Followers Remaja Purba

Friday, December 20, 2013

Festival Antarabangsa Petaling Jaya 21 - 22 Disember 2013




 
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membawakan konsep gaya hidup lestari dan kehidupan hijau kepada penduduk Petaling Jaya.
Info boleh didapati di SINI dan di SINI..


Antara program/aktiviti bakal dijalankan dibahagikan kepada 5 segmen:
  • Eko-mobiliti (Eco-Mobility)
  • Komuniti Lestari (Sustainable Community)
  • Taman Pintar (Smart Garden)
  • Gaya Hidup Sihat (Healthy Lifestyle)
  • Budaya dan Kesenian Hijau (Green Arts & Culture)

Sebanyak 41 acara yang bakal berlangsung untuk menjayakan festival ini seperti perarakan, pameran dan jualan kereta hi brid, elektrik dan solar, persembahan akustik hijau, Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH), taman pintar, PJ Getaway, Bicycle Fun Ride dan lain-lain.


Pengurusan program yang dijalankan secara mingguan dan bulanan seperti penutupan sebahagian Jalan Yong Shook Lin untuk aktiviti berbasikal dan senamrobik, bazar barangan organik, pawagam terbuka (open cinema), sudut artis (artis corner), muzik jalanan (busking) dan speakers corner akan membantu meningkan ekonomi peniaga-peniaga sekitar dan seterusnya menjadi pusat tumpuan pelancong.





psstt: Tetiba rasa tak sabar nak tengok apa yang best kat situ.. ---> mana taknya, dah kalau depan mata tengok dorang sibuk menyiapkan persiapan festival tu..

last psstt: Jom kita ramai-ramai memeriahkan suasana di Festival Antarabangsa Petaling Jaya 21 - 22 Disember 2013 ni..





8 comments:

  1. Apa pun festival mesti di sana Aiza. Kalau kakak ni tengok dlm blog kawan ajelah...

    ReplyDelete
  2. nampak banner nyer masa gi ss2 haritu... oo menarik gak yerk...

    ReplyDelete
  3. macam best je.. tapi jauh.. heheh

    ReplyDelete
  4. Bila ada festival ni, seronok kalau dapat shopping kan, yang bazar barangan organik tu menarik juga tu.

    ReplyDelete
  5. nampak mcm menarik kan festval tuh..sesekali berkunjung seronok jgk kan,,

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...