Followers Remaja Purba

Wednesday, May 20, 2020

Kisah tayar kereta pancit 😰


DAY 64 (20 Mei 2020 - Rabu)
Hari kedua puluh tujuh Ramadan

Kisah tayar kereta pancit di tempat kerja:
Menjadi kebiasaan aku sebelum pergi kerja dan balik kerja aku akan check tayar kereta. Tadi, waktu nak balik kerja bila tengok tayar, terus menyala lampu dekat kepala (💡) 'apa yang aku nak buat ni?' 😰 Call en. Hubby pun bukan boleh tolong. Jauh kot.

Lepas minta bantuan dari boss, datanglah empat jejaka gagah tapi kurus menghulurkan bantuan. Bla.. Bla.. Bla.. Lepas deme pamkan tayar, deme suruh pergi ke bengkel kereta.

Ah!Sudah..
Ini lagi satu masalah. Selama dua tahun bekerja di situ, aku buta arah. Hanya tahu pergi kerja dan balik kerja, tak pernah ambil tahu apa yang ada disekitarnya.

Akhirnya, selesai masalah tayar kereta dengan ditemani guard tempat kerja ke bengkel kereta (jejaka gagah tadi tak boleh teman sebab kena jumpa pembekal). Kalau deme dah balik tadi, mahu aku nangis dekat bucu kereta.

#KisahKita: ...

3 comments:

ewanthology said...

Alhamdulillah..disebalik dugaan, dipermudahkan juga segala urusan.

Warisan Petani said...

Nasib baik masih kat pejabat
Kalau kena kat tepi jalan lagi haru

Han Hanni said...

sama la isu kita ni.. saya pun tahu g keje dan balik keje je. arah lain xtahu. kalau jadi apa2 nak mintak tolong sapa pun tak tahu la sebab kawan tak ramai. Harap kat suami je la.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...