Followers Remaja Purba

Thursday, February 20, 2020

Kemalangan Kecil Petang Semalam


Kisah petang semalam:
Dak kakak jarang balik lewat dari sekolah kecuali ada hal-hal berkaitan yang memerlukan stay back di sekolah. Bila jadi macam ni, akulah yang akan mengambil beliau di sekolah.

Ketika menunggu giliran di persimpangan lampu isyarat selepas SMK dak Kakak, aku terdengar dentuman. Awalnya aku tak perasan tapi bila tengok rear view mirror, rupanya ada kemalangan berlaku.

Sebuah motor tak sempat mengelak dari melanggar motor yang aku rasa dia nak buat pusingan U di belakang aku. Disebabkan perlanggaran itu, kereta di sebelah aku turut terkena tempiasnya.

Keadaan mereka..?
Tiada kecederaan teruk yang pastinya, hanya perlanggaran kecil sesama mereka.

Bila lampu isyarat bertukar warna, aku tengok mereka mengalihkan kenderaan ke tepi jalan bagi menyelesaikan masalah di antara mereka. Moga urusan mereka dipermudahkanNYA.

Aku..?
Alhamdulillah.. jarak kereta aku hanya betul-betul berada di hadapan sedikit sahaja dari kemalangan tersebut. Lega..

#KisahKita: ...

4 comments:

  1. lega kann., dlm hati sape yg tauu., ;p

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dengan izin Allah ^_^

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah akak tak terkene... kadang kita terleka sikit pun boleh jadi nahas, tak kata orang lain dana sendiri pun pernah hampir-hampir berlanggar dek kerana hilang fokus atau tak perasan motor yang kadang menyelit

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...