Followers Remaja Purba

Thursday, May 21, 2020

Minyak Masak Habis? 🤦‍♀


DAY 65 (21 Mei 2020 - Khamis)
Hari kedua puluh lapan Ramadan

Pagi:
Di tempat kerja menyelesaikan tugasan yang 'tertinggal' sepanjang PKP ini. 

Petang:
Sedang elok berbaring di atas katil dalam sejuknya aircond, boleh pula lampu menyala (💡) di kepala..

Minyak masak habis..?
🤦‍♀💆‍♀🥴
Memandangkan en. Hubby tiada, maka terpaksalah aku keluar ke kedai. Ini adalah satu perkara yang aku tak suka sebenarnya. Dari niat asal nak beli minyak masak, terambil pula barang lain.. 🤦‍♀ #MakBudak memang macam tu dan sebab itulah aku lebih suka en. Hubby ke kedai.

Inipun dalam kawasan kampung 😉

Malam:
Rezeki, langkah kanan kawan-kawan en. Hubby berbuka puasa di rumah.

Lewat malam:
Menyemak dan menyusun latihan-latihan yang diberikan oleh guru-guru sekolah dak Adik. Ini sangat penting agar dak Adik tak ketinggalan semua tugasan yang diberikan.

#KisahKita: Aku letih..

2 comments:

Han Hanni said...

Hijau kawasan kampung. Nyaman..
Perempuan g kedai, ada je la benda lain di bawak baliknya..
Rasa macam "eh..ni boleh beli ni" , "Eh.. Ni boleh masak lauk nanti" , "Eh...Dah lama cari benda ni, amik la satu"

MunirahMH said...

bukan mak-mak je sis yg klau plan nak beli 1 barang tpi brg lain pon amik, perempuan memg semua mcm tu kot..hihi

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...