Followers Remaja Purba

Sunday, July 10, 2022

Agenda Beraya di Aidiladha



Rasa makin terkebelakang blog MakBudak ni. Sejak Bangtan Sonyeondan bermain di mata turun ke hati, blog pun dipandang sepi. 


Tapi.. untuk hari ini..
10 Julai 2022 (Ahad)
Salam Aidiladha buat semua dari kami di sini.
Moga kita semua di bawah lindungan dan rahmat dariNYA.


Kenangan Aidiladha kali ini:
Pagi singgah beraya di rumah mySIL.
Tenghari di rumah myMIL.
Petang di rumah Ayah aku.
Malam.. habis dah agenda beraya.
Kali ni, kami tak balik beraya di kampung.


#RemajaPurba: InsyaAllah.. nanti aku kembali lagi di sini.

Saturday, June 4, 2022

Jangan dimarah anak tu


Dua kisah berbeza..

Sepanjang dua minggu lepas bersama dengan cikPink dek kerana cikPutih terlibat dengan kemalangan.

Hari terakhir bersama cikPink, hujung kening berhampiran mata aku terkena bucu pintu cikPink. Bergetar platelet darahku. Bukan itu je, waktu guna laluan TnG, boleh pula kad aku terjatuh bawah cikPink. Hailaa cikPink, kau marahkan aku ke sebab kena bekerja jarak jauh..? 

Minggu lepas, bersama kembali dengan cikPutih. Terima kasih en. Hubby yang menguruskan cikPutih di 'klinik'. Kanda jangan marahkan dinda ye, dinda tak salah, yang salah sel-sel otak dinda yang lambat berhubung.. 

Apa-apapun, terima kasih banyak² buat mySIL yang pinjamkan cikPink kepada kami sepanjang ketiadaan cikPutih. 

En. Hubby..? Speechless..


Kisah malam semalam, 02 Jun 2022 (Khamis)

Bila en. Hubby pesan jangan dimarah anak tu, aku pelik. Dah kenapa pulak sebab mood aku berada dalam keadaan terkawal.

Rupa²nya.. dak Adik terlibat dalam kemalangan.

Aku..? Speechless.. 



Alhamdulillah cuma lengan teruk sikit dan calar-balar pada badan n kaki dia. Selain dari tu takde apa yang boleh buat aku panik. Budak ni betullah buat platelet darah ibu kau bergetar adik ooiii..

#RemajaPurba: Cuti sekolah pun bermula..

Tuesday, May 17, 2022

Majlis Beramah mesra Aidilfitri 2022


Majlis Beramah Mesra Aidilfitri 2022 pada 14 Mei 2022 (Sabtu) berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah. 

Buat yang hadir, mohon maaf kerana tidak dapat melayan sebaiknya. Tetamu tak putus² sedari mula majlis bermula. 

Menu yang disediakan:
Lemang
Pulut Periuk Kera
Ketupat
Masak Lodeh
Ayam Masak Merah
Rendang Ayam
Paru Groreng Berlada
Buah
Air Panas + Sejuk

Lemang Homemade by #KenyangTak


Pulut Periuk Kera - menu wajib

Terima kasih pada myFamily dan semua yang membantu dari awal hingga akhir.


#RemajaPurba: Tiada gambar sepanjang majlis tersebut rupanya.

Friday, May 13, 2022

Tiada lagi kelibat si COMOT


Simpan sini sebagai kenangan.
si Comot.

10 Mei 2022 (Selasa)
Dari semalamnya si Comot tak balik rumah. Dak Nuha asyik merengek minta cari. Akhirnya petang kelmarin dak Nuha berjaya mencarinya. Lega sikit hatiku ini tapi nampak tak larat je ia, badannya pun panas. Aku sempat mandikan ia sebab comot dari biasa tapi sikit pun ia tak melawan, aku lapkan badannya pun diam je dia. Ajak makan pun tak nak, minum apatah lagi. Hanya baring je.


11 Mei 2022 (Rabu)
Bangun pagi, aku tak nampak ia tidur di tempat biasa tapi takdelah aku mencarinya sebab si Comot suka tidur di celah rak dapur. Dah macam main hide and seek pulak gayanya. Waktu ini aku dah mula rasa tak sedap hati tapi rutin harian aku berjalan seperti biasa.

Di tempat kerja, dak Kakak telefon.

