Followers Remaja Purba

Tuesday, June 7, 2016

Dugaan di awal Ramadhan


Akibat tak tahan sakit pinggang, aku telah menerima satu suntikan di bahagian pinggang oleh Doctor malam tadi dan diberikan cuti sakit untuk hari ini.

Pertama kali sebenarnya, biasanya kutelan ubat je. Itupun jenuh doctor and hubby memujuk. Aku bukan takutkan jarum suntikan tu cuma terbayangkan menda negatif dalam kepala ni.. Macam mana kalau tak boleh bergerak langsung lepas kena suntik? Eleh mak budak.. cakap jelah kau takut.. kehkehkeh..

Kemuncaknya, hampir seharian aku terbaring kesakitan bukan sebab kesan suntikan tu tapi sebab sakit pinggang. Rasa tak selesa nak bergerak, tak boleh langsung nak bangun, asal aku bangun je macam kena rentap pinggang aku. Rasa nak kancing gigi menahan sakit..

Mengadu pada hubby? 'Jom check in hospital'.
Lagilah aku tak nak, buatnya kena stay.. dahlah bulan puasa.
Takpe bang.. kita tengok pagi esok macam mana. Kalau dah tak mampu nak bertahan pasrah jelah..

Tapi semua itu tak mampu mengatasi kesakitan yang dialami oleh Adam (anak salah seorang my BFF) yang selamat menjalani pembedahan atas sebab kesihatan petang tadi.

Buatmu Ibu Adam..
Kuatkan semangat lyn.. lyn yang paling kuat antara kami semua. Bermacam dugaan lyn dapat..
Moga DIA akan terus jaga Adam dan Lyn sekeluarga.
Moga Adam terus diberi kesihatan terbaik demi kelangsungan hidup.
Moga Adam menjadi anak soleh kebanggaan keluarga.


StatusHati: Moga aku terus kuat hendakNYA..


15 comments:

Amanda Suria said...

Get well soon Aiza...

norhidana miswan said...

gws ye kak... moga arini dh makin hilang sakitnya

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Dugaan bulan puasa. Semoga cepat baik akak.

Jobdirumah Buat Duit said...

Kasihannya. Sabar akak yea. Semoga cepat sihat.

OhPanduan said...

Bersabar dengan ujian di bulan puasa. Selamat berpuasa akak.

Julia Johari said...

Sakit pinggang ye...bunyi mcm serius sangat tu...better pergi cek kesihatan...sebelum lambat tahu baik cepat bertindak.

lieyalatif said...

allahuakbar...harap dah ok.... moga dah hilang kesakitan tu...kalo sakit pinggan mmg takleh nak buat ape...baring salah ..duduk pun salah....lieya selalu kene kalo peknen....riso2 gak slip disc ke ape kan.....

Nurzakiah Hanum said...

get well soon

Rozita Abdul Rahman said...

suntikan apa dik? terlepas cerita apa2 ke ni?

idzwa kamaruddin said...

semoga kembali sihat kak.

dalila said...

get well soon sis..nmpk mcm serius sktnya..

Nor Azimah said...

Tak penah jumpa tukang urut ke? Slip disc ke apa? Ada kwn tu penah slip disc mmg tk boleh bgn, lama kena terapi kat hospital, Alhmdulillah dah ok.

Mummydearie said...

Hari ni macamana? Kurang dah sakitnya ke atau masih sama? Get well soon ya!

Mia Liana said...

semoga cepat sembuh....

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Macamana sakit pinggang..dah ok ke?
Take care ye, sis.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...