Followers Remaja Purba

Thursday, August 2, 2018

Ditakdirkan kamu menjadi perempuan Lorong..?



Sekadar berkongsi sedikit perbualan di antara anak dan ayah dari plot drama NUR di TV3 yang bersiaran pada bulan Mei lepas.


Ayah:
Ditakdirkan kamu menjadi perempuan lorong macam adik ipar kamu tu, apa yang akan kamu buat ye Aisyah?


Anak:
Aisyah akan berubah ayah.


Ayah:
Alhamdulillah kamu akan berubah tapi kalau tak boleh macam mana..?
Tak semua wanita yang lahir ke dunia ni sebertuah kamu Aisyah. Kamu tak perlu berdepan dengan rasa serba salah, rasa berdosa seperti mereka seumur hidup mereka dan ayah percaya hampir kesemua penghuni lorong itu mahu berubah tapi mereka putus asa kerana mereka tak ramai yang sudi membantu mereka untuk berubah dan salah seorang daripadanya adalah Nur. Nur mahu berubah tapi mampukah dia berubah tanpa pertolongan orang macam kita ni..?


Anak:
Ahh.. kalau dia nak berubah bila-bila masa je boleh berubah. Semua atas diri sendiri ayah, takde kena-mengena dengan orang lain. Dalam Al-Quran pun Allah dah cakap.. 'Allah tidak akan merubah sesuatu kaum itu kalau kaum itu sendiri tak nak berubah.'


Ayah:
Bagaimana pula dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud.. 'Apakah mereka itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan, kami telah beriman sedangkan mereka belum lagi diuji.' (Surah Al-Ankabut, Ayat: 2).

================================================

Itu di dalam sebuah drama..
Cuba bayangkan kita berhadapan di dalam realiti kehidupan.
Apakah kita sanggup membantu?
Ditambah dengan umpat cerca orang keliling?
Sanggupkah kita..?


Andai terlalu memikirkan malu diumpat cerca dek orang, kita takkan berjaya membantu merubah mereka menuju ke arah kebaikan. Bukan sesuatu yang mudah untuk kita lakukan tapi tanpa bantuan kita, mereka akan kekal sebagai manusia lorong.

Jangan kata mereka.. aku sendiri bukanlah baik mana.. ada je sisi nakalnya tapi selagi mana kita boleh jauhkan perkara yang tidak baik itu semua atas niat. Moga kita semua dijauhkan dari perkara yang tidak baik hendakNYA. Dekatkanlah diri kepadaNYA..




Drama yang pernah menjadi fenomena baru-baru ini..
drama nur tv3
Boleh cari di SINI..


Sedikit perkongsian lain dari drama NUR itu juga ada di bawah ini..

Syaitan suka perangai macam ni - di SINI..
Keranamu Sup Bunjut - di SINI..
This is all the Blog's fault - di SINI..
Baru saya faham.. adil itu Redha - di SINI..
Bukannya melabel dan menghukum - di SINI..



StatusHati: Apa yang perlu kita buat untuk mendalami Islam? Jawapannya adalah Al-Quran.


5 comments:

Ann Ishak said...

drama Nur tu memang best :D

Baby Breath said...

drama tu memang best, banyak pengajaran dan realiti masyarakat. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 928

Anonymous said...

Hey veгy nice blog!

ejulz said...

betul tu. kuatkah kita?

Dunia Zumal said...

Walaupun sekadar drama, tapi jika tersilap langkah dalam realiti mungkin sesuatu yang buruk terjadi kan...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...