Followers Remaja Purba

Saturday, June 30, 2012

Aku ada boyfriend baru..




Kalau hubby balik awal dapatlah aku layan pakwe baru ni ---> ronda TDBi.. alah.. bukan besar mana pun TDBi ni.. saje suka layan dak Adik berbasikal..

Pakwe baru ni memang dah lama hubby idamkan --> aku pulak lebih suka 'mountain bike' dari pakwe yang ni ---> Hubby beli time aku tunggu hari nak bersalin dak Nuha hari tu.. La ni bila dah ada peluang.. takkan nak lepaskan, nak pulak hubby rela hati jaga dak Nuha.. tapi bersyarat ---> mandi dan susukan dulu dak Nuha..

Sekarang, yang belum dapat aku buat jogging.. InsyaAllah, aku pasti dapat buat nanti tapi tetap bersyarat ---> Hubby kena ada kat rumah, kalau tak.. sape nak jaga dak Nuha kan..





psstt: Hari-hari makan, tidur, layan astro + lappy mau kembang aku rasa kalau tak ambil langkah berjaga-jaga dari sekarang..

psstt lagi: Kena gedik manja lebih lagi ni kat hubby kalau nakkan 'mountain bike' tu..

last psstt: Selamat berhujung minggu pada semua..



Friday, June 29, 2012

Jemputan Kenduri Aqiqah dak Nuha


(Ini adalah entry Sticky Post.. untuk entry terkini sila scroll di bawah)..



Assalamualaikum,

Saya dan en. Suami amat berbesar hati menjemput Tuan/Puan ke Kenduri Aqiqah anak kami pada:

Tarikh: 8 Julai 2012 (Ahad)
Masa: Tengahari..

Tuan/puan bolehlah meninggalkan alamat emel tuan/puan diruangan komen atau menghubungi terus di talian: aizamia3@yahoo.com  <--- bagi memudahkan saya memberi petunjuk lokasi tepat teratak kami..


psstt: Mohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan alamat dan no. telefon di sini atas sebab-sebab peribadi.. terasa macam artis pulak.. ;)

Kisah petang semalam..



Situasi: Dak Nuha baru lepas mandi dan aku sedang menyiapkan dak gegurl tu..


Dak Adik: Baby.. jangan pandang ataslah.. (sambil cuba tutup mata dak Nuha)

Kemudian dia bertanya pada aku..
Dak Adik: Ibu.. kenapa baby tak boleh pandang atas..?
Aku: Nanti mata dia juling..
Dak Adik: Mata adik tak juling pun.. haa.. tengok ni.. tak juling pun.. (sambil buat aksi dongak ke atas)
Aku: Memanglah tak juling sebab adik kan dah besar.. baby kecik lagi.. (masa ni aku dah tergelak tengok aksi dia..)

Kalau aksi tu boleh dirakam, aku share kat sini..



psstt: Hari ni tak boleh gedik manja.. Chef hubby ke utara..

psstt lagi: Dak Nuha dah pandai hisap jari ---> tu tandanya dia nak susu.. kalau dah lapar ya amat baru pitching high note dia kedengaran..

last psstt: Hujung minggu ni nak menjemput jiran-jiran di TDBi untuk kenduri minggu depan (walaupun hampir separuh dari TDBi ni dah tau..)




Thursday, June 28, 2012

Tenang je tengok dia ni..


Dak Kakak dengan dak Adik dah ke sekolah.. Lepas tu rutin harian pun bermula.. Mula-mula haruslah 'kerjakan' budak gegurl ni..




psstt: Dak Nuha.. Pukul 8 am dah mandi.. Dah segar badan.. masa untuk tidur..

psstt lagi: Aku..? Baru boleh online dengan tenang..

last psstt: Masak..? Chef Hubby ada pagi ni maka wajiblah gedik manja lagi..




Wednesday, June 27, 2012

TNT - Today Not Tomorrow..


TNT ni adalah nama salah satu company di dalam bangunan tempat aku kerja --> tiada kena mengena dengan entry hari ni.. Jugak.. sila abaikan tajuk yang hanya sipi-sipi kena dengan entry hari ni.


44 hari dah selesai ---> dah boleh shopping sakan..

Cuti panjang belum selesai ---> kalau boleh nak 'cuti terus'..

Rutin harian tak pernah selesai ---> dari pagi sampai ke malam mengadap + mengurus dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha..




psstt: Malam tadi dak Nuha ajak aku 'borak + chit chat' sampai dia khayal  dan terus tidur.. (yang sebenarnya aku tengok dan tegur sesekali sambil picit manja lappy)

psstt lagi: Bila dak Kakak dengan dak Adik dah ke sekolah, sunyi rumah.. aku pulak takde kawan 'gaduh'..

last psstt: Ok, stop dulu untuk memberi laluan lappy mendapatkan 'nyawa' yang hampir kehabisan..



Tuesday, June 26, 2012

Terlewat.. Tak sedar..?


