Followers Remaja Purba

Friday, June 10, 2016

Takde alasan untuk tidak memasak


Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan kesihatan aku.. yang paksa aku pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut, juga tak kurang bebelan hubby dan doctor..

Alhamdulillah..
Hari ni keadaan aku semakin baik dan rutin harian berjalan seperti biasa, tapi aku belum dapatkan lagi rawatan di hospital. InsyaAllah, aku akan pergi tapi bukan dalam masa terdekat ni..

Ramadhan kali ni adalah kali kedua kebenaran balik 30 minit lebih awal diberikan..
Minggu pertama Ramadhan ni, santai sikit sebab masih dalam mood cuti sekolah..
Tunggu minggu depan bila anak-anak dah mula bersekolah.

Ramadhan kali ni..
Perbelanjaan harian cuba dikawal sebaik mungkin untuk mengelakkan pembaziran. Anak-anak pun tak merengek nak ke bazaar Ramadhan sebab ibunya kedekut.. ekekeke.. Lagipun stok bahan mentah/basah ada banyak, jadi takde alasan untuk tidak memasak. Rajin dengan idak je..

Hari ni aku nak singgah ke teratak kengkawan.. dah beberapa hari aku offline. Mesti banyak kisah yang aku terlepas. Juga tak terlambat untuk aku ucapkan..

'Kepada yang berdiet tu, jangan hanya pada bulan Ramadhan je... teruskan untuk bulan-bulan berikutnya juga.. dan Selamat Menyambut bulan Ramadhan buat semua.. '


StatusHati: Elakkan menghukum tapi cubalah memahami..


10 comments:

PeRdU cINta said...

Salam Ramadhan juga ya...

saniah ibrahim said...

Akak harap ai lebih sehat utk jalani ibadah puasa ni.
Akak pun setakat ni belum ke bazar lagi tapi kalau dh tak sempat terpaksa juga lah .

Kakzakie Purvit said...

Selamat menjalankan ibadah di bulan ramadhan juga dari kakak.
Kakak tak ada alasan tak masak tapi memang tak masak - beli aje:)

Aretikz said...

Salam Ramadhan..

Semoga dipermudahkan untuk menjalani ibadah puasa ni..

Uhuk2.. tapi part last tu.. harap2 dapat kekalkan momentum masa raya.. tahu2 jak la.. ketupat lemang, sila nikmati kawan, penat memasak sampai ke pagi..

Eh? Awal lak nyannyi lagu raya.. hehe

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Harap rutin harian macam biasa nanti bila anak dh start ke sekolah, kan?
Memang setakat cuti ni alhamdulillah xde,mslh.

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Saya belum bawa anak pi bazar Ramadhan.
Setakat bawak kedai tepi2 jalan kat taman sebab malas nak bersesak.

Azian Elias said...

Selamat menjalan kan ibadah puasa.. semoga cepat sembuh...

ewanthology said...

Alhamdulillah...dah beransur pulih nampaknya.

Mar Mansor said...

tulah kan takde alasan untuk tidak memasak..hehe

Mummydearie said...

Semoga kesihatan Aiza beransur baik. Kalau masih juga tak baik, eloklah pergi juga dapatkan rawatan tu, Aiza.

Saya pulak kehabisan stok bahan basah. Ingatnya hujung minggu nak pergi tapi bila dah puasa, rasa malasnya nak keluar rumah beli bahan. Nak pergi shopping pun malas tau!

Hari ni ingatnya nak pecut sekejap pergi beli bahan basah untuk seminggu tetiba si Bubbly Abang pulak buat hal di pagi hari. Terus cancel plan sebab takda mood dah!

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...