Followers Remaja Purba

Saturday, August 4, 2018

Si Hitam Belakang Rumah



Si Hitam..

Kucing ni aku gelarkan kucing belakang rumah. Kami tak bela tapi setiap kali aku masak dekat dapur pasti si Hitam ni dan geng bas sekolahnya ada di belakang rumah.

Dah lama ia bersama kami sejak dari tahun mula aku pindah sini. Dari ia kecil sampailah dah nak purba ni masih setia di kawasan rumah kami. Dari seekor yang degil sampailah ia mendengar kata aku. Kalau aku kata jangan.. diam terkebil-kebillah ia memandang aku. Mana taknya siap kena bebel..

Baru-baru ni si Hitam ni kena marah dengan en. Hubby sebab kantoi cuba mencuri ikan (sebelum ni tak pernah berlaku) 😆😆😆 Terus hadap dinding kau.. sentaplah tu.. hahaha..


StatusHati: Si Hitam tengah bunting.. 🤔🤔


5 comments:

Kakcik Seroja said...

Kat rumah mak pulak, Si Putih. Sesekali dapat masuk rumah bukan main lagi menggeliat nak manja-manja. Langsung tak nak balik dah ke rumah tuannya...

Awan Nina said...

haha merajuk terus si kawan :P

Nurzarini Ismail said...

Alahai kesiannya. Hati mak bunting kena jaga tau..baby yang mengidam tu :D

Kira Sakura said...

hahahaha tau pulak sentap. mesti dah sayang tu hihihi. kira dulu pun panggil kucing yang selalu ngendap tingkap belakang dengan panggilan BELAKANG sebab dia takkan datang depan =)

Warisan Petani said...

Buat apalah dimarah si hitam tu.
Dia nak ikan sekor aje.
Bukannya dia curi tv lcd r esbok.
kesian si hitam

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...