Followers Remaja Purba

Monday, December 8, 2014

JM Bariani dan Burger Bakar Abang Burn di Shah Alam



JUMAAT lepas..
Seharian  berhadapan dengan masalah ketiadaan sumber tenaga di tempat kerjaku..
Terasa rimas dengan keadaan.. penat menunggu.. tiada hasil kerja yang berjaya dihasilkan..
Itu kisah pada Jumaat lepas..



Kisah SABTU lepas..
Rutin harian diteruskan..
Memang tiada aktiviti memasak.. Segala periuk kuali senduk sudip kita simpan je..
Masa untuk berchit chat dengan family di luar..
Sebelum perjalanan dimulakan ke rumah family kedua-dua belah pihak, kita makan dulu..


Dalam masa tak sampai 2 jam kami makan di dua tempat yang berbeza..
Kali pertama di Burger Bakar Abang Burn di Seksyen 7 Shah Alam..
Bagi hubby dan anak-anak rasa sebenarnya sebab aku dah pernah makan di SINI..



Gambar di lokasi pertama tiada kerana dak Nuha conquer handphoneku..
Kekonon ambil gambar tapi takde gambar yang ohsem untuk aku masukkan di sini..
Asah lagi skill tu ye Nuha..



Dilokasi kedua.. request by dak Adik..
'Ibu.. adik nak makan nasi..'

Masih di Seksyen 7, Shah Alam.. cadangan asal nak makan di Restoran Wong Solo tapi sebab tekakku dah terlampau biasa dengan ayam penyet, maka kita tukar plan..
Hubby ajak makan di Upin Ipin tapi aku pulak malas tak nak.. Next time ye my sweet hubby..
Sudahnya lokasi di JM Bariani menjadi pilihan..


Tiada gambar makanan..
Hanya aksi anak-anak menjadi perhatian..
Menu: Double Chicken Chop.. Nasi beriani kambing..
Menu yang buat perut anak-anak muncit nak menghabiskannya..
Sudahnya kami tapau sebab anak-anak dah kenyang, dorang rambang mata je sebenarnya..



gelagat dan kerenah anak-anak..


Lepas sesi menternak lemak di dua tempat makan yang berbeza barulah perjalanan diteruskan.. balik kampung.. hehehe.. Cerita banyak takde.. bla bla bla..
Di kampung, semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak sihat Alhamdulillah..


Pukul 1:30 am.. dak Nuha masih belum tidur..




Kisah SEMALAM..
Memang langsung tiada aktiviti memasak dirumah memandangkan 'orang kuat makan' dah balik kampung..



Makan tengahari bersama dak Nuha..
Dak Kakak dengan dak Adik masih dikampung ketika ini..




psstt: Test.. test.. 1 2 3.. ok abam sayang.. masih berada di dalam radar..



10 comments:

Nurzakiah Hanum said...

syoknya

Kakzakie said...

Makan-makan-makan... tengoklah Nuha sampai kilat pipi.

Cantik pulak ditoncet rambut:)

babYpose said...

nampak happy semua, lega makan kat luar sekali sekala kan..comel Nuha.

AMIIZAA said...

hehehheheh mcm2 pesyen ada gelagat anak2 cute:)

iryanty ahamad said...

cute nya budak2 tu berposing..

Najib Ariyan said...

arkkkk... mana gambar beriyaninya??

insan marhaen said...

IM pula, ahad dan isnin dan esok mungkin tulad... sibuk ulang hospital...

Aziela said...

Bagus begini kan Ai. Akak pun suka begini. Bila nak balik rumah parents atau in-law...makan dulu siap2. Bukan apa, tak nak susahkan mereka. Kadang2 orang tua ni, makan sekadarnya saja sebab dah tak lalu. So, bila kita balik, kita bantu mereka. Tapi sebelum tu, perut anak dan suami dah kenyang. Jadi, tak adalah kita kelam kabut.

Mummydearie said...

Bagus tu dalam masa 2 jam boleh makan di dua tempat berbeza. Memang muncitlah nak menghabiskannya. I rasa seksyen 7 tu macam seronoklah. Macam-macam ada!

Tingginya toncet Dak Nuha ni. Macam orang dalam pantang ^_^

Norliza Osman said...

syoknya....balik kmpung sambil jln2 cr makan.sebut nasi briani terliur lama tak makan.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...