Followers Remaja Purba

Sunday, May 31, 2020

Musim Buah COVID


DAY 75 (31 Mei 2020 - Ahad)
Hari kelapan Syawal

Memandangkan tak boleh rentas negeri, dapat seikat macam ni pun bersyukur dah. Kalau dekat kampung, mahu makan atas pokok je.  🤪

Di rumah..
'Kalau Nuha nak tahu inilah buah COVID '.
'Itu buah rambutanlah ibu'.
'Cuba tengok, bentuknya macam COVID..'


Buah Rambutan yang dibeli



Dari en. Google



Memandangkan kena ada penjarakan  sosial (social distancing), maka dalam ni pun kena jarak ye 🥴

#KisahKita: #MakBudak sengaja menyakat 🤭

Saturday, May 30, 2020

Menu berkaitan Ikan


DAY 74 (30 Mei 2020 - Sabtu)
Hari ketujuh Syawal

Tengahari:
Hari ni kita makan ikan goreng sambal campur petai. En. Hubby yang nak, aku layankan je.

Apa saja yang digossipkan tu.. 🤔

Bila melibatkan menu berkaitan ikan:

  • Dak Kakak makan je.
  • Dak Adik lebih suka ayam.
  • Dak Nuha kalau ikan kecik dia tak makan sebab pernah tercekik tulang ikan hingga kena bawa ke klinik. Kecil je tulangnya tapi sebab tak boleh keluarkan guna jari, itu yang bawa ke klinik.


Malam:
Berehat sebab sejak awal pagi tadi aku sakit perut teruk dan melarat hingga pinggang.

Dak Kakak main masak-masak di dapur.

Bila dah malam aku memang tak suka nak kerja lebih masa di dapur. Nak makan sila masak sendiri.

#KisahKita: ...

Friday, May 29, 2020

Resepi agak-agak' 'campak-campak'


DAY 73 (29 Mei 2020 - Jumaat)
Hari keenam Syawal

Pagi:
Masih terasa lesu dek kejadian semalam di SINI.. Hujan pulak tu..🌧🌧🌧 lagi menambah rasa nak tarik selimut lebih lama.. 🛌 tetapi lontong dan bihun goreng memanggil-manggil aku di dapur pulak.. 🤭


Petang:
Anak-anak nak makan paru goreng berlada. En. Hubby pulak nak makan rendang kerang. Memandangkan semua bahan ada di dapur, maka inilah hasilnya..

 Rendang Kerang

Paru Goreng Berlada..

Resepi untuk kedua-dua menu ni, mudah je..

'Agak-agak je'
'Campak-campak je'

Nampak mudah tapi tak mudah bagi yang tak biasa. Untuk rekod, ini kali pertama aku masak rendang kerang. Sedap..? Oklah.. Ni jawapan selamat en. Hubby. Alah.. nak jaga hatilah tu.. 🙄

Paru goreng berlada tu pulak menu kegemaran seisi rumah. Bila guna resepi main 'agak-agak' 'campak-campak', ada masa pedas, ada masa tak pedas, ada masa.. Haa.. Jangan berani kata tak sedap, makan je..🤪


Malam:
Berehat bersama anak-anak.
Cukup masa, semua kena tidur.

#KisahKita: ...

Thursday, May 28, 2020

Kisah di Kedai Tayar


DAY 72 (28 Mei 2020 - Khamis)
Hari kelima Syawal

Pagi:
Aku kerja hingga ke tengahari.

Petang:
Membawa kereta ke kedai tayar untuk menukar 'stoking' kereta. Berstoking barulah kau ye cikPutih. Untuk 'kasut' kita tukar kemudian, mana yang lebih penting harus diutamakan.

Situasi di kedai kereta:
Tadi abang cakap tuan punya kereta tu cerewet, sekarang ni tengok.. Siapa lagi cerewet?  Abang memang tak cerewet tapi kereta abang ni yang lagi cerewet tau.. 🥴.. Itulah kata orang lain lagi, kan dah kena. Orang kampung cakap apa.. 'what you give, you get back' 'DIA bayar cash.

Ini gara-gara terdapat masalah pada stoking cikPutih, hingga tiga kali buka + pasang kembali ia. Pelanggan terakhir di kedai tersebut adalah kami 😩.. Sudahlah hanya sekeping roti dan sepapan coklat aku makan pagi tadi; ini hampir lesu + penat dan lapar waktu aku menunggu.

Berkali-kali mereka meminta maaf disebabkan kesilapan yang berlaku + buat kami lama menunggu.

'Kalau ada masalah nanti, datang semula di sini, kami betulkan balik tanpa apa-apa bayaran'.

