Followers Remaja Purba

Tuesday, December 2, 2014

MAHA 2014 at MAEPS, Serdang dan BOLASEPAK



Setiap tahun pasti tercatat dalam calendar tahunan Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) , Selangor dalam menganjurkan Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism (MAHA) dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK)..

Kali ni tarikh 20 - 30 November 2014 telah dipilih bagi merealisasikan acara tahunan tersebut.
Dah tentu ramai yang tak lepaskan peluang membawa keluarga 'bercuti' di sini..



Aku..?
Juga tak lepaskan peluang yang ada..

Tapi.. ekekeke..
Janganlah korang mengharapkan gambar buah, pokok haiwan mahupun peralatan dalam entry kali ni sebab..



Nak pergi pagi.. aku tak larat.. lagipun pasti ramai dengan lautan manusia.. ditambah pulak terik mentari..
Ambil risiko pergi sebelah petang? Memang tak lah.. sebab dah tentu hujan.. tak mahu aku terperangkap kebasahan dalam hujan kat sana eh..
Sudahnya malam aku sampai di sana sebab petang tu aku pergi ke tempat lain dulu..
Ingatkan malam dah berhentilah hujan.. rupanya hujan tu dari mula aku pergi hinggalah aku sampai ke rumah hujan masih turun..




Sudahnya.. aku hanya membuat lintas hormat je di sana pada 29 November 2014 lepas..

 
bye bye MAEPS, tahun depan kita jumpa lagi..
Ingatkan laluan masuk parking tu free.. sekali waktu nak keluar kena bayar RM5 daaa..
Takpelah.. kira sedekah jelah..


Keputusan segera harus dibuat.. hubby geram jugak dengan aku.. dah sampai tapi tak nak masuk..
Aku pulak lebih memikirkan keselesaan diri dan anak-anak...
Dah kalau berjalan dalam hujan macam tu, memang taklah kan..
Takpe bang.. tahun depan kita pergi lagi.. ---> azam 2015 ni.. kehkehkeh..


Hubby sanggup pusing balik nak bagi aku ambil gambar 'MAEPS' dengan lebih dekat..


Kalau aku berdua je dengan hubby, selamba aku redah malam tu..
Tapi sebab pakej lengkap dengan dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha memang taklah..



Sempat aku bodek hubby nakkan ice cream ni..
Hujan.. sejuk.. makan ice cream.. dapnyeee..
Abang.. nak lagi boleh.. kihkihkih..



Sampai kat rumah.. sempat tengok BOLASEPAK ---> Malaysia vs Singapura..
eeemm.. tak sia-sia balik awal.. dapat layan bola..
Memang terbaiklah pasukan Malaysia.. memang ohsem.. ai like..
Tahniah buat pasukan Negara..
Tak sabar nak tunggu perlawanan seterusnya..
Kesian pada penjaga gol Singapura.. teruk kena bahan.. huhuhu..




psstt: Streamyx dan Maxis ni buat aku rasa nak bertukar je... ggggrrrrr..



10 comments:

ewanthology said...

mmg tak pernah pergi MAHA...tgk dia punya jem dan cerita org betapa susahnya nak dapat parking...terus cancel.

imm said...

teringin nak g MAHA..tp macam malas pulak turun dr kelantan semata nak pg situ kan..tengok gamba org share je la haha
btw, thanx singgah blog kite ☺

Kira Sakura said...

yela klu bebudak tu berembun nt risau pulak demam kn huuuu

Kakzakie said...

Yelah... kalau redah juga bimbang anak-anak demam pulak. Kita tak apa..

norhidana miswan said...

dana pun ada niat nk pg kak tp mcm akak jugak lah, dana lalu je... last2 itu yg ke ioimall putrajaya tuh.... tp dana bab nk kene jln jauh2 pns2 mmg tak lah hahahha

idzwa kamaruddin said...

lama dah teringin nak pegi tapi tetap tak gagah memikirkan anak2

Dr Singa said...

saya tak pernah pun pergi MAHA ni..

Pha Is said...

ha ah, tetiba keeper singapore hilang.. heheh

JunAina said...

MAHA ni dua tahun sekali dan akak tak pernah nak lepaskan peluang pergi sini biasanya 2 kali sekali dengan anak2 jelajah bahagian luar sekali lagi dengan suami jelajah dewan pameran pulak.

Mummydearie said...

Saya memang tak pernah pergi MAHA ni. Macam-macam ada rupanya. Kalau nak pergi, opkoslah suami kena drive. Kena bawa anak-anak. Nak gi dating berdua macam tak seronok je. Bila dah ramai orang macam ni memang saya give up sebelum berjuang ler. Tak sanggup!

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...