Followers Remaja Purba

Monday, February 3, 2020

Pengurangan Kadar Tol sebanyak 18 peratus


Kisah pagi tadi:
Berseorangan sambil melayan lagu kegemaran ketika memandu menuju ke 60 km jauhnya, melalui lebuhraya pastinya. Tiada perkara pelik berlaku sepanjang perjalanan tersebut.

Cuma.. rasa pelik + hairan aku kenapa amaun pembayaran melalui tol pagi tadi kelihatan lain macam. Rupanya-rupanya ada pengurangan 18 peratus kadar tol Lebuhraya Plus Malaysia Bhd. (PLUS) yang berkuatkuasa 1 Februari 2020; aku je yang tak ambil tahu sebenarnya.

Bila aku tanya pada en. Google, Menteri Kewangan, Lin Guang Eng dalam satu kenyataan:
Pengurangan kadar tol Lebuhraya Plus Malaysia Bhd. (PLUS) sebanyak 18 peratus tersebut diberikan kepada kenderaan penumpang, bas dan teksi bagi lebuhraya Utara Selatan termasuk:
  • Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE)
  • Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
  • Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE)
  • Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)
  • Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)
  • Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
  • Jambatan Pulau Pinang

DAN..
Aku anggap ia sebagai hadiah belated birthday buat aku.

Satu perkataan dari aku..
LEGA..

#KisahKita: Alhamdulillah..

5 comments:

Anum said...

good news

ejulz said...

semoga bermanfaat untuk semua..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Alhamdulillah.. Ada juga kurangnya Kan..

Han Hanni said...

alhamdulillah..sedikit sebanyak boleh kurangkan kos tol kita ye..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

happy belated birthday to u.. ;)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...