Followers Remaja Purba

Tuesday, August 14, 2018

Jeruk Cermai tuan Shamsul Abas a.k.a Ondscene



'Cukuplah bagi orang tengok supaya terliur.. hahaha..'


Jeng.. jeng.. jeng.. hahaha..



Jeruk cermai ni #MakBudak dapat dari.. tuan Shamsul Abas a.k.a blogger #Ondscene tengahari Sabtu lepas. Walau hanya sekadar buah cermai tapi perasaan teruja dapat jumpa beliau sebenarnya.

Selama ni aku ikuti blog beliau #Ondscene dan FB beliau. Banyak pengalaman menarik beliau, beliau kongsikan di situ dan aku ni peminat dalam diamlah walau beliau bukannya kenal pun. Alah.. rugi tak mintak autograf beliau masa tu.. hahaha..


Tapi.. satu ayat yang lucu dari beliau sewaktu jumpa beliau:
'Kalau rasa nak pasang GPS pada kereta nanti bagitaulah. Kot-kotlah nak trace dekat mana lokasi en. Suami.' Menarik.. eemmm.. boleh dipertimbangkan ni.. hahaha..


Di sini tempat kami berjumpa..
Berkebetulan nak melawat kawan sakit di Hospital Tawakkal kat belakang tu..


Inilah orangnya..
Pasti ramai yang mengenali beliau..
Tanya je pakcik Google kalau tak kenal.. hehehe..
Bila berjumpa face to face begini nampak beliau muda dari usia sebenar..
ssyyy.. harap beliau tak baca dekat sini.. hahaha..


Gambar #MakBudak haruslah ada..
Dak Nuha je tak nak keluar dari kereta sebab panas berdenting.. ting.. ting..



Tak lama pun kami chit-chat dengan beliau memandangkan beliau sedang mengejar masa ketika itu. Apa-apapun terima kasih banyak-banyak di atas kesudian berjumpa dan memberi kami jeruk cermai tersebut. Selesai berjumpa beliau kami meneruskan perjalanan menuju ke Hospital Tawakkal berjumpa kawan en. Hubby yang dimasukkan di Hospital tersebut.


Moga beliau cepat sembuh hendakNYA.



DAN..
Dua bekas ini diberi oleh tuan Shamsul Abas..


Nih dia.. Jeruk cermainya.. kecur liur beb..
Tak dan balik sampai rumah.. dalam kereta je kami dah makan.. hahaha..



Pesanan dari beliau berkenaan jeruk cermai tersebut:
'Takdelah sedap manapun sebab buat bukan untuk komersial tapi jadi sedap bila kita bekukan. Then dah sejam dua mencair, baru rasa sedapnya. Ibarat makan ice cream.'


Masa aku taip ni pun.. dok telan air liur weh.. Punyalah sayang nak makan, ada lagi aku simpan dalam peti sejuk beku.. hahaha..


StatusHati: Teruja tak terkata dapat bertemu beliau..


8 comments:

Cik Nor said...

mak Aii..sadapnya..:)

ejulz said...

sedap ni :)

Baby Breath said...

beruntunya dapat jumpa beliau. saya pun minat sangat dengan cara penulisannya

Aryan azra said...

aduhhh yang membaca ni pun dah tertelan2 air liur dah, lama tak makan jeruk cermai nih

Anonymous said...

Ahaa, its fastidious conversation regarding this piece of
writing at this place at this blog, I have read all that, so
at this time me also commenting at this place.

Kakcik Seroja said...

Pernah beberapa kali berjumpa dengannya sewaktu aktif berblog dengan Mazidul Akmal dulu...

norhidana said...

wahhhh... skrg ni ssh nk jumpa buah jeruk cermai nih kak....
tgk je pun dh kecur liur hehehhehe

Mrs. A said...

Adeh! kecur air liur tengok.
Dah lama tak makan jeruk cermai

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...