Selingan:
Bersantai di bawah pokok sambil menunggu giliran.

Aku suka tengok uncle ni, pakai selipar Jepun je. Fasih berbahasa Melayu pula tu dan yang aku perasan, dia banyak menonton/mendengar berita dalam bahasa Melayu.


Malam:
Menyediakan makan malam buat anak-anak. Dak Nuha sampai tertidur kelaparan menunggu kami balik, kesiannya dia. Ingatkan sekadar sejam dua tapi sampai kedai nak tutup baru selesai urusan kami.. 😣

Lewat Malam:
En. Hubby angkat tangan, letih ya amat katanya. Aku..? Dah tahap menggigil keletihan tapi dengan bantuan dak kakak selesai juga mengemas di dapur sebelum tidur.

#KisahKita: Terima kasih Ya!Allah..

Wednesday, May 27, 2020

Perkhidmatan J&T


DAY 71 (27 Mei 2020 - Rabu)
Hari keempat Syawal

Kisah sebelum raya..
Selamat diterima dua hari sebelum raya, Alhamdulillah, dapatlah dak Adik merasa memakainya. Terima kasih buat J&T.


Hari ini, barang yang dibeli secara online selamat sampai ke rumah..👏👏👏 Ini antara barang yang tak sempat diserahkan oleh J&T minggu lepas seperti di SINI..

#KisahKita: Itu jelah nak cerita..

Tuesday, May 26, 2020

Bukan Rezeki McDonalds


DAY 70 (26 Mei 2020 - Selasa)
Hari ketiga Syawal

Pagi:
Hujan lebat..
Sarapan nasi goreng cendawan + teh o 'Ahmad Tea Lemon' disulam dengan kuih raya sambil menonton rancangan yang ada di dalam tv (kuih raya pun sepupu en. Hubby bagi) 🤪

Ini pula..
Dua hari sebelum dan dua hari selepas, di sinilah aku untuk keringkan baju yang telah siap dibasuh dari rumah.


Tengahari:
Mengeluh juga aku bila tengok ramai yang beratur di pandu lalu McDonalds. Awalnya aku turut terjebak sama tapi hati aku tak cukup kuat untuk beratur panjang demimu burger McD. Akhirnya KFC juga dicari Sedap hingga menjilat jari (It's finger lickin' good). Bukan rezeki McD kali ini untuk terima duit dari aku.. 🤭 


Malam:
Selesai makan malam, apalagi yang boleh dibuat. Ni baru hari raya ketiga.. 😟 Bosan tapi demi kesihatan keluarga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini lebih baik berada di dalam rumah.

#KisahKita: #SyawalCOVID-19

Monday, May 25, 2020

Kenangan di Aidilfitri 2020


DAY 69 (25 Mei 2020 - Isnin)
Hari kedua Syawal

Hari ini:
Tiada yang menarik untuk dikongsi. Tak nak menambah rasa kecewa di hati, bukan sebab tak dapat balik beraya tapi lebih kepada dek tidak dapat beraya di rumah ayah sendiri.


Kisah semalam:
Pink + Hitam warna pilihan.
Pagi raya dah buat aku menangis teresak-esak, mySIL yang pujuk tenangkan aku. Ni pun bergenang airmata bila aku kenangkan balik.

Kali ni takde gambar yang ala-ala model nak tepek di sini. Apa yang ada jelah.. 😆

 Bersama dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha n en. Hubby. Ini je gambar yang elok sikit.. 😊

 Ada dua kumbang disebalik bunga

 Kita guna props yang ada bagi memeriahkan suasana..

Antara aksi yang ada..
Aku.? Tu yang paai helmet membelakangkan kamera..

 Siapa nak duit raya, sila beratur..

Itulah sebahagian kecil kenangan Aidilfitri 2020.

Apa-apapun.
Salam Aidilfitri buat semua..
#SyawalCOVID-19

#KisahKita: ...

Sunday, May 24, 2020

SYAWAL + COVID-19


DAY 68 (24 Mei 2020 - Ahad)
Hari pertama Syawal

Malam tadi aku telefon mak dan ayah aku. Dek rasa sebak + sedih, tak banyak yang aku bualkan. Seksa wooo.. tahan nangis ni.

Adik aku lagi teruk, tak dapat beraya bersama anak-anak. Tak boleh rentas negeri untuk bertemu anak-anak. Adik bekerja di sini manakala anak-anak adik dijaga oleh mak kami. 


2020
Aidilfitri kita nantikan..
Tak ziarah bukan tak sayang..
Kesihatan mesti lebih diutamakan.. 😷
-Mesej dari Mak aku di kampung.


