Followers Remaja Purba

Tuesday, May 26, 2020

Bukan Rezeki McDonalds


DAY 70 (26 Mei 2020 - Selasa)
Hari ketiga Syawal

Pagi:
Hujan lebat..
Sarapan nasi goreng cendawan + teh o 'Ahmad Tea Lemon' disulam dengan kuih raya sambil menonton rancangan yang ada di dalam tv (kuih raya pun sepupu en. Hubby bagi) 🤪

Ini pula..
Dua hari sebelum dan dua hari selepas, di sinilah aku untuk keringkan baju yang telah siap dibasuh dari rumah.


Tengahari:
Mengeluh juga aku bila tengok ramai yang beratur di pandu lalu McDonalds. Awalnya aku turut terjebak sama tapi hati aku tak cukup kuat untuk beratur panjang demimu burger McD. Akhirnya KFC juga dicari Sedap hingga menjilat jari (It's finger lickin' good). Bukan rezeki McD kali ini untuk terima duit dari aku.. 🤭 


Malam:
Selesai makan malam, apalagi yang boleh dibuat. Ni baru hari raya ketiga.. 😟 Bosan tapi demi kesihatan keluarga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini lebih baik berada di dalam rumah.

#KisahKita: #SyawalCOVID-19

5 comments:

PeRdU cINta said...

Salam Lebaran 1441H.
Terus terasa nak makan McD la pulak.

Wak Lat said...

salam aidilfitri maaf zahir batin ahkak tuuu :p

Han Hanni said...

Selamat hari raya maaf zahir batin..
MCD sentiasa ramai, drive thru penuh..Kami pandang je la..hehe

ewanthology said...

ada menu baru keluar ke kat mcD tu sampai beratur panjang?

MunirahMH said...

Dekt area sya pon,nk drive thru pon fikir byk kali,pnjnag yg amat,smpi ganggu main road

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...