Followers Remaja Purba

Tuesday, May 19, 2020

Seharian kepenatan


DAY 63 (19 Mei 2020 - Selasa)
Hari kedua puluh enam Ramadan

Pagi tadi:
Menemani en. Hubby menghantar lemang di Shah Alam untuk di hantar ke Singapura. Ini bukan sekadar rentas negeri tetapi rentas negara terus; dari Malaysia ke Singapura. Nampaknya lemang tiba dulu ke Singapura, tuannya entah bila.

Tengahari tadi:
Kemudian terus ke hospital urusan berkaitan diri aku. Temujanji seterusnya pada penghujung Jun nantu.

Seterusnya kami berkejar ke J&T untuk mengambil barang yang beberapa hari telah terperam di situ tapi mereka bagitahu telah dihantar ke J&T berhampiran tempat tinggal kami. Kupujuk hati, takpelah mungkin pihak mereka tak sempat nak update di dalam sistem untuk makluman aku.

Akhirnya bila tiba di J&T tersebut, nampaknya bukan masa terbaik untuk mendapatkan barang aku. Berangin en. Hubby yang kepenatan.  'Dahlah, biarlah barang tu nak sampai bila pun!' bila sesekali baran en. Hubby sampai, lebih baik aku diamkan diri. Jauh disudut hati, aku nak baju raya dak Adik dulu.. 😰😰

Tak berjaya mendapatkan barangan di situ tapi kami berjaya menyelesaikan masalah berkaitan kereta. Sempat jugalah membeli daging kambing. Fuh.. Penat!


Selingan:
Menu berbuka puasa
Kari Kambing versi #MaakBudak..

Telur Dadar versi #ChefHubby


#KisahKita: ...

7 comments:

Umi Nazrah said...

sedap tu kari kambing ^_^

Amie said...

Telur dadar kalau dah terhidang, walau ada lauk lain, dia juga yang licin dulu.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Betul Tu..
Yg Kita harapkan baju Raya anak..
Beri kegembiraan pd mereka..
InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan ye..

faizzahamir said...

Musim pkp dari awal memang banyak buat urusan rasa macam terkejar-kejar kan

Warisan Petani said...

Semoga semua urusan berjalan lancar

Cik Nor said...

singgah sini..slamat berpuasa..:)

Han Hanni said...

J&T kalau nak amik barang pun ada time2 yang dia benarkan. Kami hari tu check system barang dah sampai kat J&T pekan kami 4 hari tapi takde hantar lagi ke rumah kami. Dalam system memang barang tu ada kat J&T pekan kami tu. so kami g collect, nasib baik g time waktu dibenarkan. Kalau tak silap 9 lebih hingga 12.00 tengahri macam tu. Serik rasa order barang musim raya, la ni lagi la musim Covid ni kan..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...