Followers Remaja Purba

Tuesday, June 14, 2016

Resepi Kari Kambing versi Mak Budak


Tiap-tiap hari dok fikir nak masak apa. Bila tanya dekat anak-anak, 'ikut ibulah..'
Dak Kakak dengan dak Nuha aku tak kisah lagi tapi jangan dak Adik.. memilih orangnya. Kalau hari-hari makan ayam pun dia lalu tapi akulah yang muak..

Minggu lepas, bila tengok hubby ada belikan kambing, perasaan teruja nak memasak kambing tiba-tiba datang. Nak mintak hubby masakkan, beliau kerja hujung minggu tu. Nampak gaya kena buat sendirilah jawabnya dan buat aku yang bukan pakar memasak ni adalah rasa cuak sikit. Yelah.. biasa chef hubby yang masak.. tapi selagi ada resepi yang boleh membantu, InsyaAllah kerja akan jadi lebih mudah..

Resepi..?
Aku segan nak share resepi kari kambing tu sebenarnya tapi tak sampai hati pulak tak nak share kat sini.. dan harap-harap janganlah kecam aku kalau resepi tersebut tidak menepati citarasa.. kihkihkih.. Gambarnya pun aku lupa nak ambil gara-gara teruja melampau..


Bahan-bahan:
Keluarkan kesemua bahan yang berkaitan dari tempat simpanan di dapur..
Malam Sabtu mintak hubby buatkan pes kari kambing..
Dah siap simpan elok-elok..

Cara memasak:
Petang Ahad rebus kambing hingga empuk..
Dah cukup empuk, ketepikan..
Ambil bahan pes kari yang telah chef hubby sediakan malam tadi..
Panaskan hingga naik bau..
Kemudian masukkan kambing, kentang yang telah dipotong..
Jangan lupa masukkan sekali air rebusan kambing tadi..
Masak hingga kentang menjadi empuk..
Perisakan dengan bahan perisa bagi dia sedaplah kan..
Siap.. dah boleh hidangkan..
Untuk kari kambing ni, aku tak gunakan santan..


Waktu berbuka..
'Sedap tak ibu masak..?'
'Sedap.. macam babah masak..' jawab dak Adik..

Hahaha.. tergelak-gelak aku.. dengan anak-anak pun jadi..
Nak menipu pun tak hagak Mak Budak ni..
Tapi yang penting cukup rasa, semua ada dan sedap..
Dan lagi penting.. keranamu kari kambing, berat badanku naik..
Tak boleh jadi ni.. kena kawal pemakanan kalau tak nak kena denda..
Hanya kerana program INI..


StatusHati: Keranamu.. aku masih di sini..


11 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Mudah sungguh resepi tu Aiza...
Mana akak nak cari pes babah tu :D

Nurzakiah Hanum said...

wow

norhidana miswan said...

itu namanya kari kambing babah nyer resepi... mama tlg kaco je bkn resepi dia hehehe

Yana Libra said...

sedap tu kambing..hehe

blasahje said...

sodap je kalau dah mak masak...tak kira lah macam siapa... hehehe

Dhiera nadhirah said...

kalau dah kambing kena gaya masak mmg sedap la

Mummydearie said...

Pes pun special tu, memang tak dapatlah nak buat sesedap itu ^_^ Untunglah ada hubby tolong tunjuk ajar mana patut tapi sebab mama mereka yang masak, haruslah mama mereka yang dapat namakan!

paridah said...

sedap sangat tu membuka selera.

Cahaya Hayati said...

Kari kambing memang mabeles...
done follow.

Ibu Lala said...

Pening kan bila anak anak suruh kita je yg pikir nak masak apa. Nampaknya kena la masak menu yg dorang suka kan. Masak ikut menu kita takut dorang tak suka kan.

Nurfaezah Abdullah said...

yg penting msk ngan ikhlas hehe

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...