Followers Remaja Purba

Sunday, February 23, 2020

Rewang di Majlis Perkahwinan anak jiran


Bila bercerita bab kenduri-kendara ni, merewang antara tugas paling penting. Kerjasama antara semua amat diperlukan.

Kebiasaannya dua hari sebelum majlis dibuat, merewang dimulakan. Kali ni aku tidak turut serta kerana rutin harian yang padat ditambah pula kepenatan teramat menjadikan aku berdiam diri. Hanya pada hari kejadian baru aku munculkan diri.


Kisah semalam..
Jujurnya aku bukanlah seorang yang suka dan pandai merewang ni. Darah rewang dari mak aku tak diperturunkan kepada aku sedari baru.

Tapi..
Pagi semalam, aku antara yang awal merewang sempena kenduri kahwin anak jiran selorong rumah aku. Menambah rencah cerita, tempat memasak dan merewang berada di hadapan rumah aku.

'Masa inilah kita dapat berjumpa nak berboraknya pun. Hari lain masing-masing sibuk dengan kerja.'

Bila cerita diet dimulakan, aku yang pernah #PerasanSlim..

'Jangan diet lagi nanti pengsan lagi.'
'Tak kak, sekarang saya makan je, belum bak diet balik.'
'Tak payah nanti pengsan lagi.'

Kisah aku yang pernah pengsan di rumah dulu sehingga dimasukkan ke dalam wad menjadi topik cerita. Hailaa kak.. saya ok kak, jangan risau. Pengajarannya, jangan diet, makan je. Itu kata deme bukan aku dan mood aku nak kembali #PerasanSlim aku pinggirkan buat sementara.

Sayur pertama yang menjadi mangsa aku.

Menjadi bentuk seperti ini.

Ini dari tuan rumah khas untuk mereka yang di belakang tabir macam kami.


Tak banyak mana pun bantuan yang aku hulurkan tapi dak Kakak dipuji kerana menghulurkan tenaga membantu apa yang patut.

Dah takde apa yang aku nak buat, aku masuk rumah untuk berehat. Rumah depan khemah, bukan jauh mana pun.

Tengahari pula kami bergegas menuju ke Bangi menghadiri kenduri doa selamat saudara sebelah en. Hubby. Selesai semuanya, balik rumah aku hanya nampak katil memanggil-manggil.

Berehat, re-charge semula tenaga untuk menguruskan kelas malam dak Nuha.


Hari ini..
Hanya en. Hubby menghulurkan tenaga mengemas apa yang patut. Aku..? Berehat di rumah, simpan tenaga sebab kejap lagi nak balik kampung.

#KisahKita: Tiada gambar dari aku.

5 comments:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...