Biasanya selain dari alarm handphone bunyi, dak Nuha tolong kejutkan aku.. TAPI.. pagi tadi boleh pulak seisi rumah tak sedar.. Bunyi alarm handphone pun aku boleh off kan balik.. ha.. kan ke padan muka..


Camne aku tersedar dari mimpi yang pelbagai pagi tadi..?
Tin.. tin.. kat depan rumah... aaaa.. melompat turun dari katil dibuatnya.. Nasib baik hubby ada.. kalau tak.. malu dibuatnya.. Dahlah hari tu dak Kakak lewat sampaikan van tunggu depan rumah tapi kali ni bukan lewat sikit ---> lewat banyak..

Aku rasa kalau hubby takde pagi tadi, confirm aku kelam-kelibut..

Akhirnya.. dak Kakak dengan dak Adik selamat sampai ke sekolah.. dak Nuha pulak.. terkebil-kebil je atas katil tanpa suara.. Macam dia tau-tau je keadaan aku pagi tadi..

Memandangkan hubby lewat sikit pergi kerja, hari ni dapatlah gedik manja dengan hubby.. Chef hubby dah ada, maka request jelah nak makan apa.. hikhikhik.. kan gedik manja tu..

La ni nak hadap lappy pun tak senang.. nak siapkan satu entry pun ni seksa dibuatnya, mana taknya.. dok layan 'Man Pos Balik Kampung' kat astro.. Tergelak-gelak hubby layan sampai ter ter ganggu konsentrasi aku..



psstt: Menu hari ni ayam masak kari..

psstt lagi: ...

last psstt: Akhirnya siap jugak entry ni..


Monday, June 25, 2012

Berkampung..


Malam tadi diadakan sesi 'berkampung' bagi membincangkan perkara berdasarkan menu pilihan untuk kenduri nanti.. Sejak petang dah mula sibuk bagi menyediakan juadah kepada tetamu.. dengan bantuan dari nenek Uda dan jiran terdekat syukur 'berkampung' malam tadi berjalan dengan lancar..

Cuma.. yang tak berjalan dengan lancar ---> dak Nuha..
Dari bagi susu ---> muntah ---> tukar baju ---> tukar pampers ---> muntah balik ---> 5 helai baju bertukar ganti ---> akhirnya berjaya juga aku tidurkan.. itupun lepas dak Kakak dengan dak Adik masuk bilik tidur sekali dengan dia.. Dia nak bau kakak dengan abang dia agaknya.

Kesian kat nenek Uda dan jiran terdekat yang membantu mengemas selepas selesai 'berkampung'.. Serba-salah dibuatnya gara-gara dak Nuha meragam.. tapi apa-apapun terima kasih atas bantuan nenek Uda dan semua yang membantu dari awal hingga habis..

Hari ni pulak sesi mengemas menyimpan segala peralatan selain disamping rutin harian..



psstt: Nak amik periuk besar punya kat rumah mak.. tapi bila..?

psstt lagi: Cakap dengan dak Nuha.. 'Baru 'berkampung', Nuha dah meragam.. camne agaknya kerenah Nuha masa kenduri tu nanti.. ?'

last psstt: Penat malam tadi tak hilang lagi..



Saturday, June 23, 2012

Berehat di hujung minggu..


Hari ni dan esok tiada 'menu istimewa' untuk dihidangkan..

Malam ni..
Ada Kem Bestari Solat untuk anak-anak TDBi.. aku join dengan akak-akak lorong rumah aku ni untuk sharing hidangan malam nanti.. Bagus jugak ada program ni, kalau tak, anak-anak dok leka mandi peluh main sesaje..


Esok pulak..
Akan pergi kenduri kahwin di area Jelatek, K.L.. Ni kalau tak silap akuler sebab mana ntah aku letak kad jemputannya.. tapi takpe sebab dari TDBi ni akan konvoi ke sana..

Malam esok..
Sesi 'berkampung' kat rumah aku untuk kenduri dak Nuha nanti..




psstt: Tajuk entry memang tiada kena mengena dengan entry..

psstt lagi: Kat sini kejap panas kejap mendung disertai bunyi dilangit.. Kalau hujan syukur.. sebab dah beberapa hari tak hujan.. sekurang-kurangnya kurang sikit jerebu ni..

last psstt: Hubby outstation.. rumah ---> P.J ---> Johor Bahru ---> P.J ---> Kota Bharu --> dan insyaAllah awal pagi nanti baru sampai dari Kota Bharu <--- 3 hari dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha tak hadap muka babah dorang..


Friday, June 22, 2012

Dak Nuha pengacau terhebaqq..


Asal aku baru online, dak Nuha merengek.. macam tau-tau je apa aku nak buat.. Tak bagi chance langsung..

Pagi.. time dak Kakak dengan dak Adik siap nak ke sekolah, dak Nuha pun sama turut bangun walau tak keluarkan jeritan tenaga dalamannya tu.. Lepas tu, aku pulak jadi kelam-kabut, memang dia nak aku hadap layan dia je.. wah.. Nuha.. kalau cenggini, fengsanlah ibu sayang ooii.

