Followers Remaja Purba

Thursday, February 13, 2020

Dak Adik dan bola sepak


Kejadian baru-baru ini..
Menemani dak Adik mengikuti satu sesi perkenalan dan pemanasan badan di padang bola sepak tapi apa yang aku lihat dak Adik macam takde semangat nak main, dah serupa macam kena paksa walhal itulah sukan kegemaran dia selama ini.

Selesai dengan sesi tersebut..
'Ibu, rasa macam tak nak main dekat sinilah ibu. Nak main dekat sekolah je'.
'Adik, dekat sekolah tak sekerap main dekat tempat adik nak main ni, lagipun dekat sekolah latihannya bermusim, bukan setiap bulan'.
'Tengoklah..' 
'Adik kalau nak jadi macam cadbury, adik kenalah mula dari sekarang'.

Dak Kakak pulak menyampuk..
'Anak ibu tu kan pemalu, sebab tu dia tak nak main dekat situ. Lagipun dia takde geng'.

Dia nak tapi..

- bersambung -

#KisahKita: Aku yang di luar kotak penalti..

2 comments:

norhidana said...

macam cadbury tu maksudnya apa kak?

aizamia3 said...

Norhidana:
Cadbury = Body six pack..

Asalnya gelaran Cadbury tu akak bagi pada Safawi Rasid. La ni terus lekat nama tu pada dia. Tiap kali akak sebut 'cadbury'.. dak Adik tahu dah ibunya maksudkan siapa.. Hahaha..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...