'Ibu, Umai nak bagitahu ni, Comot dah takde'.
'Pergilah cari'.
'Bukan keluar rumah ibu tapi Comot dah takde, dah mati'. 
'Hah!Dekat mana..?'
'Bawah meja makan'.
'Allahuakbar..'
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un  إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

'Kenapa Comot tak tunggu ibu..?'
Dak Kakak: 'Comot tak nak ibu tengok ia kot masa ia pergi'.
En. Hubby: 'Comot nak abang yang uruskan. Abang bawa balik, dia pergi pun depan abang'.

Si Comot kucing yang en. Hubby bawa balik dari tempat kerja, tinggal bersama kami sehingga akhir hayatnya.. DAN.. Alhamdulillah, Comot selamat ditanam sebaiknya.

Ini bukan gambar terakhir.
Aku tak banyak simpan gambar si Comot rupanya.


12 Mei 2022 (Khamis)
Sunyi dah rumah, tak nampak dah kelibatnya, takde lagi nak bebel waktu mengemas bila ia kencing, berak dalam rumah. Takde lagi mengiow meminta makanan. Si Comot dah takde dah.

Makanan yang ada ni, berbahagilah dengan kucing-kucing jiran yang datang singgah mencari makanan di rumah kami. 

#RemajaPurba: Aku tak nak ingat tapi bukan melupakan..

Thursday, May 12, 2022

Raya Mengejut kita kali ni..?


Kisah sehari sebelum raya..
1 Mei 2022 (Ahad)

Lemang.
Wajib ada dan dibakar sendiri untuk dibawa balik kampung. Kali ni en. Hubby tak ambil banyak tempahan lemang, sekadar memenuhi permintaan mereka yang menginginkannya.

Alhamdulillah.. selesai.

Kali ni tiada persediaan awal untuk menyambut raya. Bahan mentah untuk menu hidangan di pagi raya pun kami tak beli. Mood beraya..?

Hanya satu perasaan 'rasa tak bersedia nak beraya'. Dengan pengumuman yang menggemparkan walau dah boleh agak, terus terdiam sekejap, rasa macam mimpi. Satu apa pun aku tak buat dan memang tak bersedia langsung. TAPI,, syukur lemang dah siap awal, takdelah kelam-kabut nak membakarnya.

Kesudahannya..
Pukul 5:30 pagi baru siap semua kelengkapan untuk balik kampung. Mengantuk..? Jangan kata mengantuk, letih pun tak terasa sebab masih tak percaya yang kita dah raya.


1 Syawal 1443 Hijrah (2 Mei 2022 - Isnin)

Alhamdulillah..
Pagi raya - beraya di rumah myMIL.
Petang raya - balik kampung MakBudak.
Jalan sesak teruk tu biasalah. Raya kan.. dua tahun tak dapat balik kampung, semua balas dendam beraya sepuasnya.

Sebahagian dari family besar en. Hubby..

Lokasi seterusnya: Kampung mak aku.

Dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha serta en. Hubby di sisi.
Baru perasan kami takde gambar satu family kali ni, biasa dah ambil sesiap di rumah myMIL. Jadi, ini jelah gambar yang ada.
 

Baju Raya..?
Gara-gara aku sukakan warna baju dak Adik, itu yang jadi tak senada sesama kami. Takpelah dik, janji ada + kemas + handsome bila dah pakai. Aku pula..? Dah macam budak nak balik asrama pulak rupanya.

Familyku kecik je..
Nah.. Gambar eksklusif yang ramai tak tahu.
Bersama Mak dan PakNgah aku. Adik dan Ayah aku tiada dalam gambar.


2 Syawal 1443 Hijrah (3 Mei 2022 - Selasa)
Lokasi: Negeri Johor

Perjalanan menuju ke selatan, kami tumpang lalu ye orang kampung. Kampung kami nun dekat depan sana je, Ok, yang ini jangan percaya, aku tipu. Jauh lagi sebenarnya.

'Jauh berjalan, luas pemandangan'
Betapa indah ciptaanNYA..

Singgah kunjung-mengunjung di rumah saudara. Terasa jadual beraya aku padat sungguh kali ni.

Plaza Tol Bukit Gambir

Keluar susur sini untuk ke Melaka, sekali terpaksa menempuh lebuhraya yang sesak teruk. En. Hubby mengantuk, tak dibaginya aku pandu kereta, maka berehatlah sekejap di hentian rehat.