Punca utama tak dapat BW: dak Nuha..
Aku rasa dia cemburu kot tengok aku dok ulit lappy nilah.. main sembunyi-sembunyi pun dia tau sebab aku takde kat sebelah dia..

Kenapa aku kata dia cemburu..?
La ni siap tendang lappy aku sambil nangis hisap jari.. ok.. yang itu tau dah, takde lain selain nak susu.. pasni bukan dia yang nangis, aku pulak yang nangis sebab tak dapat nak bermesra-mesraan dengan lappy aku lelama..

Setakat ni aku belum ada idea bernas macam mana nak buat sebab skuad bantuan takde.. hubby kerja.. dak Kakak ke sekolah.. dak Adik.. harapan akan punah sebab dia akan biarkan tanpa membantu..



psstt: Mana tahan guna sebelah tangan je.. gila slow.. slow pun tak gila macam ni..

psstt lagi: Nuha.. tolonglah bagi ibu peluang..

last psstt: Akhirnya off lappy, baring sebelah dia.. mata kat tv, otak kat lappy..


Thursday, June 21, 2012

Omelan dak Kakak..


Dak Kakak: Mintak-mintak hujanlah petang ni, tak payah ada sukan..

Aku dan hubby yang mendengarnya tergelak dibuatnya.. Nampaknya dak Kakak macam tak mewarisi 'ketereran' aku dulu.. ---> sila jangan muntah pink kerana tiada yang tak benar melainkan benar belaka..

Aku suka kalau dak Kakak beraksi cemerlang dalam acara balapan..Dulu sukan kegemaran aku 100m, 200m, 4x100m dan lompat tinggi ---> lompat tinggiler sejarah aku dapat sakit pinggang.. Tapi kalau dia tak suka takkan kita nak paksa pulak kan..? Biarlah.. yang penting dia gembira.. acara apa yang dia masuk aku tak tahu lagi..

Sepanjang minggu ni dak Kakak ada latihan di padang sekolah sempena Sukaneka esok.. mesti happening.. DAN.. aku yang terlebih excited sebab ni kali pertama dak Kakak terlibat dengan sekolah barunya tu..




psstt: Hari ni aku dah semakin ok berbanding semalam.. syukur sangat-sangat.. kalau tak.. nak buat apa pun tak boleh..

psstt lagi: Cuaca pulak mendung sejak pagi tadi ---> angkara jerebu..

last psstt: Tak boleh fokus bila dak Adik suruh layan dia.. dak Nuha pulak merengek nak susu.. Nampaknya kena stop sekejap..

Wednesday, June 20, 2012

Kali ni Lappy pulak tengok aku..

Syukur Alhamdulillah.. dak Nuha dah ok tapi hubby on and off..

DAN..

Awal pagi Isnin lepas aku demam teruk.. Badan bisa-bisa, menggigil-gigil usah cakaplah.. DAN kemuncaknya aku kena migrain teruk.. sakit..? Jangan tanya.. sebab aku tak boleh langsung duduk kat tempat terang, berdenyut-denyut sakit..

Ni pun masih ada rasa sakit tapi kalau dilayan satu kerja pun tak siap.. Sementara aku uruskan dak Nuha pastu sibuk di dapur, aku harap korang tak jemu singgah kat blog mak budak ni.. Bukan apa.. aku tak dapat lagi nak jalan jenguk jengah lagi teratak korang dalam keadaan yang tak mengizinkan ni..



psstt: migrain punya pasal.. aku rasa mual + loya..

psstt lagi: dah tak tau nak psstt apa lagi..

last psstt: entahlah..



Monday, June 18, 2012

I'm really sorry..


Dak Nuha tak berapa sihat susulan dari rawatan di PPUM pada hari Jumaat lepas. Ditambah pula hubby kena demam selesema teruk.. Disebabkan anak dan hubby tak sihat maka keputusan disaat-saat akhir terpaksa dibatalkan ---> jemputan kenduri Munnafendy..

Teringin sangat nak pergi (kad jemputan pun posmen bagi).. tapi ---> kita hanya merancang, DIA yang tentukan..

Dipendekkan cerita.. aku minta maaf banyak-banyak kepada:
  • Munn atas ketidakhadiran..
  • Kengkawan lain sebab tak singgah teratak korang..



QQQWAZEXSXZSZSXXSXDSDDESESESSDDDDDDDDDDDDDWQQQWSAXAXSSSDSSSWSSSSGDFDFDFFERSFLPDDDEFAQZSCWSZCPDFUFUFCVCCCVCVDVFVVVF
(Sekali lagi, jangan alihkan pandangan anda, tiada penyalahgunaan bahasa cuma dak Adik sama-sama sibuk picit manja lappy ni)



psstt: Rasa nak demam pun ada, mengerah tenaga dengan rutin yang agak luar dari biasa semalam dan kelmarin..

psstt lagi: Astro bagi masa tengok channel free lagi ke..? Nape tak block je cartoon network tu sebab bila dak Kakak conquer remote astro 'apa pun tak boleh'..

last psstt: Syukur hari ni dak Nuha ok dan hubby pulak takdelah teruk macam semalam..


