Followers Remaja Purba

Thursday, November 29, 2012

Emergency <--- Fobia dengan perkataan ni..


(Amaran: Entry ni agak panjang..)
 
  • Pagi semalam.. kempen derma darah anjuran tempat kerja aku..
  • Entry ni akan diupload kemudian SEBAB..





  • Petang semalam..
  • Nenek a.k.a pengasuh anak-anak call bagitau dak Nuha dah menggigil-gigil.. kaki dia dah biru.. badan dia panas.. mintak aku balik bawak terus ke hospital..
  • Hubby pulak dak suku perjalanan ke Kota Bharu..'alamak.. sape pulak nak temankan aku ke hospital ni..'
  • Sampai kat rumah nenek.. nenek dah standby kat parking kereta.. aku lagilah panic tengok nenek nampak kelam-kabut..

  • Sampai kat hospital.. cari parking.. standardlah.. amik masa.. kalaulah boleh parking depan EMERGENCY tu..
  • Kat Emergency untuk kanak-kanak.. aku pulak yang gigil lebih.. dak Nuha merengek je..
  • Dah amik maklumat dak Nuha.. aku terus mandikan dia.. Kaki dengan tangan dia yang nampak gelap tu sikit demi sikit beransur ok..
  • Doctor bertugas mintak dak Nuha amik gas - kahak dia banyak.. (malam tadi kat klinik pun dah amik + ubat ikut montot).. Memula dia ok.. biasalah budak.. sekejap je.. pastu nangis merengeklah dia..
  • Kemudian sedut kahak pulak.. tang ni ibu tak boleh tengok ye..nanti melambatkan kerja dorang..
  • Walaupun urusan kat EMERGENCY tu sekejap tapi meninggalkan kesan kat aku..
  • Syukur semuanya berjalan dengan baik.. doctor and nurse bagi bantuan dengan baik.. terima kasih pada semua di EMERGENCY Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)..


  • Tak habis kat situ..
  • Hubby mintak aku tidur kat rumah mak.. my MIL..
  • Memandangkan hospital dekat dengan rumah.. kalau ada apa-apa.. rumah dekat..
  • Kalau kat rumah aku.. jauh..
  • Malam tadi.. balik amik keperluan aku dan anak-anak.. dan berumahtangga kat rumah MIL..
  • Dak Nuha pun tak banyak ragam.. syukur..
 




 Buat yang rindukan dak Nuha..
TAPI..
ni bukan gambar semalam ye.
Semalam dia banyak tak pakai baju dari pakai baju..




psstt: Aku kerja hari ni.. biarlah orang nak kata apa.. ikutkan hati aku nak cuti tapi sape nak cover kerja aku + kerja yang bukan aku punya tu..




15 comments:

  1. Mak yg jaga tak bimbang sangat Ai. Mesti tak selesa bila tak sihat. Nasib baik tak apa-apa.

    Harapnya cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. Aduhai...kasihan Nuha. Semoga lekas2 sembuh ya syg!

    Takde sape pun nak kate apa-apa bile awak keje. Kalau yg mengata tu, maafkan jelah die. Mulut org, kan? Mana ley ditutup. Bila kena batang idung sendiri, barulah diorang merasa. Yg penting, awak bahagikan ms dgn baik ya?

    ReplyDelete
  3. Kalau Dak Nuha sudah stabil, tak perlulah ambil EL memandang ada bayk kerja kat opis tu...lebih2 lagi kalau yg mengasuhnya boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  4. sykur Nuha dah baik...kiter yg baca entry ni pon debar

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dah ok..
    syukur ada nenek yg boleh jagakan..

    kesian Nuha..

    ReplyDelete
  6. mesti la takot anak kan..hehe sabar ek..bwak releks..

    ReplyDelete
  7. camne la kalau sy dh kawen n ada ank nti ek, mampu ke jaga ank2 dgn baik..kene blajar ni..hehe, btw, sy lama dh nk tau, cmne sedut kahak tu? sbb sy pun slalu ada kahak smpai xleh tdo mlm xdpt bnafas..brapa caj utk sedut tu biasanya ye?

    ReplyDelete
  8. ALhamdulillah semuanya ok... kesian kat nuha.. Queen pun pernah hadapi juga situasi mcm ni hingga Ammar kena tahan wad selama seminggu.. bila masuk wad mmg dah x boleh pk pasal kerja...

    ReplyDelete
  9. yeke..hehe...ramai gak org xsuka duyan yer..ooo gtu...tq for info :)

    ReplyDelete
  10. saya tak tau bila giliran saya pulak yang ada anak.

    ReplyDelete
  11. Saya melihat sebuah pengorbanan yang besar! Semoga Nuha terus sihat.

    ReplyDelete
  12. alahai..faham sangat dilema mak bekerja yg anaknye tak sehat..

    faham sangat perasaan itu..

    sabaq la ai..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...