Followers Remaja Purba

Tuesday, December 23, 2014

Perkhemahan Ibadah Anak Muda TDBi - Hari Pertama



Baru berkesempatan nak update kisah INI..
Perkhemahan Ibadah Anak Muda dan Kursus Penyembelihan @ KRT 2015 yang telah diadakan 20 - 21 Disember 2014 (Sabtu dan Ahad) yang lepas di mana.. dak Kakak dan Adik bersama 3 orang sepupu mereka menyertainya..
Kali pertama KRT diadakan, dua taman perumahan bekerjasama dalam sesi penganjuran aktiviti ini..
Dalam 40 orang anak-anak warga taman lingkungan umur 6 hingga 17 tahun yang terlibat..



20 November 2014 (Sabtu)..
Pukul 8:15.. kami sampai dan bersedia untuk sesi pendaftaran anak-anak..
Hubby yang uruskan mereka sementara aku sibuk dengan cik Nikon dan dak Nuha..



Pendaftaran anak-anak..


Tapak perkhemahan..
Aku pulak yang teruja nak join dorang..


Dak Adik je takde dalam gambar ni.. payah betul nak suruh dia bergambar sekali..


Penambahan pada khemah yang sedia ada..


Sarapan pagi disediakan sebelum aktiviti dimulakan..



dak Nuha bersama abang sepupu dia.. antara peserta termuda yang join..


Ustaz Khairul Khuzaini yang akan mengetuai aktiviti ini


 AJK Taman bersama Fasilitator yang terlibat..



Sesi penerangan dimulakan.. dak Nuha turut terselit sama..


Pembahagian kumpulan dilakukan..


 Aktiviti berkumpulan..


Kursus Penyembelihan untuk para peserta..



Masa ni dak Nuha gagah lagi.. bila dah lama sangat dan dia dah penat mulalah merengek nak berdukung.. fuh.. mahu tak lenguh tangan aku.. mana nak dukung dia.. mana nak pegang cik Nikon.. mana nak ambil gambar para peserta program.. alahai anak..


Sudahnya ku alihkan perhatian dia ke sini..
Di tengah panas mentari.. takdelah panas sangat tapi tetap terasa jugaklah bahangnya..


Tak puas main sensorang, dipaksanya aku main sekali buaian tu..



Aku tak terlibat secara langsung cuma diminta mengambil gambar aktiviti tersebut tapi takdelah 2 hari tu aku berkampung di situ.. sebab aku perlu juga uruskan dak Nuha..

Tiada gambar disebelah petang..



Malam tu pulak..
Sesi Pengisian Ilmu diadakan selepas solat Maghrib..
Tajuk aku tak ingat tapi berkaitan adab kepada ibubapa dan kisah anak derhaka..
Diselang-selikan dengan video mampu mengundang airmata, bukan setakat kepada anak-anak tapi juga kepada ibu bapa..


Dak Kakak bersama sepupunya..


Dak Adik yang berjiwa kental tu pun menangis akhirnya..


Anak-anak diminta menulis apa yang ingin ditulis untuk ibubapa..



Masa ni memang bukan setakat sebak.. meleleh airmata.. hilang kekentalan jiwa aku bila tengok dak Kakak dengan dak Adik menangis..
Bila situasi dah stabil, anak-anak pun dah ok.. aktiviti seterusnya dijalankan.. aku mengambil peluang untuk balik ke rumah sekejap sebelum makan lewat malam bersama hubby dan SIL di luar..

Dan.. masih belum terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak negara.. walaupun tewas tapi korang telah berusaha sebaik mungkin.. cuma nasib tidak menyebelahi..



psstt: Bersambung..





4 comments:

  1. Akak suka sangat kalau anak2 join aktiviti macam ni. Memang banyak betul manfaatnya...

    ReplyDelete
  2. cik kira kat sini pun tersebak sama tengoknya sobssss

    ReplyDelete
  3. Bab nangis2 tu samalah masa skolah dulu siap merebeh ayaq mata.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...