Tuesday, November 10, 2026

Berhenti Tidur Tommorow dan mula tidur Today


'I hope one day I'll sleep before midnight like normal humans do. Everyday I sleep tomorrow, even yesterday I slept today… and I'm sure I’ll sleep tomorrow again..'

It's time to go offline. Letak telefon. Tutup skrin dan cuba tidur sebelum tengah malam, macam manusia normal yang lain – sebab esok kita tetap kena bangun, tetap kena bekerja dan tetap perlukan otak yang boleh berfungsi dengan baik.


Tidur aku sekarang macam hidup dalam zon masa sendiri.


Dah tiba masa untuk berhenti tidur 'tomorrow' dan mula tidur 'tonight' sebab kalau setiap hari tidur esok, lama-lama badan dan otak pun mungkin akan buat silent protest.

#RemajaPurba: ..

Monday, November 9, 2026

Jangan GERTAK, Pakai Otak - Mimifly


08 November 2026 | Ahad [28 Jamadilawal 1448H] 

Setiap kali Mimifly mengeluarkan lagu baru, pasti ada sesuatu yang menarik perhatian dan menjadi bualan. Bukan sekadar ingin mendengar lagunya tapi maksud di sebalik lirik, koreografi tarian, konsep persembahan, pemilihan pakaian hinggalah ke lokasi penggambaran semuanya cukup awesome.

Malah, elemen bahasa isyarat yang turut diselitkan menjadikan setiap hasil karyanya lebih unik dan mempunyai identiti tersendiri. Memang kreatif dan tidak mengecewakan hasil air tangan beliau bersama pasukannya.

Kali ini Mimifly pertaruhkan lagu GERTAK. Bukan sahaja melodinya menarik, video klipnya turut mencuri perhatian dengan persembahan tarian bercirikan budaya India. Lebih istimewa, lagu GERTAK ini dilancarkan bersempena sambutan Deepavali 2026.

Di sebalik muzik yang rancak dan persembahan yang menghiburkan, terselit pula mesej yang agak tajam tentang sikap manusia yang suka mengata, mengadu domba dan menguji kesabaran orang lain.


Release date: 08 November 2026 | Ahad


dari [SINI]

Lagu: GERTAK
Penyanyi: Mimifly
Komposer: Mimifly dan Bo Amir Iqram
Lirik: Mimifly


LAGU: GERTAK

Minta perhatian, lihat si dia
Asyik asyik cari jalan nak mengata
Sikit sikit merengek, mengadu domba
Dah bagi betis, tapi dia nak peha..

Ha..?
Aku bunga kembang berbalik kuncup
Ku bukan malaikat sabarku ke laut
Sampai sakit dadaku nafas tak cukup
Sebelum ku semput dan tersangkut-sangkut

Haaaaaa 
Ku semangat
Haaaaaa
Ku beringat
Haaaaa
Kau mengada
Jangan auta..

[1]
Jangan Gertak..
Pakai otak 
Jangan Gertaaaaakkkkk..
Pakai otak..

Kalau awak terlajak perahu
Awak boleh undur
Kalau awak terlajak kata
Terjelepak gugur,

Tak ta ta takpe
Banyak bunyi barangnya takde
Banyak barang tak ada rasa
Tapi kita? Kita ada..

[2]
Berjalan jaga kaki, berkata jaga lidah
Jangan kan nak jaga orang, sendiri bersepah
Pelihara kata, hati jangan lemah
Kalau tercemar, oh! derita tak sudah sudah
ish.. ish.. ish..

ulang [1], [2] dan [1]


— GERTAK —

Jangan terlalu sibuk menguji kesabaran orang lain. Takut nanti, bila dia mula bersuara, kita pula yang tidak mampu menerima.


Apa pun, GERTAK bukan sekadar lagu untuk kita ikut menyanyi dan bergoyang. Ada teguran yang boleh dijadikan peringatan bersama. Jagalah percakapan, fikir sebelum berkata-kata dan jangan terlalu mudah mencari salah orang lain.

Sebelum mahu menegur atau menghukum orang, cerminlah diri sendiri terlebih dahulu. Ingat, bukan semua orang akan terus berdiam diri apabila kesabarannya sampai ke penghujung.

#RemajaPurba: - sumber video dari Youtube dan Instagram -

Sunday, November 8, 2026

Bila Yamaha Y16ZR-R Masuk Pasaran Malaysia


Yamaha Y16ZR-R telah memasuki pasaran Malaysia menerusi pelancaran rasmi oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) sempena Karnival GenBlu Yamaha 2026 yang berlangsung pada 9 Ogos 2026 di Setia City Convention Centre (SICC), Setia Alam, Selangor.

Dua versi telah diperkenalkan iaitu:
  • Standard — pilihan warna: Kouka Grey, Raijin Green dan Yoru Black.
  • Limited Edition — Pramac Racing Replica.

Kenapa entry kali ni berkaitan motor?

26 Oktober 2026 | Isnin [15 Jamadilawal 1448H]

Rupanya, ada sesuatu yang en. Hubby rancang dalam diam. Patutlah beria-ia mengajak kami keluar pada tengah hari menuju ke [SINI]. Sedangkan kebiasaannya, kalau boleh seawal pagi lagi dah mula bergerak. Aku pula langsung tak terfikir apa-apa ketika itu.

Bang Chan - Stray Kids
Tak dapat Y15, aku dapat Y16

Pada awalnya, aku ingat en. Hubby sekadar bergurau bila beliau bertanya..
'Nak nombor plat apa?'

Waktu itu, aku masih belum sihat sepenuhnya. Jadi, memang malas nak layan kerenah en. Hubby. Sudahnya, nombor diberi secara rawak. Arrghh.. ruginya rasa..! Itulah Mak Budak. Lain kali, dengar cakap. Kalau tak, dak 'AIZA' ada geng.

- sumber gambar dari en. Google -


Kouka Grey (Modern Grey) — tampil dengan gaya kemas, elegan dan sedikit misteri, sekali gus memberikan sentuhan premium. Lebih istimewa, Y16ZR-R ini sendiri sudah cukup premium bagi aku kerana ia merupakan hadiah in advance daripada en. Hubby.


unboxing..

Kouka Grey



Test drive..?
Kali pertama, sekadar pusing kawasan kampung je. Kali kedua pula di [SINI].

Fun Fact..?
Aku tiada lesen motosikal dan langsung tak tahu menunggang motor.

Alasannya..?
Ayah aku, myFIL dan en. Hubby memang tak izinkan aku menunggang motosikal. Aku pandu kereta pun boleh tahan lajunya. Kalau bawa motor pula..? Eloklah aku tak tahu, risau nanti roh aku yang lari dulu.

Memandangkan aku tiada lesen dan langsung tak tahu menunggang motosikal, aku jadi pembonceng setia ajelah. Jangan salah faham — hadiah je untuk aku tapi atas geran nama en. Hubby bukan aku.


Dak Jasmine pun dah rasmikannya..


#RemajaPurba: - Happy Deepavali 08 November 2026 -

AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...