3 Syawal 1443 Hijrah (4 Mei 2022 - Rabu)
Lokasi: Negeri Melaka

Lokasi terakhir beraya. Kali ni hanya tiga hari aku beraya di kampung. Tak lama di kampung sebab nak mengemas rumah disebabkan yang INI..

Masih belum matang sepenuhnya buah durian TokSu.

Tak ingat baka apa.



Bila balik kampung, ada je sayur + buah yang aku nak ambil bawa balik. Itik..? Nasib kau selamat kali ni itik.

Terkedek-kedek 'itik pulang petang'

Nasiblah angsa ni bukan jenis pemangsa, elok mendengar kata. Kalau jenis yang garang, tak dan nak rakam macam ni.

'Hah!Itik.. Kamu cari kawan-kawan kamu ke? Tu ha.. ada dekat dapur, jadi rendang itik dan TokSu kamu buat'.


DAN..
Lewat malam, kami gerak balik. Pilihan aku sendiri, lagipun anak-anak tak teruja nak beraya kali ni dan ada sedikit masalah yang timbul buat aku rasa tak selesa kali ni. Ini off record. Kami tak ikut highway untuk mengelak sesak melekat. Dalam perjalanan balik tu, boleh pulak nampak yang ini. Bukan setakat berhenti tengok, aku dengan dak Kakak main sekali. Awal pagi naik menda ni, kerja gila.

'Jangan jerit ye Kakak, rileks je..'
Nah. sekali bila dah mula berayun, rasa nak turun.. kahkahkah..

Sudahnya, sepanjang perjalanan balik menahan rasa loya yang akhirnya muntah teruk bila en. Hubby berhenti di stesen minyak. Padan muka.. kena gelak lagi ye ada. Dak Nuha siap tanya.. 'Ibu muntah sebab dalam perut ibu ada baby ke..?' eeerrr..


4 Syawal 1443 Hijrah (5 Mei 2022 - Khamis)
Lokasi: Home Sweet Home..

Sesi mengemas rumah selesai sepenuhnya. Alhamdulillah.. walau tidaklah kemas berkilat, yang penting rasa selesa.

Sebagai balasan dari penat mengemas..
Sup Gear Box menjadi pilihan.

Pedas yang bukan sedikit dak Kakak buat.


Baki cuti yang ada kita gunakan dengan berehat sepuasnya di rumah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022 buat semua..
Maaf Zahir dan Batin dari kami di sini.


#RemajaPurba: Alhamdulillah, selesai sudah kisah minggu pertama berhari raya.

Sunday, May 1, 2022

Vaksin Dose Pertama


29 April 2022 (Jumaat)

Perkara: Vaksin Dose Pertama
Penerima: dak Nuha
Vaksin: Pfizer
Tempat: Di Sini

Alhamdulillah.. selesai satu dose, tunggu lepas lapan minggu dari dose pertama.
Alhamdulillah juga dak Nuha tak menangis + tak takut jarum. 'Nuha tak rasa apa pun Ibu..' 

'BERANI MEMIMPIN'

Aku yang paksa dia bergambar sebenarnya..

Sekali lagi..

30 April 2022 (Sabtu)
Semalam merupakan hari terakhir bulan April 2022 sebelum baton diserahkan kepada bulan Mei 2022 untuk menjalankan tugas seterusnya.


01 Mei 2022 (Ahad)
Buatmu Mei.. please be nice to me.

#RemajaPurba: Moga rutin harian kita semua dipermudahkanNYA.

Saturday, April 30, 2022

Projek Pengubahsuaian Bahagian Dapur Rumah


22 Mac 2022 (Selasa)
Hari pertama memulakan langkah tanpa menoleh ke belakang.

Dah pernah berbuah..
Dah pernah merasa..
Dan ini 'keturunannya' yang terakhir..

Tak sempat nak merasa buah mata kucing dari pokok ni..

Permulaan segalanya.. berhabuk dah tentu..

Kita buat rangka luar dulu sebelum operasi memecah dinding dalam rumah dimulakan.

Pecah + tutup..

Ini bilik asal, bukan bilik tambahan.

Penyelia melawat kawasan..

Operasi diteruskan di dalam bahagian rumah..

