Followers Remaja Purba

Wednesday, February 26, 2020

Boleh Lupa Diri


Kisah hari ini:
Dah lama tak berhadapan dengan kesesakan jalan raya tapi bila sesekali terkena, rasa nak menangis dekat bucu seat kereta. Dua jam berhadapan dengan jalan raya yang sesak memang memenatkan. 

 Seawal pukul 7 am jalan dah mula sesak

Kenapa tak keluar rumah lebih awal?
Rutin harian en. Hubby nak kena hantar dak Nuha ke sekolah terlebih dahulu sebelum menemani aku ke hospital.

Eh!Kejap.. yang aku mengeluh ni dah kenapa? Bukan aku yang memandu.

'Sebab tu abang tak bagi awak pandu. Mulut mengomel lebih.' en. Hubby takkan bagi aku memandu kecuali dalam keadaan 'darurat'.

Dua jam kemudian baru sampai di sini.

Selesai urusan di hospital, aku menemani pula en. Hubby membeli sebahagian barang keperluan untuk hidangan yang telah ditempah bagi majlis hujung minggu ini.

Makan tengahari..
Ni kira brunch (breakfast + lunch)

Dah kenyang mohler kita balik bagi menguruskan rutin harian di rumah pula. 


Aku ada satu tips mengenai - SIGNAL:
Pengalaman waktu aku memandu, tiba-tiba ada kenderaan yang masuk laluan di depan aku tanpa memberikan signal memang dia kena dengan aku.

Caranya:
Potong kenderaan tersebut dan masuk ke laluan di hadapannya dengan 'mengajar' dia bagaimana cara nak gunakan signal. LEFT, RIGHT dan HAZARD LIGHTS 🥴 dengan dua tiga

Kalau dia masih tak faham? Pi lantak an situ. Janji kereta aku tak 'cedera'.

#KisahKita: ...

4 comments:

Warisan Petani said...

Siksanya kalau terperangkap dalam jem

Wak Lat said...

stress kan kalo macet je selalu..

Anonymous said...

Memang geram dengan orang yang tak reti bagi signal ni

norhidana said...

kl kalau tak jem memang bukan kl namanya kak oi.... sebab tu lah lepas subuh aku dah gerak pergi kerja kak...
memang kadang geram kalau jenis manusia tak reti guna signal nih, geram betul baik kereta mewah, kereta kokak sama je perangai

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...