DAY 53 (9 Mei 2020 - Sabtu)
Hari keenam belas Ramadan
Simpan sini sebagai kenangan seperti di SINI..
RM0 (BULAN MEI 2020)
Mesej yang digunakan oleh Kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
1 Mei 2020 (Jumaat)
- RM0. PKP 4 - 2 orang dibenarkan bergerak dalam satu kenderaan, dengan syarat kedua-duanya adalah ahli keluarga dan dari rumah yang sama.
- RM0. PKP 4 - Pergerakan bagi membeli keperluan harian & mendapatkan perkhidmatan kesihatan boleh melebihi radius 10km sekiranya ianya tiada berdekatan kediaman.
2 Mei 2020 (Sabtu)
RM0. Hubungi talian hotline AADK 0389112233 atau whatsapp 0196262233 bagi nasihat dan kaunseling mengenai penyalahgunaan dan penagihan dadah sepanjang PKP.
3 Mei 2020 (Ahad)
- RM0. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sila rujuk www.mkn.gov.my / telegram MKN untuk semak Garis Panduan (SOP) perkhidmatan yang dibenarkan.
- RM0. PKP masih dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020. Kelonggaran PKPB hanya diberikan kepada sektor perkhidmatan yang dibenarkan dengan perlu mematuhi SOP.
- RM0. PKPB - Tindakan undang - undang akan diambil terhadap mereka yang ingkar PKP walaupun bermula 4 Mei hampir semua aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi.
4 Mei 2020 (Isnin)
RM0. Sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi esok perlu patuhi SOP dan tidak perlu tergesa-gesa buka operasi perniagaan.
5 Mei 2020 (Selasa)
- RM0. Amalkan disiplin diri, patuh jarak sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter, gunakan pelitup muka jika berada di luar rumah dan jaga kebersihan diri.
- RM0. Jom muat turun aplikasi MySejahtera untuk penilaian kesihatan kendiri, pengesanan hotspot COVID-19 dan pelbagai fungsi lain.
6 Mei 2020 (Rabu)
- RM0. Rakyat diseru terus patuh PKP dan mengelak keluar dari rumah, kecuali bagi urusan penting sahaja.
- RM0. Elakkan 3C: iaitu kawasan yang sesak (Crowded place), kawasan yang sempit (Confined space), bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
7 Mei 2020 (Rabu)
- RM0. Aplikasi Gerak Malaysia - sebarang maklumat lanjut mengenai aplikasi ini dan permohonan perjalanan antara negeri boleh layari www.gerakmalaysia.gov.my
- RM0. Orang ramai yang mendapat kelulusan rentas negeri & membuat pergerakan mengikut jadual mulai 7 - 10 Mei 2020 perlu mematuhi semua arahan yang ditetapkan.
- RM0. Muat turun aplikasi MyTrace untuk pengesanan kontak (contact tracing) kepada individu positif Covid-19 menggunakan teknologi Bluetooth.
9 Mei 2020 (Sabtu)
RM0. Rakyat perlu mengamalkan disiplin diri yang tinggi. Patuhi arahan PKP, jaga keselamatan diri dan keluarga masing-masing.
#KisahKita: PKPK kanlah.. 🙄
Nampaknya wabak covid 19 ni masih belum berakhir.
ReplyDeleteMasih banyak kes baru yang direkodkan