Kepingan demi kepingan dikeluarkan.

Hasil kerja dari kontraktor yang dilantik.

Sebahagian kenangan yang ada.


Ramadan 2022
3 April 2022 (Ahad)
Hari pertama menyambut Ramadan 2022 dan berbuka puasa di rumah mySIL dek keadaan rumah yang belum 'sempurna'. 


Selepas 28 hari..

Alhamdulillah, akhirnya hari ke-16 Ramadan bersamaan 18 April 2022 (Isnin) siap sepenuhnya projek pengubahsuaian bahagian dapur rumah.

Keesokkan harinya, pada 19 April 2022 (Selasa), mengerah tenaga memulakan proses mengemas kembali ruang rumah yang kotor + berdebu. Waktu ni aku dah mula rasa sakit pinggang, penangan ubat yang aku ambil, maka, kebanyakkan masa, aku cuma mengarah.

Apa-apapun kita siapkan ruang memasak terlebih dahulu bagi menggantikan dapur gas stove camping yang digunakan untuk memasak juadah berbuka dan bersahur. 

Terima kasih di atas khidmat bakti yang telah kau curahkan buat aku sekeluarga.


20 April 2022 (Rabu)
Walau rumah tidak sebesar mana tapi dengan barang-barang yang ada, pening jugak nak memulakan penyusunan semula, menyisih mana yang tidak perlu dan membuang mana yang tidak lagi boleh digunakan.

Sakit pinggang tapi kemas tetap kena kemas, membantu mana yang mampu dan larat. Alah.. aku banyak mengelat sebenarnya dan lebih kepada memberi arahan. Paling teruk pun dengan bantuan troli, aku, dak Adik dengan dak Nuha bekerjasama mengangkat mesin basuh dari depan ke bahagian dapur rumah. Berpeluh + mengah jugak dibuatnya tanpa bantuan en. Hubby yang telah keluar bekerja.

Si kuning tong roro diletakkan di bahagian hadapan rumah.

Gara-gara tersilap mengambil ruang, cik Putih tercium si Kuning.
Dapatlah parut di bahagian pipi cikPutih.


April 2022 juga menjadi tarikh penting buat dak Kakak, antara calon yang perlu mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sebelum ni tertangguh dek cuti kuarantin akibat Covid-19. Moga dilembutkan hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan dak Kakak. InsyaAllah, Aamin..

Banyak lagi belum kuceritakan, mencari mood untuk bercerita bukan senang, seperti memetik jari sambil mengadap bulan. 

#RemajaPurba: ...

Sunday, April 24, 2022

Selamat Hari Lahir dak Nuha


Kisah semalam..
23 April 2022 (Sabtu)

Tahun lepas jatuh hari Jumaat.
Tahun ni pula jatuh hari Sabtu.


Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat dak Nuha #NagaManja.
Moga semua doa yang dititipkan mengiringi rutin harianmu.. Aamiin..

Babahnya yang nak White Chocolate Macadamia Cake ni sebenarnya.

Selepas berbuka puasa bersama family mySIL dan adik ipar, walau dah tak surprise buat dak Nuha sebab dia buka peti sejuk - ada kek dalamnya, kami semua tetap meraikannya dalam suasana sederhana. Takpelah asalkan dia gembira.

Babah yang tolong potongkan.

Khas untuk dak Nuha..

Seronok dia bila dapat berkumpul dengan adik-adik sepupunya. Riuh dengan suara mereka bermain. Kami yang purba ni pula, berborak + makan sambil menonton tv. 

Selepas tarawih, sambung lagi - moreh pulak. Asalnya nak makan di luar tapi masih kenyang dan malas nak keluar, maka beli kat kedai, makan di rumah. Lagi seronok dan boleh buat aksi kuak lentang sambil menonton tv.

Alhamdulillah..
Semua dipermudahkanNYA.
Happy Birthday buat Nur Nuha Husna.

#RemajaPurba: ...

Thursday, April 21, 2022

Percutian Singkat di Kampung Atas Tol, Terengganu

Walau dah lama tapi nak simpan sini sebagai kenangan.

Tarikh: 18 - 20 Mac 2022
Lokasi: Kampung Atas Tol, Terengganu Darul Iman
Penginapan: Ditaja oleh myBIL (rumah beliau sendiri)


HARI PERTAMA
(18 Mac 2022 (Jumaat)

Percutian singkat tanpa perancangan (main redah je masa ni), sebelum anak-anak kembali ke sekolah. Pengalaman pertama menaiki kereta ke arah Pantai Timur bersama keluarga. Jauhnya rasa..


