Followers Remaja Purba

Monday, February 10, 2020

Insiden KON di Plaza Tol


Baru-baru ini berlaku kejadian 'pentingkan diri sendiri' di susur keluar sebuah plaza tol sebelum memasuki lebuhraya. Awalnya nampak pelik kenapa kenderaan di depan aku bergerak sangat perlahan di lorong berlapis TnG sedangkan ketika itu bukan waktu puncak.

'Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa dorang ni memandu seperti mengelak sesuatu? Ada apa depan mereka tu?'
Bila tiba giliran aku, barulah aku nampak rupanya ada kon merah terjatuh di tengah laluan tersebut. Kebetulan ketika itu tiada petugas plaza tol berhampiran laluan tersebut.

 TAPI.. itu pun masih ada yang 'berat tangan' untuk menghulurkan bantuan. Alah.. bukan susah mana pun nak alihkan kon tersebut. Buka pintu kereta, keluar dan alihkan. Mudahkan..?

Aku bukanlah baik mana tapi kalau setakat nak alihkan kon macam tu takde masalah pada aku, lagipun laluan tersebut bukan di tengah lebuhraya. Masih selamat untuk aku berhenti seketika.

Terima kasih ye #MakBudak atas bantuan tersebut, bukan sahaja melancarkan pergerakan kenderaan selepas aku, malah terasa dihargai bila kereta di belakang aku mengangkat tangan sambil tersenyum di atas bantuan aku itu. Hilang terus rasa geram aku disebabkan senyuman itu.

Inilah sikap segelintir pemandu yang.. 'apa yang perlu aku katakan.. eemm..'

#KisahKita: ...

8 comments:

  1. kak, gitula manusia... ramai yang pentingkan diri

    ReplyDelete
  2. tahniah kerana miliki hati yang baik dan dapat pahala telah memudahkan urusan orang lain

    ReplyDelete
  3. yang mana kita boleh tolong buat kita hulurkan bantuan =)

    ReplyDelete
  4. terbaik!!!
    memudahkan perjalanan org lain.
    semua senang hati :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah tahniah

    Rasulullah SAW bersabda “Seseorang lelaki menemui ranting yang berduri di tengah jalan (yang dilaluinya), lalu ia berkata (kepada dirinya sendiri), “Demi Allah, aku benar-benar akan menjauhkan (membuang) duri ini agar tidak mengganggu orang-orang muslim”, kerana itu dia dimasukkan ke syurga.(Riwayat Muslim)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Sis Aizamia, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
    1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
    2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
    14 x RM50

    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...