Saturday, June 16, 2012

Ada kerja nak kena buat..


Semalam aku tak sempat nak ziarah rumah kengkawan..
Hari ni pun aku agak sibuk memandangkan perlu mencari beberapa barang untuk persediaan kenduri nanti.. walaupun lambat lagi tapi sebab hubby susah nak cuti, tu yang kena buat awal <--- entry jemputan akan menyusul kemudian..



psstt: Hari ni akan bermain dengan RM + Sen..

psstt lagi: Dah tak boleh fokus dah..

last psstt: Cukuplah dulu.. nanti kita main psstt.. psstt.. lagi ye..


Friday, June 15, 2012

Sambungan kisah siang tadi..


Sepetang di PPUM..
First check up untuk dak Nuha.. tiada gambar kerana tetiba pulak aku gabra + gugup..

Apecal..? (tiru gaya dak Adik)
Dak Nuha dah ehem dulu sebelum timbang berat dia (time ni memang kena 'bogel').. Patutnya aku cool je tapi entah kenapa aku boleh gabra + gugup.. macam takde pengalaman pulak..

Kalau 23 April dulu, berat dia 3.56kg, kali ni meningkat ---> 5.35kg.. Check up berjalan dengan lancar tapi masa kena cucuk peha kiri dan kanan, dia punya tangisan jeritan punyalah kuat.. jadi perhatianler sekejap.. (eleh!Perasan.. sesiapa pun akan menoleh tengok..)

Syukur hubby bawa stroller yang dah terperam sejak 5 tahun lepas.. Janggal jugaklah nak menolaknya sebab dah lama tak guna.. Kira selongkar balik barang-barang yang boleh digunakan balik untuk dak Nuha.. Nasib baik tak jual kat orang stroller tu..

Perkara yang aku tak sempat buat:
  • Ambil MyKid dak Nuha (sebab surat beranak tertinggal ---> boleh pulak aku tak ingat nak bawak..
  • Urusan di SKBK dak Kakak..


psstt: Hubby beli stok pizza.. muntah pizzalah lepas ni..

psstt lagi: dak Kakak merajuk tak dapat pergi Setia City Mall (aku tengok dari jauh macam susah parking je sebab banyak kereta parking kat tepi jalan je.. nak kena pergi jugak ni baru tau keadaan sebenar..)

last psstt: Ops.. hadiah untuk lusa tak beli lagi..


Urusan di SRABKB dan SKBK serta PPUM



Hari ni mak budak ada tugasan di luar rumah dan tak dapat nak bersiaran secara langsung dari luar rumah memandangkan 3310-i aku ni tak berupaya nak beroperasi kerana kekurangan system dalam badan dia..

Urusan berkaitan adalah seperti berikut (formal ler pulak):

PAGI..
  • Sesi menandatangani Kad Kemajuan Murid di SRABKB dak Kakak..
  • Mengambil MyKid dak Nuha di JPN, PJ..
  • Ke rumah MIL di P.J..

PETANG:
  • Bawa dak Nuha check up kali pertama di PPUM..
  • Sesi menandatangani Kad Kemajuan Murid di SKBK dak Kakak..

MALAM:
  • Akan cuba BW ke rumah kengkawan..




psstt: Satu sesi yang panjang perlu aku hadapi hari ni..

psstt lagi: Malam semalam dak Nuha kuak lentang dan main bola atas katil ---> takmo tidur..

last psstt: Malam tadi gedik manjalah dia sebab babah dia ada..

Thursday, June 14, 2012

Anak.. anak.. anak..



Blog ---> Anak kandung..

FB ---> Anak tiri..

Twitter ---> Anak angkat..

Tapi ada kawan kata Blog-blog dia  (sebab ada lebih dari satu) ---> Anak terbiar..




psstt: Petang esok kali pertama check up dak Nuha di PPUM..

psstt lagi: Esok jugak sesi pengambilan report card dak Kakak bagi sesi pagi dan petang..

last psstt: Esok jugak nak pergi amik MyKid dak Nuha.. yang ni tak tahulah sempat ke idak.. sebab hubby nak balik rumah mak..

Wednesday, June 13, 2012

Panas terik mentari..


Tengok kat luar aku rasa mat dan minah saleh je yang suka suhu cenggitu.. tapi disebabkan suhu cenggitulah pakaian yang dibasuh kering semuanya.. Syukur kepadaNYA.. ada hikmah tak diturunkan hujan buat masa ni..




Sebenarnya aku dah bosan tak tahu nak buat apa.. Lappy ni pun dah lebih 4 kali aku on off dari pagi tadi.. Dari online kat ruang tamu, pergi ke dapur.. tak puas kat ceruk dapur, duduk pulak kat luar rumah.. Kalau takde kipas ni mahu mandi peluh dibuatnya..

Kalau tengok pada gambar tu, ye aku sedang menikmati udara panas berangin sambil memandang ke arah dedaun pokok kelapa sawit tu.. Aku bukanlah anak Felda dan tak pulak duduk di kawasan Felda cuma dikelilingi pokok kelapa sawit tu aje..

