Followers Remaja Purba

Monday, June 20, 2011

WTF..!!

Kepada korang yang sedang duduk santai sambil layan blog aku, aku minta maaf kalau entry ni agak kasar pada pandangan mata korang..


Balik kerja petang tadi (cheh.. Lupa pulak aku cuti).. Dari rumah pengasuh nak ambil dak kakak balik sekolah.. Aku terperasankan kat tepi bumbung kereta aku ada titisan air.. Bila aku perhatikan rupa-rupanya air liur.. WTF..??!! Serius memang aku geli teramat.. Malaun mana yang ludah kena kereta aku gamaknya..

Memang takde kesedaran sivik langsung.. Takde adab langsung..!! Kebetulan air yang ada dalam kereta tak mampu nak hilangkan kesan kotor tu.. Kalau aku tau confirm bergegar bangunan tu agaknya dengan suaraku yang lari pitching ni.. Dalam pada tu sempatlah singgah kat cikGee ambil air semangkuk besar kucurahkan kat cermin + bumbung kereta aku.. Orang lalu-lalang aku tak hiraukan dah, yang penting pemandangan mataku tak dihalang..

Boleh gila otak, boleh rosak mata, boleh sakit mulut tengok keadaan kereta aku petang tadi.. Kenapalah orang itu ambil jalan mudah buat macam tu.. Tolonglah jangan buat macam tu lagi.. Parking kereta tu bukan tempat pembuangan sisa-sisa tak sepatutnya itu..


Tak lama dulu, ada kes dibuangnya botol susu yang penuh air dari atas ke bawah dan nyaris kena kereta sebelah aku.. Kiranya botol penuh berisi air tu jatuh tetengah antara kereta aku dan kereta sebelah.. Kalau tak, mahu rabak duit nak ganti cermin kereta.. Tapi memang anak-anak bernasib baik dah selamat masuk dalam kereta.. Bersyukur sangat-sangat masa tu..


psstt: Sekali lagi kat rumah, aku mandikan sisi kereta aku tu..

14 comments:

PinKy MoMMa said...

ishhh diaorg ni pengotoq la..
memang x de sivik..pi la toilet kan!

kembang pulak tekak ku..
mmg geram dgn segelintir masyarakat yg x peka pada org di sekeliling mereka..

aizamia3 said...

Pinky Momma:
apa ntah dalam kepala dorang.. nak kata toilet takde.. elok je terletak dalam rumah memasing.. sinki kat dapur pun ada.. alahai.. apa punya orangler macam tu..

Asyifa Mustaffa said...

mmg x dak kesedaran sivik itu orng !!! p skolah blik...ambik subject moral....kannnn...!

aizamia3 said...

Asyifa Mustaffa:
Dia lupa apa yang cikgu ajar masa kat sekolah tu..

ayin said...

tak patut sungguh... tak der adap. kot kalau dah tak tahan sangat, jangan lah sampai kena kereta orang. ishhhh... geram...

ayin said...

tak patut sungguh... tak der adap. kot kalau dah tak tahan sangat, jangan lah sampai kena kereta orang. ishhhh... geram...

bujal X said...

duduk rumah tinggi kah? kereta saya selalu jadi mangsa kucing dengan burung je~haha~`

*sabar je la kakak~~

aizamia3 said...

ayin:
aaa... geli bila kenang balik..

aizamia3 said...

bujal:
kes ni kat umah pengasuh.. bukan kat umah akak.. huhuhu...

risa said...

doakan mulut2 puaka tu kena gatal2 seminggu jerkkk..memang kuang ajau!!
tak sukeeee

アヌム ちゃん said...

aa sabar2..tp kalau sendiri kena..bengang jugak..pengotor sgt..isk2

aizamia3 said...

frometoyou:
itulah.. aaaa.. geli..

Nini Hartini said...

aduii pengotor mana lah tu. kalau dpt tu, mau ku lempang aje. hehe

aizamia3 said...

risa:
memang hangin dibuatnya kak.. takde adab sungguh..



Nini:
kalau dapat kusekolah dia balik..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...