Followers Remaja Purba

Friday, February 21, 2020

Kisah SERAM pukul dua pagi


Awal pagi tadi:
'Ibu.. Ibu tak kerja ke hari ni?'
Hah...!! Terkejut aku dibuatnya. Bila tengok jam.. 😫

'Nuha.. Kenapa kejut ibu? Baru pukul 2:30 pagi Nuha. Belum pukul 5 pagi.'
'Nuha tengok dekat luar dah terang tu.'
'Tak.. Belum lagi. Itu lampu depan rumah.'

Dia tak puas hati, dia bangun selak langsir..
'Oh!Lampu depan rumah rupanya. Ibu.. Babah tak tutup lampu ke ibu?'
'Babah lupalah tu. Tidurlah Nuha.. Ibu takut ibu terlajak bangun pagi nanti.'

Biasanya aku memang tutup lampu depan rumah sebab tak nak jadi kes macam inilah. Nuha mana boleh tengok depan rumah terang, mesti dia akan ingat hari dah siang.

Kemudian dia duduk sebelah aku.
'Ibu.. teman Nuha minum air boleh ibu?'
Alahai Nuha.. Nuha.. Itu je ke puncanya. Cakaplah nak minum air. Sampai hati buat Ibu macam ni.. 😭😭😭

DAN..
Sudahnya terkejar-kejar pagi tadi disebabkan aku terlewat bangun.🏃‍♀🏃‍♀🏃‍♀


Di tempat kerja pagi tadi pula:
Juga sama, terkejar-kejar aku dek ada sedikit masalah. Walau bukan salah aku tapi aku tetap terkena tempiasnya. Penat + mengah aku dibuatnya. eemm.. tarik nafas, hembus nafas; dengan lafaz بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  open the document and complete the assignment as directed

#KisahKita: Sabarlah wahai hati..

3 comments:

  1. sabar lah wahai ibu.. cobaan di pagi Jumaat yg Mulia :)

    ReplyDelete
  2. dh besar x mintak susu cap gantung ., hehehe

    ReplyDelete
  3. hahahha memang seram betul ni kak, seram bila terlambat bangun pagi tuh

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...