Dak Kakak menghadiri kelas secara online di dalam kereta. Asalnya kelas PdPRnya sebelah pagi tapi disebabkan guru kelas dak Kakak terlibat dengan urusan rasmi di sekolah, maka kelasnya ditunda ke sebelah petang. Memang ikutkan perancangan, selepas habis kelas dak Kakak, kami terus gerak ke Terengganu. Sudahnya terpaksalah dak Kakak online dalam kereta. 

Akhirnya nampak juga signboard yang ditunggu-tunggu.
Lebuhraya Pantai Timur (LPT)
Susur keluar Plaza Tol Ajil


myBIL bagi peta ikut laluan depan tapi kami p ikut jalan belakang. Hahaha...


Alhamdulillah
Selamat sampai di rumah myBIL selepas hampir enam jam memandu.
Nah.. tersandar kepenatan..
Aku nak pandu en. Hubby tak bagi.


Malamnya..
Jalan-jalan tinggalkan jejak di KTC Mall, Kuala Terengganu sebelum late night dinner.
Terjumpa pula dengan kawan lama ketika sekolah rendah dulu.
Gelaran yang dah lama aku tak dengar - 'Kaki Kuda' 
Inilah gelaran aku yang satu ketika dulu aktif dalam acara balapan di sekolah.

My 2nd Bodyguard after en. Hubby.

Jambatan Angkat, Kuala Terengganu
Melihat dari dekat, sekadar memenuhkan jadual percutian kami.


HARI KEDUA
(19 Mac 2022 - Sabtu)

Lokasi: Pasar Payang, Kuala Terengganu

Melihat bagaimana cara untuk membayar parking..

Hari pertama myBIL menemani kami membeli-belah. Sekadar mencuci mata dan membeli sedikit souvenir sebagai kenangan.

Eh.. terkedepan pulak kereta tu.


Hujan turun dengan lebat walau sekejap. Kami hanya berehat di rumah sambil menikmati makanan yang kami beli. Tersandar kekenyangan + kepenatan. Anak-anak berehat di ruang atas sementara kami terkebil-kebil di ruang tamu. Ni kes malas nak panjat tangga tidur dalam bilik di atas. Terus lena di ruang tamu rumah.


HARI KETIGA
(20 Mac 2022 - Ahad)

Kali ni hanya berdua dengan en. Hubby.
Murtabak Pasar Payang

Sedap sangat murtabak ni, sampai la ni teringat-ingat. Lokasi, kalau dari pintu gerbang masuk pasar tu sebelah kiri sekali. Aku suka tengok brader yang amik order tu, agaknya itu yang makin sedap aku makan.. wakakaka..



Selesai semua, petangnya kami berangkat pulang. Cukuplah tiga hari dua malam kami di Terengganu. Mungkin akan kembali lagi yang pasti tak tahu bila.


Perjalanan balik:
Misi mencari Sata.


Bersih je tempatnya.

Merasalah mendengar desiran ombak + kencangnya angin.. 

Tak lama pun, sekejap je di tepian pantai itu.

Simpan sini sebagai kenangan.

Moga selamat sampai di rumah.

Kawasan Rehat Perasing.
Jauh ke dalam R&R nya. Singgah sekadar meninggalkan jejak di situ.


Jalan sesak..?
Risaunya lahai kalau sesak sepanjang jalan.

Rupa-rupanya pihak LPT menutup laluan kerana laluan di hadapan mendap.
Laluan kontra dibuka demi keselamatan pengguna lebuhraya,


Alhamdulillah..
Selamat sampai rumah lewat tengah malam. Itupun disebabkan en. Hubby singgah di Temerloh berjumpa kawan sambil makan malam di kedai makan. Mengalas perut sebelum meneruskan perjalanan kembali ke rumah.


Antara kenangan istimewa dari Terengganu.
Anak kucing berkaki enam.


Kucing kami si Comot..?
Berterima kasih dengan jiran sebelah yang menjaga sepanjang percutian kami. Sangat berterima kasih pada beliau.

#RemajaPurba: Banyak perkara aku terlepas untuk berkongsi di sini.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...