Followers Remaja Purba

Thursday, August 14, 2014

Raya ke 3 dan ke 4 di Johor..



Hutang entry beraya sakan kami diteruskan lagi..

Hari Raya Ketiga kami di Muar rumah maklong sepupu kepada wife paklong aku..
Ni pun antara tempat persinggahan yang mesti singgah.. kalau tak nanti kena bebel..



Pagi-pagi ada jiran hantar cempedak..
Terbaiklah lepas sarapan nasi goreng, kita makan cempedak pulak..

dak Nuha yang pantang nampak ibunya nak selfie..


Hampir dekat tengahari kami bergerak pula ke Segamat.. rumah kawan hubby.. Boleh tahanlah jauh sebab ikut jalan jauh memanglah terasa jauh..

 
Sungai apa aku pun tak tahu.. sebab tersesat sebenarnya.. terlajak simpang..

Sepanjang jalan menuju ke rumah kawan hubby sedang dalam proses pelebaran jalan..


Sampai sana lewat sejam.. geng yang dah sampai awal dah nak gerak balik..
Tapi hubby puas dapat makan ikan patin yang dimasak oleh tuan rumah..
Macam biasa ---> tiada gambar kenangan..


Kemudian perjalanan diteruskan ke rumah Mak Busu aku pulak di Masjid Tanah..
Jauh sangat perjalanan sebab kami patah balik ke Negeri Sembilan sebelum masuk ke Melaka..



Selamat Datang Ke Pekan Masjid Tanah..


Sampai kat rumah Mak Busu.. ---> tujuan utama nak periuk kera.. untuk dibuat pulut periuk kera..
Kat sini tidur lagi semalam.. jadi sepanjang raya ni, tiap rumah saudara yang kami singgah kena bermalam agar takde yang rasa kecik hati.. sama rata baru adil..


Dah penat makan rendang kita makan pulak ayam bakar..




Hari Raya Keempat..
Bersiap sedia untuk hentian terakhir ---> rumah Pak Ngah aku di Tampin sebelum pulang ke rumah..


dak Nuha jadi mangsa buli dak Adik..


Bersama Pak Ngah
Moga Pak Ngah sihat dan kuat dalam menjalani kehidupan seharian.. amin.




Tiap kali aku balik mesti salah timing.. baru berputik belum besar buah jambu susu ni..


Buah sentul.. 
Beria mak aku tolong kaitkan, bawak balik sudahnya aku tak makan.. rugi-rugi..


Dulu suka buat sambal terung pipit ni.
Sekarang aku buat ulam je.. ni atok sedara aku yang ajar.. 


Memulakan perjalanan balik rumah..
dak Nuha kepenatan baring sambil minum susu..
dak Kakak dengan dak Adik dah puas tidur..


Tol Sungai Besi lengang..



Touch down di P.J, mendobi di kedai dobi..
Turun barang.. loading barang baru dan jalan raya lagi..
Malam tu kami bergerak menuju ke Perak..
Fuh.. letih.. usah cakaplah..






psstt: Ada hutang 3 entry lagi baru lengkap cuti beraya sakan aku kali ni..



7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

TOMEINYA

fazianbatrisyia said...

syok jugak puas beraya. thn ni rumah sy agak lenggang sebab semua dah jumpa masa wedding sepupu haritu...

ArELeEz said...

jambu susu cicah kicap. perrgghh..!

eMMe said...

terung pipit sdap wat sambil bilis, perghhh!!!

Rai Ourkizuna said...

meriah sungguh raya akak tahun ni kan.. banyak berjalan.. makannya pun banyak..

Ena's Stories said...

seronoknya sesekali blk kpg...mcm² buah leh makan

are_lin@yu said...

wahh jln lengang eh msim rya tu yg best tak sesak kn

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...