Rindu rasanya nak buat aktiviti makan-makan kat depan rumah.. Sejak aku cuti panjang ni, aktiviti tu tergendala sekejap memberi laluan untuk aku berehat sepenuhnya..

Rehat..? Takde maknanya.. Kerenah dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha cukup buat aku kelelahan.. tapi bila takde dorang sunyi pulak.. macam sekarang ni.. dak Adik dengan dak Nuha tidur, aku duduk bersantai kat luar rumah..

Eh! Terpanjang sudah.. cadang nak buat entry pendek je tapi kalau boleh semuanya nak rangkum sekali kat dalam ni..



psstt: InsyaAllah bulan Julai nanti aku akan buat kenduri untuk dak Nuha.. tunggu lampu hijau dari hubby dulu sebelum menjemput kengkawan semua..

psstt lagi: Serius.. tenang sekarang ni.. budak-budak ke sekolah, mak budak picit manja lappy..

last psstt: Makin dipandang ke depan makin galak pulak idea yang datang..





Stokin turun-temurun..


Stokin ni ada sentimental value bagi aku..
Dari mengandungkan dak Kakak, turun ke adik dan sampai ke dak Nuha..
Aku hanya guna stokin ni waktu dalam pantang je..
Dan sekarang pun masih pakai tapi time nak tidurlah.. Mungkin sebab dah terbiasa pakai 24 jam 7 hari seminggu..


Stokin ni aku mintak anak jiran sebelah rumah MIL belikan sebab dia sekolah kat situ dulu..


Semalam aku tak banyak masa nak BW gara-gara dak Nuha meragam sampaikan larik rutin harian aku..



psstt: Cepatnyaaaa masa berlalu.. masa dalam pantang hari tu rasa lambatnyeee masa berlalu..

psst lagi: Sekarang tengah ajar dak Nuha tidur bertemankan kipas dan bukannya aircond seperti kebiasaannya.. kalau tak nanti susahlah pengasuhnya..

last psstt: Asal aku nak update je dak Adik kacau.. asal nak update je dia ajak layan movie.. bila masa aku nak BW..

Tuesday, June 12, 2012

Gedik manja kau ye..


Ahhh.. lega..
Dak Nuha baru lena.. puas nak tidurkan dia hari ni dengan bantuan hubby..

Kenapa jadi cenggitu..?
Tiap kali hubby balik dari outstation, ragam dak Nuha lebih dari biasa.. orang jarang dapat peluk manja beramah-mesra.. Bila sekali dapat bau babah dia.. tu yang jadi gedik manja tu.. yang tak tahan tu ajak marathon awal pagi.. mangsa keadaan adalah aku.. sabar jelah..




psstt: Ok, hari ni entry pendek je gara-gara dak Nuha tak boleh ditinggalkan.. penat berganda dari biasa.. no extra psstt today..


Monday, June 11, 2012

Asyik tukar tajuk tak tahu nak letak tajuk apa sudahnya..


  • Cuti sekolah dah habis..
  • 44 hari pun sudah..
  • Masuk kerja je belum..
  • Cuti panjang ni jadi surirumah takde tangga sepenuh masa..
  • Rutin harian masih tak berubah buat masa ni..
  • Jadual hari ni tak habis lagi, dah fikir esok nak buat apa..



psstt: Sunyi je rumah.. tapi.. bila dak Kakak dengan dak Adik ada macam Tom and Jerry..

psstt lagi: Ramai kata aku dah kurus.. tapi hubby cakap 'Mata dorang ni rabun agaknya..'

last psstt: Mengantuk tak cukup tidur.. nak rehatkan diri kejap..

Sunday, June 10, 2012

Fuh.. Sofi Jikan..?



Siapa tak kenal Sofi Jikan..
Watak AJib Sengat dalam KL Gangster yang famous amous dengan dialog..

“Sayo-sayo…”
“Gua sengat!’

Kenapa nak cerita pasal dia ni..? Kat sini aku kongsikan..

Pengalaman masa scan dak Kakak, dua kali scan tak nampak langsung jantinanya, kali kedua masa dak Adik, dua kali scan confirm boy dan masa dak Nuha dua kali scan, doctor sahkan gegurl tapi aku tak nak percaya <--- sebab aku dah standby nama baby boy..

Sebulan sebelum tarikh due.. barulah aku sibuk cari nama gegurl.. Aku cakap kat hubby aku nak nama pendek je takmo panjang-panjang..

Aku: Abang dah ada nama untuk baby ni ke..?
Hubby: Kalau lelaki kita letak nama Sofi Jikan, kalau perempuan kita letak nama Markonah..
Aku: Abang ni cubalah serius sikit..

Nama Markonah tu naik sejak mengandungkan dak Kakak dulu.. sekarang Sofi Jikan pulak.. taulah dia tengah top sekarang tapi.. geleng kepala dibuatnya..




DAN..


Syukur bukan 'Sofi Jikan' yang keluar.. dan yang pasti bukan nama Markonah..


