Followers Remaja Purba

Saturday, December 13, 2014

Antara Operator TM dan Staff di Kaunter TMPOINT



Selepas 3 hari berhempas-pulas geram dengan Streamyx.. akhirnya aku berjaya setup dari lappy kat umah dibantu oleh abam TM..


Kisahnya bermula:
Pagi semalam aku pergi TMPOINT.. hampeh betul 2 orang staff perempuan di kaunter hadapan tu.
Kelmarin dan sebelumnya operator TM kata boleh buat di TMPOINT untuk dapatkan WIFI yang dah ter reset.. hilang terus WIFI ID aku..
Aku tak dapat buat sebab aku lupa kat mana aku letak cable kuning aku.. kalau tak.. confirm settle dari rumah je..

Aku pun talk to them pasal tu..
Dorang cakap.. ' yang tu kami tak boleh buat, kena call customer service'..
Siap bagi no. telelefon lagi (yang mana aku dah tau)..
Aku terangkan ni operator sendiri yang cakap boleh buat kat TMPOINT..
Dorang dengan yakin tawadduk kata tak boleh..
Aku siap tunjukkan lagi modem 'kotak hitam' aku tu.. dengan harapan adalah bantuan teknikal dari dorang bagi kes aku tu.. jugak tak membantu aku rupanya..
Mungkin communication skill aku slow kot pagi semalam.. biasa nada suara tegas semacam..


Ok.. takpe.. tak boleh takpe.. tapi start dari langkahan pertama kaki aku keluar dari TMPOINT tu.. bukan setakat berbakul-bakul.. tong dram sekali aku bebel manja dan mesra pasal staff perempuan di kaunter TMPOINT tu..
Nasib baiklah hubby temankan aku walau terpaksa tunggu dalam kereta kerana tiada parking di kawasan tu.. kalau tak mesti orang tertoleh-toleh tengok aku mengomel sendirian..


Cuba bayangkan kalau orang tua yang datang dari jauh berurusan kes sama macam aku.. tak kesian ke..??
Takkan takde sorang staff dalam TMPOINT tu boleh buat..? Kalau staff tak boleh buat, bos korang mesti tau kan..? Hah.. panggil jelah meh tolong selesaikan masalah ni..


Petang semalam.. selepas hampir 3 hari.. ting.. baru teringat nak pinjam cable kat rumah atok sedara..
Kenapa aku tak terfikir sebelum ni..?
Aku bukan taknak buat sendiri tapi sebab lappy aku tengah tak sihat, tu yang aku sanggup pergi ke TMPOINT.. rupa-rupanya tak membantu langsung..


Dipendekkan cerita yang panjang ni.. Aku guna cable yang aku pinjam dari atok sedara dan buat step by step seperti yang dibantu oleh abam TM tu.. ditambah dengan lappy aku yang slow macam siput sedut tu.. gigih aku buat dan abam TM tu pulak yang kena tunggu.. biasa customer yang kena tunggu..
Sambil menunggu hasil bantuan teknikal tu, aku siap tanya tak boleh buat dekat TMPOINT ke berkenaan masalah WIFI aku tu..
'Boleh buat kat TMPOINT dengan syarat bawa modem 'kotak hitam' tu..




psstt: Terima kasih banyak-banyak pada abam TM yang membantu aku sehingga masalah aku selesai akhirnya.. Dapat kembali nama WIFI aku yang ter reset tu dan juga dilayan dengan baik.. thumbs up untuk beliau..




8 comments:

  1. kalau yang dekat kaunter tu memang selalu macam tu...pernah kena jugak. lepas tu tobat tak nak pegi da :)

    ReplyDelete
  2. ok la tu dah settle... selesai satu masalah dunia.

    ReplyDelete
  3. Orang kata...org kaunter perempuan memang malas2 nak layan klu customer perempuan hahaha..nak tau kebenarannya cuba lain kali suruh encik suami pulak yg berurusan:p

    ReplyDelete
  4. akak pun geram jugak dgn streamyx/wifi ni..kejap2 kuning..kejap2 kuning...dah tak tau dah nak buat mcm mana...

    ReplyDelete
  5. Berdasarkan pengalaman saya dgn staf perempuan kat kaunter TM di Alor Setar, semuanya melayan pelayan dgn baik. Rasanya ia bukan kerana saya lelaki tapi kerana dah sesetengah orang tu memang feel dia dah macam tu...

    ReplyDelete
  6. nampak sangat masing2 nak lepas tangan..buat kerja mudah je..apa guna bawak kotak hitam tu terus ke TM point?takkan sorang pon tak tau..apa2 aje mereka ni

    ReplyDelete
  7. padahal benda tu senang je nak buat... diorang malas la tu...

    ReplyDelete
  8. Kena banyak bersabar kalau deal dengan TM ni. Mereka tak heran hilang customer kot. Yalah, satu hilang, seribu mari maybe. Saya pernah mengalami nasib yang sama deal dengan TMPoint. Kes lama dulu malas dah nak ingat. Kalau suami saya call TM dan disuruh ikut procedures step by step, memang dicantasnya terus lepas tu kena marah CS tu. Lagi hebat!

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...