Hutang entry beraya sakan kami diteruskan.. selepas 1 Syawal.. Hari Raya Pertama..
Hari Raya Kedua aku beraya di rumah paklong aku di Gemencheh, Negeri Sembilan..
Tiap kali balik sana mesti aku request nakkan rendang maman.. dapnya.. rasa tak puas makan sebab kekonon nak diet.. Bila balik P.J rasa menyesal.. padan mukaku.. sape suruh makan sikit..
Hujan di awal pagi membuatkan suasana pagi rasa sejuk je..
Rasa tenang je kat kampung jauh dari jerebu.. huhuhu..
Kat area rumah aku jangan citelah, bau asap je..
Anak-anak yang sporting bila lensa camera ditujukan kepada mereka..
Gambar kenangan suasana beraya di rumah paklong memang takde.
Line internet pun susah nak dapat dan elok pun macam tu.. takdelah nak berkepit layan hp je kan.. bukan selalu pun dapat jumpa saudara..
Lepas Zohor kami bergerak menuju ke Muar rumah maklong sepupu kepada wife paklong aku..
Ni pun antara tempat persinggahan yang mesti singgah.. kalau tak nanti kena bebel.. kehkehkeh..
Dalam perjalanan ke sana sempat singgah di rumah kawan FIL di Nyalas.. ---> macam biasa tiada gambar kenangan..
Pemandangan sepanjang perjalanan ke Muar..
Kerenah anak-anak sepanjang perjalanan..
'Ibu.. nak balik kampung mana lagi ni ibu..' ---> soalan yang sama dari anak-anak setiap kali beraya di kampung..
Dan.. akhirnya..
Toucn down di Muar..
Lega dapat berehat dengan tenang selepas tetamu terakhir pulang selepas pukul 10 malam..
Gaya tidur dak Adik..
psstt: Memang tak banyak gambar sepanjang dikampung.. nak selfie bagai pun memang tak lah.. best lagi chit chat dan makan-makan.. oh.. habis dietku.. kihkihkih..
Rendang maman sdap kan! Pandai mkn pun sbb kwin dgn org nogori..
ReplyDeleteLalu menceh! Msti lalu tampin kan...eeeee..bila nk singgah?? Tp time lalu tu...kita x de rmh tu..2 syawal..betapa kat kg lagik!
sedapkan rendang maman tu...tapi susah nak dapat orang buat rendang tu...
ReplyDeleterendang maman, tak penah dengar..nanti nak tanya mak mentuo den, mesti dia tau, dio org Rombau.
ReplyDeleteseronoknya
ReplyDeletecantiknya kampung ni,tenang berkabus :)
ReplyDeletemacamana rasa rendang maman tu?..maman yg dah dijeruk ke?
ReplyDeletesonok sonok sonok
ReplyDeleteamirah:
ReplyDeleteTak guna maman jeruk tapi maman fresh tu.. daunnya rasa pahit tapi sedap bila dicampur dengan daging atau ayam untuk dijadikan rendang..
bestkan kat kampung.. rumah kami pun teruk asap walau pun lepas hujan.. stress je rasanya... sapa lah yg takde sivik pi bakar jugak.. grr..
ReplyDeleteuncle kalau balek moncheh pon carik ayam maman...!
ReplyDeletememang champion!
Resepi rendang maman tak ada ke..? Di Utara ni setahu saya tak pernah jumpa rendang maman....
ReplyDeleteWoooooo....pertama kali kudengar rendang maman. Biasanya jeruk je...jeruk yg ada beras tu..kan?
ReplyDeleteronda sakan time raya nmpaknya..
ReplyDeleteOhhhhhh my kampung Muo.....
ReplyDeletejauh jauh jugak pergi beraya tu ye Aiza ....dari Gemenceh sampai ke Muo...
Eh dak adik mng suka tido gitu yeh.....kreatif tu hehe