Followers Remaja Purba

Wednesday, August 1, 2018

Majlis Perkahwinan sepupu Nurul Hidayah & Muhammad Hanafie


Aidilfitri kali ini adalah cuti rehat paling lama kurasakan yang berkebetulan jatuh pula pada musim cuti sekolah. Kali ini adik sepupu telah melangsungkan perkahwinan pada minggu kedua Aidilfitri di rumah di Masjid Tanah, Melaka.

Jemputan dari Mak Saudara aku awalnya macam sukar untuk dipenuhi gara-gara dek ChefHubby sukar dapat cuti namun pada saat-saat akhir sesuatu yang tak diduga berlaku dan rezeki adik sepupu aku, kami dapat menghadirkan diri dan seterusnya meneruskan apa yang dipinta oleh mak dan bapa saudara aku. Teruja untuk hadir sudah pasti. 

Atas permintaan, ChefHubby diamanahkan menyediakan menu untuk makan beradab. Maka, yang pasti tiadalah pakaian yang bergemerlapan untuk aku pakai sepanjang majlis tersebut. Memang tak dan nak melawa pun..


Alhamdulillah..
Akad nikah dijalankan pada pagi 9 Syawal 1439H bersamaan 23 Jun 2018, hari Sabtu.

Ruang hadapan rumah pengantin.


Sayangnya waktu majlis akad nikah ni aku terlewat menghadirkan diri gara-gara sibuk membantu di belakang tabir. Tak banyak gambar kenangan tercipta dari sisi aku disebalik proses akad dijalankan. 


Inilah yang aku sibukkan sangat..
Anak-anak dara yang membantu menata rias meja makan beradab..


Ketua Juri mai dah.. 🤗😉
dak Husna.. nama yang tengah viral la ni.. hahaha..


Nasi Minyak diletak dalam nenas sebagai penyeri
Ikan Jenahak sweat sour
Udang masak butter
Daging kerbau masak merah (tiada dalam gambar)


'Gelas' yang unik..


Selesai majlis akad nikah, pengantin perlu bersedia untuk sesi 'menaiki takhta'. Diarak oleh paluan kompang dan diserikan dengan mercun menuju ke pelamin.


Sementara itu..
Ketika viral bergambar sambil didukung..
Aku pun teringin jugak. Nah! Ni dia.. amik. Larat angkat sebelah kaki je.. 🤣😂😥


Hujan turun sebelum majlis persandingan tapi syukur tak lebat.


Sedikit lecak namun tak menjejaskan majlis..


Menyambut menantu lelaki..


Bersama mak dan ayah pengantin perempuan..


Bersama adik-beradik pengantin perempuan..


Gambar kami mana boleh takde..


Bersama sepupu-sepapat..


Pengantin yang ceria..


Makan beradab..


Sekali lagi.. sebagai kenangan..


Nenek melatah disakat dek Atok.. comel je..


Ada banyak lagi yang aku nak share di sini sebagai kenangan tapi kena tunggu mood kena rasuk meng'edit' entry tu hadir. Paling happening, waktu melapah kerbau untuk majlis perkahwinan adik sepupu aku itu. 

Apa-apapun tahniah buat my adik Sepupu, Nurul Hidayah Zainuddin bersama pilihan hati Muhammad Hanafie Rezuan. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.. Aamiin..


StatusHati: Selagi boleh sabar..


3 comments:

Putri said...

Kreatifnya awak lakibini
Tahniah kepada pengantin

ejulz said...

Semoga pasangan bahagia hingga akhir hayat.. amin

Dunia Zumal said...

Wah dahsyat depa bergambaq

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...