Followers Remaja Purba

Sunday, May 24, 2020

SYAWAL + COVID-19


DAY 68 (24 Mei 2020 - Ahad)
Hari pertama Syawal

Malam tadi aku telefon mak dan ayah aku. Dek rasa sebak + sedih, tak banyak yang aku bualkan. Seksa wooo.. tahan nangis ni.

Adik aku lagi teruk, tak dapat beraya bersama anak-anak. Tak boleh rentas negeri untuk bertemu anak-anak. Adik bekerja di sini manakala anak-anak adik dijaga oleh mak kami. 


2020
Aidilfitri kita nantikan..
Tak ziarah bukan tak sayang..
Kesihatan mesti lebih diutamakan.. 😷
-Mesej dari Mak aku di kampung.


Kali ini tiada langsung persiapan raya. Adanya lemang dan rendang pun disebabkan menerima tempahan dari kawan-kawan. 

Akhir kata dari kami:
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami yang jauh diperantauan. Panjang umur jumpa tahun depan.. 🥰

#KisahKita: ...

5 comments:

Silah Hassy said...

mudah2an kita semua berada di bawah Rahmat dan kasih sayang Nya di mana pun berada. salam Aidilfitri 1441 H =)...

Warisan Petani said...

Salam syawal 1441H
Maaf zahir dan batin

MunirahMH said...

Salam lebaran

Amie said...

Salam aidil fitri Aizamia.
Memang pedih, memang sedih beraya tanpa keluarga tersayang.
Mudah-mudahan raya akan datang keadaan kembali pulih seperti sediakala. Aamiin.

Han Hanni said...

Selamat hari raya PKPB
Maaf zahir batin ya!

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...