Followers Remaja Purba

Saturday, February 8, 2020

Misi Mencari Pisang Goreng


Kisah tengahari tadi..
Sedapnya lahai kalau dapat makan pisang goreng panas-panas cicah dengan cili kicap. Mahu tak nak share dengan anak-anak.. 🤣 Itu yang aku ajak anak-anak keluar mencari pisang goreng.

'Cepatlah siap korang ni'.
'Nak pergi mana ibu..?'
'Nak pergi beli pisang gorenglah. Kan dah cakap tadi'.
'Bila masa ibu cakap..?'
'Lah.. tadikan dah cakap?'
'Ibu ni kenapa?'

Eh!Dah kenapa aku ni? 
Patutlah anak terpinga-pinga bila aku ajak keluar. Rupa-rupanya semua itu berlaku dalam mimpi bersambung ke dunia nyata. Sudahnya menjadi bahan usikan anak-anak.

Inilah masalahnya bila perut ni langsung tak nak bekerjasama dengan si tekak bila masuk hujung minggu. Dikerahnya si tekak untuk mendapatkan makanan je.

Kesimpulannya..
'Makan je tapi jangan tidur lepas makan'.

#KisahKita: Lapar lagi..? 😁

4 comments:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...