TAPI..
Semalam bila hubby panggil dak Nuha.. 'Sofi.. sofi..' menyahut pulak tu.. hahaha..





psstt: Dah mula beraksi 'seksi' <--- burrr.. burrr.. main air liur.. Habislah rambutku gugur lagi..


psstt lagi: Bila gambar Nuha je ada dalam ni, dak Adik sibuk tanya.. gambar adik mana.. (merujuk kepada diri dia..)


last psstt: Pukul 3 pagi aku baru dapat tidur gara-gara Nuha ajak marathon.. uwaaaaaa..


Saturday, June 9, 2012

EURO pada pandangan mata seorang Remaja Purba..


Rata-rata orang dok bercerita pasal EURO yang dah mula dah pun.. Aku nak cerita pasal EURO ni..? Dah terlalu lama aku tak layan bola.. Kalau dulu aku cukup gila bola, nak pulak EPL.. laju je aku..

Punca aku dah tak minat bola.. sebab kena tegur dek bapa saudara aku "Kau tu taknak sekolah dah ke? Periksa dah nak dekat.." Lebih kurang cenggituler bunyinya.. Tersentap kejap jiwa bola aku ni.. Sejak tu aku tak berani dah nak curik-curik tengok tv sampai jauh malam.. dan secara perlahan-lahan jiwa bola aku hilang arah tak jumpa jalan balik.. eh! Apa melalut daa.. panjang sangat intronya..


Disebabkan aku keletihan berjalan sakan semalam.. Langsung tak sedar pukul berapa hubby balik dari J.B.. Sedar-sedar je dak Adik masuk bilik air.. dengar pulak suara-suara asing kat ruang tamu.. rupa-rupanya hubby layan TV.. Suruh dak Adik tutup, dalam mamai tu hubby tak bagi, sudahnya aku biarkan..

Pukul 5 am tadi dak Nuha kejutkan aku.. dia bagi aku tugasan tambahan selain dari nak susu dan muntah.. dia ehem sudah.. tengok kat ruang tamu, TV masih terpasang tapi tuannya dah lena.. Aku bebel-bebel sayang kat hubby.. "Sila off kan TV sebelum tidur ye cik abang.." Tak terkata hubby.. Nak kata camne, kalau dah penat + mengantuk tu tak payahlah nak buang masa layan TV tu bang oiii..

Cuma aku rasa satu je persamaan aku dengan kebanyakkan para isteri yang lain.. Takde peneman tidur malam.. tapi walaupun teddy bear aku takde tapi aku ada teddy bear kecik ---> Dak Nuha a.k.a buah hati hubby..



psstt: Nampaknya selagi EURO tak habis termasuk siaran ulangan + tertunda, penatlah TV tu borak sensorang.. tuannya pulak zzzzzz... krohh.. krohh.. krohh.. Itu kalau time hubby ada kat rumahlah..


psstt lagi: Aku cadang biar dak Nuha tidur dengan babah dia depan TV lepas ni.. biar terkebil-kebil mata dak Nuha 'mengejar' bola.. hikhikhik..


last psstt: Nasib baik EURO tu awal pagi, kalau siang hari mau patah dua remote astro tu menjadi rebutan antara anak-anak dengan babah dorang..

Ibu.. Ibu boleh pandu kereta ke..? erk...??


Jutaan terima kasih kepada kengkawan semua yang mendoakan perjalanan pergi dan balik aku dan anak-anak semalam.. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat..

Dak Nuha tak meragam, tidur je.. aku pulak.. gugup sekejap pandu kereta.. rasa dah lurus je aku pandu tapi bila tengok.. eh! Aku dah nak termasuk lane sebelah.. nampak sangat gabra..  Lagi haru kereta dok terbersin-bersin je.. cis..


Ok, ni aku nak share cerita pasal dak Kakak.. Cerita ni merujuk kepada entry semalam..

Dak Kakak: Ibu boleh pandu kereta ke tak boleh..?
Hubby dah senyum-senyum tengok aku..

Aku: Nape pulak kakak tanya macam tu..?
Dak Kakak: Yelah.. ibu kan dah lama tak keluar rumah, ibu ingat lagi ke nak pandu kereta macam mana..?
Aku rasa nak gelak dah masa tu tapi aku cuba tahan..

Aku: Takpe.. esok kita tengok macam mana.. Kalau ibu tak boleh pandu, kita cancel pergi office ibu ok.. (saje nak tengok reaksi dak Kakak)
Dak Kakak: Alah ibu.. takpelah.. kalau ibu tak boleh pandu takpelah, kita tunggu babah cuti..

Alah.. kesian je nada suara dak Kakak.. Aku senyum je..


Itu kisah semalam.. Hari ni pulak nak keluar lagi.. ops.. tak boleh ye kakak sebab malam nanti ada Kem Bestari Solat kat TDBi.. Lagipun babah kerja..




psstt: Kekadang rasa lucu bila soalan yang tak terjangkau dek fikiran dari anak-anak..

psstt lagi: Semalam lalu je depan Setia City Mall.. sabar.. sabar.. mak budak.. tak lari shopping compleks tu.. hikhikhik..

last psstt: Kat Klang Sentral ada jualan back to school.. nak cari kasut dengan beg sekolah anak-anakler..

