Followers Remaja Purba

Tuesday, December 24, 2013

Yazid Burger sebelah Din Western di Belakang UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam



  • Malam tadi misi menternak lemak berjaya dilaksanakan dengan memakan sesuatu yang besar..
  • Sebelum misi terlaksana, dak Kakak dok merengek mintak guntingkan rambut dia.. tempat pilihan dia kat Giant Klang Sentral..
  • Selesai kat situ, kami terus ke Seksyen 7, Shah Alam..


 Haruslah bergambar dulu dengan dak Nuha..


Kami kembali dengan misi nak cuba kesedapan burger YazidBurger..

 Dak Kakak dengan dak Adik nak makan western food..
Menu pilihan chicken chop kat Din Western..
Asalnya dua pinggan tapi aku mintak dibungkuskan satu set sebab aku tak yakin boleh habis..


 senyum.. senyum.. sebelum diambil gambarnya..


 Ini dia 1/2 Kilo burger ayam yang kami order di YazidBurger..

  • Lain kali nak cuba daging pulak sebab tekak aku tak berapa nak terima burger ayam sebesar ni..
  • Mungkin daging lebih sedap.. sebab aku tengok ramai yang order daging berbanding ayam..


 Nasi Beriani Kambing pilihan hubby..
Hubby balas dendam sebab hari tu tak dapat nak cuba..

  • Kedai makanan yang kami pilih ni memang sangat dekat antara satu sama lain.. dan kami pilih meja memang betul-betul berhadapan dengan Din Western tu..
  • Senang nak order.. senang nak mintak apa yang kurang..
  • Memanglah senang sebab Din Western tu jiran kat rumah kami.. ---> promote jugaklah ni.. hikhikhik..


 Selesai chicken chop.. kita cuba pula YazidBurger..


Nasib baik anak-anak penyelamat sebab dorang belum makan malam sebelum keluar rumah malam tadi..


 Habis..? Jangan mudah terpedaya..

  • Dak Kakak dengan dak Adik cuma makan isi dalam burger tu je.. luarannya aku dengan hubby makan sikit..
  • Masa makan malam tadi, aku dengan hubby gilir-gilir riba dak Nuha sebab kawasan tu tak disediakan kerusi untuk budak..
  • Ada pulak adegan dak Nuha menangis kuat sebab kena tegur tak bagi main sudu.. fuh.. pitching dia takde slow dah.. tukang pujuk.. babah dialah.. kehkehkeh..





psstt: Lepas ni nak cuba Burger Bakar Abang Burn pulak.. berdekatan dengan Jakel Seksyen 7, Shah Alam tu..

psstt lagi: 'Hah!Ibu.. nak makan kat situ pulak.. kakak dah kekenyangan ni..' 'Bukan hari nilah Kakak.. lain kalilah..' hikhikhik..

last psstt: Hari ni aku cuti rehat menemankan family kecik aku kat rumah..



18 comments:

Nurzakiah Hanum said...

nyum2

aTieYusof Family said...

Sedapnya tengok burger tu...
tapi cerita burger bakar tu mmg famous kan? tak pernah cuba lg...:)

Nana said...

besarnye burger...!!
aritu tgok dlm JJCM...teringin jgk nak rasa nnti...

Aziela said...

Tak pernahhhhh dapat makan burger Yazid nie... Nasi Arab tu nampak macam sedap lah pulak...aduhaiii...

faraherda.razalan said...

Wah!! Mulalah terasa nak mkn burger ni awak! Sedap lak tgk rupanya...yummeh!

Comel betul 3 beradik ni. Geram je tgk. Muka sepesen (dah tentu adik-badik tak?). Ceria je. Pandai lak tu bergambar. Nuha pun, pandai je senyum dpn kamera. Haih! Gerammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!

Rai Ourkizuna said...

fuhhh.. 1/2kilo kakk.. tatau la kami mampu ke tidak habiskan..

norhidana miswan said...

waaaa terliur nengok beger 1/2kg tuh.... pakkal lah jauh kalu dkt mmg nk try kak oi

eMMe said...

sedap lagi buat burger sendiri, hehehe.. janji bahan2 nye cukup.. baru sodap... hehehe...

Kakzakie said...

Itulah tak bagi main sudu dah Nuha marah kan.. suara mestilah tip-top baru tahu satu restoran...

Kakak dan adik makan isi burger aje hihi... bijak!

ummuaidan said...

Adus mmg semuanya nampak sedap...sy dok sini lama tak jumpa western food kecuali yg buat sendiri kat umah..kat sini mana ade juak burger yg halal...

Pha Is said...

besarnya burger tu..

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Muka nuha pun sama bulat macam burger Yazid tu kak,hahaha

Sedapnyaaaaa..menggoda dan menyelerakan! hehehe

HeNRieTTa JoSe said...

Yg abg burn kt jakel tu rietta pernah pergi....

Daddy Ziyyad said...

sampai ke hari ni saya tak try lagi beger bakar ni...

untunglaaaaaaaa jiran bukak kedai western....dpt diskaun berapa %? hahahaha

Cik Ummi said...

wahh ! sangat besar beger ituuuuu O.o yummy !

asyifa mustaffa said...

hadoiii...bnyknya makanan ! mmg ternak lemak btul nih!

lama x tgk pic Nuha...nape mcm lain je muka dia...sbb rambut tu kut...

Sayangku Zie said...

besar burgernya... yummy

Nizam.Ariff said...

Ooo... ada ek? Tak jauh dari rumah dah tu. Aritu cuba burger abnag burn... nak try jugalah Yazidburger ni..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...