Followers Remaja Purba

Monday, December 15, 2014

Ter Delete Folder Berprofil Tinggi..



Kisah minggu lepas masih terkesan sampai ke hari ni..

Menyesalnya..
Padan mukaku..
Gara-gara menggedik godek usik satu folder dalam external hard disk aku..
Habis folder kesayangan aku TER DELETE..
Dahlah langsung takde back up folder tu..

Sedihnya..
Terbayang kat ruangan mata semua kenangan yang ada dalam folder tu..
Folder tu antara folder yang berprofil tinggi yang mempunyai sentimental value..
Tidak berhati-hati ketika sesi pemindahan data dalam External tu punca utama aku ter delete..
Cut and paste.. yang akhirnya menjadi.. cut and delete.. huhuhu..



Kisah kelmarin dan semalam..
Aku hanya berehat di rumah ditemani dak Nuha.. memandangkan kesihatan yang tidak mengizinkn untuk aku turut-serta memeriahkan kenduri berkhatan anak jiran aku..
Kesakitan pada pinggang berulang kembali hingga memaksa aku mendapatkan rawatan di klinik..
Part nak makan ubat yang den lomah ni.. huhuhu..



Hari ni..
Badan rasa macam nak melayang.. kesan ubat tak hilang lagi.. ditambah pulak aku tidur lewat malam tadi..



psstt: Moga urusan harian hari ni dipermudahkanNYA..



11 comments:

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Try restore backup... kalau tak boleh, ada banyak software kat luar yang boleh recover data hilang...

Mar Mansor said...

setuju dengan izni

Nurzakiah Hanum said...

ala cm ne tue

Najib Ariyan said...

tak reti nak tolong cemana... tak berapa pandai pasal komputer ni... tapi untuk next time... buat satu blog khas untuk gambar2 kenangan jer... sumbat semua dalam tu dan simpan di alam maya...

eMMe said...

sian aiza.. sabo je la.. kalo delete kat dlm folder delete items tu ade tak? takde gak ek,.. hurm... ce tanye Izni, dia cam tau je..kot leh dpt balik folder tu...

Qaseh Vee said...

klu gambar selalunya klu terdelete masih ada kat recycle bin . boleh cari n restore ...

Arham Md Ali said...

Download Recuva, insyaallah boleh recover balik deleted files.

Ni link dia
https://www.piriform.com/recuva/download

Arham Md Ali said...

Oh ya, biasa yang free version pun dah cukup untuk recover balik.

Aisy Nasiha said...

alahai, kalaut juga kalau sekali sekala jadi macam tu. nampaknya banyak sadangan baik yang diberikan tu, macam mana? dah cuba ke, ada dapat balik foldernya? harapnya dah berjaya ya.. sayang kalau hilang macam tu je..

Mummydearie said...

Itulah yang paling takut. Baru ni saya letak semua gambar dalam satu folder. Nasib baik HD tegur, katanya kalau letak semua kebarangkalian untuk terdelete lagilah tinggi!

Pendekar said...

memang selalu kena macam nih dulu...

bila terdelete folder penting lepas tuh tak tahu nak cari kat mana... especially selalu berlaku kat memori card...

sakit jiwaa... huhu..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...