Friday, June 8, 2012

Adakah.. adakah.. Adakah..?


Boleh dikatakan setiap hari jemari aku picit tekan lappy ni.. Selain mengadap dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha.. inilah sebahagian rutin aku.. Ni nasib baik ada lappy, kalau takde mau kempis remote astro aku buat.. tu nasib baik ada tv..

Sampai satu tahap.. hubby cakap 'duduk kat rumah tapi macam-macam yang awak tau..'
Habis tu, dah semuanya kat depan mata, hujung jari.. takdelah aku jawab cenggitu cuma hubby memang tau aku online..

Dalam pada tu, aku cuba membayangkan kalau kat rumah aku langsung takde line internet, nak harap handphone 3310-i aku tu mana mampu nak jenguh jengah rumah kengkawan kat sini..

Tapi persoalannya:
  • Adakah rutin aku akan berubah bila habisnya 44 hari..?
  • Adakah aku boleh update dan BW tetiap hari..?
  • Adakah.. adakah.. Adakah..?

Macam hari ni, aku nak ke office kejap, ada urusan sikit, lepas tu nak bawak dak Kakak, dak Adik ronda-ronda.. dak Nuha..? eh! Mestilah ikut.. mana boleh tinggal..

Camne aku nak handle..? eemm.. bawak sekali babysitter, kalau takde, aku rasa kelam-kelibut nanti sebab adanya dak Nuha ni..




psstt: Moga tiada masalah sepanjang perjalanan.. insyaAllah..

psstt lagi: Nak belanja dak Kakak sebab dia berusaha jaga dak Nuha bila aku sibuk dengan rutin harian..

last psstt: Janganlah dak Nuha menangis bagai sebelum sampai destinasinya..

Thursday, June 7, 2012

44 Hari..


Tanggal 7 haribulan..
Bulan 6, 2012..
Merdeka.. merdeka..
Aku dah merdeka..
Yang pasti dah habis pantang..
(SILA NYANYI VERSI LAGU MERDEKA)


Walaupun dah habis pantang tapi tetap ambil langkah berjaga-jaga.. Lagipun dalam masa yang sama tak semestinya lepas 44 hari pantang dah boleh buat buat apa saja.. Lagi lama pantang lagi baik untuk kesihatan dalaman.. tak boleh main redah aje..

Sepanjang tempoh aku berpantang ni banyak dugaan yang aku kena hadapi.. Antaranya:
  • 2 minggu pertama yang penuh cabaran.. dak Nuha meragam malam..
  • Nak kena uruskan dak Kakak dengan dak Adik ke sekolah.. kena bangun pagi dengan keadaan yang betul-betul tak cukup rehat dan keletihan..
  • Dugaan paling hebat.. sakit pinggang.. 3 hari aku  berurut balik.. hingga kini aku begitu berhati-hati agar tak tergeliat lagi pinggang ni..
  • Minggu lepas nenek sebelah ayah meninggal dunia, dalam pantang balik jugak nak tengok arwah buat kali terakhir..
  • 2 minggu terakhir pantang.. musim cuti sekolah.. tak pergi bercuti pun..


psstt: Terima kasih pada kengkawan yang dok sama-sama 'temankan' aku berpantang walau hanya di alam maya.. sayang korang.. ;)

psstt lagi: Esok nak pergi office kejap.. ada urusan peribadi sikit.. Semua aku bawak termasuk babysitter..

last psstt: Esok bolehlah aku gomol mesra stereng kereta aku tu.. yeeehaaa.. opss.. tak boleh pandu laju buat sementara ni ye mak budak..

Wednesday, June 6, 2012

Lappy dan dak Nuha..


Aku ingatkan dak Nuha nak tidur, tu yang aku layan lappy.. tapi.. dah kalau asyik buat kuak lentang atas katil, maka kenalah layan dia.. lappy haruslah diketepikan..



psstt: Bersyukur aku dapat online atas katil berbanding sebelum ni kena dok kat pondok depan rumah sebab dalam rumah langsung tak dapat signal.. apa pun tak bolehlah masa guna 'orang hijau' dulu..


psstt lagi: Dak Kakak dah pandai tidurkan dak Nuha.. Alhamdulillah senang aku nak buat kerja rumah..


last psstt: Dak Adik pulak suka buat dak Nuha terjaga takmo tidur..

Tuesday, June 5, 2012

Bila remote aircond bertukar menjadi handphone..


Ni kes mamai di pagi hari..

Biasalah sejak dah ada dak Nuha, rasanya jam loceng tak perlu ada pun takpe sebab cukup dengan suara dia yang soprano tu kejutkan aku.. Takde lain.. nak susu lah..

Tiap kali tersedar, nak pulak dalam keadaan mamai susukan dak Nuha, aku memang suka layan game kat handphone nak bagi elak jangan tertidur.. Tapi yang buat aku tersengih sensorang dalam cahaya kelam dinihari tu.. Apasal handphone aku lain macam.. sekali tengok.. chit..


