukup suka main bedak merah Agnesia tu..
  • Bila lepas mandi.. tak pandang botol bedak lain dah.. yang merah tu juga jadi pilihan..
  • Kalau tak bagi.. bingit telinga jadinya..
  • Sudahnya..



dak Adik cukup suka menyakat dak Nuha..
selagi dak Nuha tak menjerit menangis, selagi tu dia rasa tak puas..





psstt: Moga dak Nuha tak meragam kat rumah pengasuh baru..




The Captain Steamboat & Grill


Amaran: Entry yang agak panjang..
  • Biarpun setiap hari aku lalu depan restoran ni tapi belum pernah aku cuba..
  • Dan akhirnya, kenangan terlakar di sini sempena ulangtahun mak budak baru-baru ni..
  • Pada mulanya hubby tak minat nak makan kat sini sebab 'tak kenyang' katanya..


Boleh hubungi no. telefon tu untuk tempahan atau sebarang pertanyaan..

Layanan memang terbaik..
Moment paling menarik.. aku dan dak Nuha disambut dengan payung dari parking kereta.. sebab malam tu hujan..
Kalau rasa nak disambut cenggitu datanglah time hujan.. ibu dan anak jelah yang merasa.. kihkihkih..


1 Januari 2014.. selamat hari Ulangtahun ye Pak Belalang..


Selain dari kakitangan kat situ, dak Kakak juga turut memainkan peranan..
Buat pertama kali, aku tak amik langsung makanan yang ada.. sebaliknya makan apa yang dak Kakak amik.. sudahnya aku yang kena habiskan..



Sebahagian menu yang ada..

Kalau dah nama blogger, apa saja yang menarik dipandangan mata semua nak diamik gambar..

 
Berbaloi-baloi bagi hubby.. dari kata tak mengenyangkan.. tu dia menunya..

Aku tengok jelah sebab aku bukan peminat kambing..


Dak Nuha yang dah mula gelisah..
 
Rupa-rupanya..

Dak Adik langsung tak makan.. dok leka nak main..



Sudu tu sampai patah digigit dak Nuha..
Gusi gatal.. penangan gigi geraham bongsu dia yang baru tumbuh..


Macam biasa.. lepas makan.. senang dorang nak kemas..


Sebelum balik.. kita bergambar dulu..


 dari pintu masuk..

  • Kalau ikutkan pemandangan sebelah kanan adik lagi menarik tapi sebab jauh dari tempat duduk kami, takdelah aku beria-ia nak amik gambar.. inipun guna uncle SAM..
  • 'Rugi pulak tak bawak cik Nikon..'
  • Dak adik.. 'Ibu.. jomlah kita makan lagi kat situ..'
  • Bukan tak nak bawak tapi dak Adik bukan nak makan sebaliknya sibuk nak main..




psstt: Lokasi Restoran Steamboat ni di Lot 2658 Persiaran Hamzah Alang, 41050 Meru, Selangor.. tak jauh dari Klang Sentral..




Monday, January 6, 2014

Buku Teks Baru vs Buku Teks Lama..


  • Awal tahun.. antara rutin aku.. balut buku sekolah..
  • Memandangkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah dilaksanakan sejak Tahun 2011, maka semua buku teks yang dak Kakak terima adalah fresh from oven.. buku baru.. jadi kena balut agar tak cepat rosak..
  • Kiranya dak Kakak salah seorang dari murid-murid perintis bagi pelaksanaan KSSR dan PBS ini.

Sebahagian dari buku teks dak Kakak..


 
 Sebahagian dari buku dak Adik..



Aku buka dan balut semula buku-buku teks dak Adik sebab pembalutnya dah rosak..


Manakala buku teks sekolah agama, aku buka semua pembalut dan tukar yang baru sebab dah uzur bona aku tengok..



Masa dak Nuha tidur je baru aku dapat buat aktiviti membalut ni..
Kalau tak.. berkepit sesaje..




psstt: Moga buku-buku teks tersebut bertahan lamalah hendakNYA bila berada di tangan dak Kakak dengan dak Adik..

last psstt: Orang lain dah mula masuk cerita minggu kedua persekolahan, aku masih terkial-kial nak habiskan kisah minggu pertama..



Minggu Pertama Persekolahan bagi sesi 2014



Hari Pertama:
  • Alhamdulillah.. dak Kakak dengan dak Adik takde berdepan dengan masalah dari bangun tidur sampailah urusan di sekolah..
  • Dak Kakak aku tak risau sangat sebab tahun ni dia berada di Tahun 4.. dak Adik je buat aku teruja.. sebab dia berada di Tahun 1..

 Aku tak tanya pulak perasaan dia masa ni..
situasi ---> sebelum beratur mengikut kelas..



Hari Kedua:
  • Dak Adik boleh meragam takmo bangun taknak ke sekolah.. tapi merengek menangislah.. sekolah tetap sekolah..
  • Bila dah siap..



 Suasana pagi.. belajar naik van sekolah..


Petang Hari Kedua..

 Dak Nuha kepenatan menemani aku ke sekolah..


DAN..
'Adik.. kenapa baju ni koyak..?'
'Ntah..' Ayat standard dak Adik bila ditanya..
Huhuhu.. hari kedua dak Adik dah tinggalkan kenangan kat baju sekolah dia..






psstt: Masih ada beberapa entry yang belum sempat nak dipublish.. dak Nuha takmo berenggang langsung dari aku gara-gara gigi geraham bongsu dia nak tumbuh.. nak berkepit sesaje..



Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...