Followers Remaja Purba

Monday, December 29, 2014

Bayaran Keperluan Sekolah 2015 di SKBK


Kisah hari Sabtu lepas..

Kalau tahun lepas sibuk dengan urusan kemasukan dak Adik ke darjah satu ---> Hari Orientasi..
Tapi tahun ni aku agak rileks sikit..
Pergi sekolah hanya untuk bayar yuran berkaitan buat dak Kakak dan dak Adik..
Lepas tu dah boleh balik..


Dengan suasama sekolah dorang ni, aku pulak rasa macam nak kembali ke sekolah je..


Sesi pengambilan buku teks untuk dak Kakak..


Sekolah anak-anak berada di atas bukit..
Mengah jugaklah sambil mengendong dak Nuha yang berat hampir 16kg tu..



Hasil dari janji dalam Pilihanraya yang lepas..


Tak kisahlah parti mana sekalipun.. yang penting bakal sekolah ni akan berada dekat dengan rumah.. harapnya masa tu nanti dak Kakak antara yang terawal bakal mewarnai sekolah tu nanti..

Selesai urusan berkaitan.. balik rumah cadangnya nak balut buku sekolah dak Kakak.. tapi disebabkan sakit pinggang kembali menyerang, akhirnya buku-buku tersebut tersadai di atas meja..


Semalam..
Menghadiri jemputan kenduri kahwin kawan zaman sekolah di Kuala Selangor.. ---> next entry..


Hari ni..
Semalam pinggang ok sekejap.. sebab ada bekalan ubat tapi hari ni dah habis bekalan ubat.. makanya bertabahlah ye mak budak sementara nak tunggu habis waktu bekerja hari ni..
Nak buat apa pun tak selesa.. sabarlah ye mak budak..
Sakit ini hanya sebahagian kecil yang aku terima kalau nak dibandingkan dengan mereka yang menghadapi musibah lebih besar..




psstt: Kau hilang dari 'radar' membuatkan aku resah gelisah di sini..



19 comments:

Kakzakie said...

Itu tanggungjawab pemimpin kenalah galas.Kalau tak tepati janji, pengundi lari!

Nurzakiah Hanum said...

assalamualaikum
singgah pagi
hari ini x berapa ada mood nak update
mengenangkan rumah anum kena banjir

idzwa kamaruddin said...

ermm..semua tak setel lagi ni..huwa..penat..

Daddy Ziyyad said...

sesi persekolahan akan dibuka lewat seminggu..maka ada masa seminggu extra utk persiapan.

Nur Inani said...

selamat memasuki alam persekolahan untuk anak sis. heee :D rasanya ccuti sekolah ditangguhkan sampai 1 januari :D

Nur Inani said...

ehh buakn satu tapi sebelas :D

ewanthology said...

best skolah baru..semua barang, kerusi, meja baru baru lagi.

Fazleyatul Aini said...

kejap je dah nak bukak sekolah kan

CikSiti said...

semoga dpermudahkan..selamat kembali ke sekolah kakak n adik!

Khai♥Rin : anies said...

sekolah ada 'bau kedai' laaa ;-)

Aziela said...

Akak pula yang agak kelam kabut tahun ni...

HeNRieTTa JoSe said...

dah start bayar yuran erk...

cuti skolah pown dah dilanjutkan seminggu....

Sham said...

Brape habis utk blanja sekolah anak tahun ni...?saya ni 2 anak dh dekat 500 dh...

Nieyl said...

Salam..Singgah petang...
Semoga cepat sembuh..:)

Puan Kutu said...

amboi sekolah betul2 baru ni..semuanya barulah ditahun 2015..:)

Pha Is said...

ai.. muda2 dah sakit pinggang..? hehehe

Nizam.Ariff said...

Wahhh...sekolah baharu...semangat pasti juga baharu..

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Nasib baik 'janji ditepati'..
:)

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Selamat kembali ke sekolah ye adik-adik, anak-anak..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...