Remote aircond yang disangka handphone..


Aduh.. punyalah teruk kemamaian aku..
Mana taknya.. ada masa dak Nuha nak main kuak lentang, ada masa nak jadi badang (muntah sesaje..).. itu yang remote pun boleh bertukar.. eh! Aku ingat ultraman je boleh bertukar.. hahaha..





psstt: Sama gak kalau alarm kat handphone bunyik.. bukan aku off alarm tapi aku off aircond..


psstt lagi: Ramai kata dak Nuha besar.. ikut bapak.. eeemmm.. kira aku kurus skitler.. hahaha..


last psstt: Jadual kena tukar sikit.. nak rehat lebih sebab mengantuk ya amat..


Monday, June 4, 2012

Tak sabar nak gomol mesra nih..


Tinggal T.I.G.A hari je lagi.. Perasaan melonjak-lonjak tak sabar usah cakaplah.. tapi walau dah habis tempoh berkurung sekalipun, tak boleh jugak nak buat sesuka hati.. takut nanti kalau bukan aku, dak Nuha yang meragam.. Jalan selamat.. cool je..

Ni.. jemari kat lappy, mata kat screen, fikiran dah terbang keluar.. 'apa nak buat.. apa nak buat..'

Pasni aku ada masa sebulan setengah lagi.. Ha.. amik.. cuti sakan aku kali ni.. Peluang yang bukan tetiap tahun aku dapat..

Tapi yang  pasti.. Jumaat ni aku nak pergi office, ada urusan sikit selain dari budak-budak office tak sabar nak gomol mesra dak Nuha..




psstt: Aku pulak tak sabar nak gomol stereng kete.. kihkihkih..


psstt lagi: Dah bagi hint kat hubby.. Shopping mall baru ---> Setia City Mall (Setia Alam) dan Paradigm Mall (Kelana Jaya)..


last psstt: Hubby garu kepala.. ;)






Sunday, June 3, 2012

Mak Budak.. what happen to you..


Rutin harian diteruskan seperti biasa cuma hujung minggu macam ni bila ada hubby secara automatik aku jadi manja.. kihkihkih.. Dapur sah confirm aku tak sentuh punya..

Aku belum mampu nak BW macam biasa.. Sehari dua ni aku terasa letih sangat.. Balik kampung.. Urusan di rumah.. (walau sebenarnya hubby yang banyak buat kerja.. aku cuma bantu yang ringan-ringan je)..

Dipendekkan cerita.. 'mak budak.. kau tu perlukan rehat.. jangan dipaksa diri tu..'




psstt: No psstt today..



Saturday, June 2, 2012

Rumah Arwah Nenek..

JUMAAT (1 Jun 2012)

Pukul 6 pagi baru gerak balik kampung sebab aku kena tunggu dulu hubby sampai dari Terengganu.

Call ayah, semua dah ada ke..? eemm.. cucu yang belum sampai aku dan cucu lelaki sulung arwah (elokler tu.. dua-dua sulung).. yang lain semua dah ada dah.. Cuma adik aku je tak dapat balik sebab ada kerja di luar kawasan, begitu jugak anak paklong yang bongsu kena jaga nenek sebelah maklong..

Alhamdulillah segala proses berjalan lancar, aku pun sempat tatap wajah arwah cuma terkilan arwah tak sempat tengok cicit dia yang sorang ni..



Arwah nenek selamat dikebumikan pukul 11 pagi tadi.. dan hubby salah seorang cucu menantu yang sambut arwah dalam liang lahad.. sama macam arwah nenek sebelah mak aku dulu..



Selepas selesai dikubur.. masing-masing mula sibuk dengan urusan kenduri tahlil petang nanti..


Ayah dan menantu sulungnya..



Sebenarnya aku tak tau siapa yang patut jadi chef.. Hubby bagitau 'chef mc..' hehehe.. Sudahnya cucu-cucu menantu yang sibuk melayan kari ayam, sambal udang, sayur goreng.. ikan goreng dengan bubur kacang+durian dimasak oleh mak saudara kat dapur..

Syukur semuanya sempat siap sebelum masanya, memula je nampak macam kelam-kabut sebab takde sape nak masak atau tak berani nak masak..




Majlis dimulakan pukul 5 petang dan Alhamdulillah ramai yang hadir..


Lewat petang aku dan family balik.. Asalnya nak balik hari ni (Sabtu) tapi sebab ada urusan di rumah.. Akhirnya kami selamat sampai rumah pukul 9 malam..





psstt: Pertama kali selepas bertahun-tahun aku dapat berjumpa kesemua sepupu aku.. susah nak kumpul semua sekali memandangkan ada yang dah kahwin.. macam jejak kasih pulak..


psstt lagi: Perut aku meragam dari pagi tadi.. Aku syak kari ayam (ada santan) penyebabnya.. Nasib baik dak Nuha takde pape..


last psstt: Tinggal L.I.M.A hari lagi..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...