Kali ini tiada langsung persiapan raya. Adanya lemang dan rendang pun disebabkan menerima tempahan dari kawan-kawan. 

Akhir kata dari kami:
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami yang jauh diperantauan. Panjang umur jumpa tahun depan.. 🥰

#KisahKita: ...

Saturday, May 23, 2020

Hari Terakhir Puasa 2020


DAY 67 (23 Mei 2020 - Sabtu)
Hari ketiga puluh Ramadan.

Malam tadi LAST terawih..
Pagi tadi LAST sahur..
Hari ini pulak LAST puasa..
Maghrib tadi LAST berbuka..
Harapnya ini yang LAST pendemik sebegini teruk yang kita hadapi..


Dari malam tadi sebenarnya masalah ni:
Aku mintak nombor account nak transfer kan duit benda ni. Kau main tarik tali dengan aku dah kenapa? Bagi jelah; Ke sebab kau rasa serba-salah 'paksa' aku beli benda tu?

Awalnya aku sekadar bertanya, bukanlah nak sangat beli pun, boleh pulak dia hantar ke rumah tanpa persetujuan aku. Itu PEMBELIAN PAKSA NAMANYA. Memanglah tak mahal tapi kalau beli snack plate KFC dapatlah dua bungkus.. 🤦‍♀

Penghujung Ramadan ni buat aura negatif mencanak naik. Sakit pulak hati kita..🥴


Tapi dalam rasa marah tu, DIA bagi aku yang ini..
Ingatkan kosong, rupanya berisi..

Dalam aku mencari sampul raya, aku terjumpa dengan sampul duit yang berisi duit raya, tak tahulah berapa lama sampul ini berada di tempat 'selamat' itu ---> jimat duit raya 🥴

#KisahKita: Esok raya..

Friday, May 22, 2020

Jumaat terakhir dalam bulan Ramadan


DAY 66 (22 Mei 2020 - Jumaat)
Hari kedua puluh sembilan Ramadan

Pagi:
Pukul enam pagi, orang dah ramai beratur untuk masuk ke dalam pasar borong.

'Wah.. Abang, ramainya orang beratur. Kita nak beratur juga ke?'
'Kalau nak beli bahan basah pergilah beratur, abang nak ke tempat lain'.

En. Hubby hanya mencari bahan untuk rendang dan daun pisang hutan untuk lemang termasuk santan.

Santan pulak en. Hubby beli 25kg. Nah!Ambik.. 😱 berat yang bukan sedikit. Alhamdulillah, pembantu kedai santan tu sanggup menghantar ke kereta kami.

Tengahari hingga ke malam:
En. Hubby sibuk dengan membakar lemang mengikut tempahan yang diterima sebelum ini.

Malam:
Adik aku singgah di rumah. Sebelumnya dia ada urusan di pekan berhampiran, Aku ajak berbuka puasa di rumah. Macam-macamlah yang kami borakkan.

La ni, tengah malam:
Kepenatan teramat, walau tidak seteruk dak Kakak yang banyak membantu. Esok tak tahulah keadaan masing-masing.

#KisahKita: umaat terakhir dalam bulan Ramadan.

Thursday, May 21, 2020

Minyak Masak Habis? 🤦‍♀


DAY 65 (21 Mei 2020 - Khamis)
Hari kedua puluh lapan Ramadan

Pagi:
Di tempat kerja menyelesaikan tugasan yang 'tertinggal' sepanjang PKP ini. 

Petang:
Sedang elok berbaring di atas katil dalam sejuknya aircond, boleh pula lampu menyala (💡) di kepala..

Minyak masak habis..?
🤦‍♀💆‍♀🥴
Memandangkan en. Hubby tiada, maka terpaksalah aku keluar ke kedai. Ini adalah satu perkara yang aku tak suka sebenarnya. Dari niat asal nak beli minyak masak, terambil pula barang lain.. 🤦‍♀ #MakBudak memang macam tu dan sebab itulah aku lebih suka en. Hubby ke kedai.

Inipun dalam kawasan kampung 😉

Malam:
Rezeki, langkah kanan kawan-kawan en. Hubby berbuka puasa di rumah.

Lewat malam:
Menyemak dan menyusun latihan-latihan yang diberikan oleh guru-guru sekolah dak Adik. Ini sangat penting agar dak Adik tak ketinggalan semua tugasan yang diberikan.

#KisahKita: Aku letih..

Pesanan MKN bulan MEI 2020 (kedua) (PKPK kanlah)


Simpan sini sebagai kenangan seperti di SINI..

RMO (BULAN MEI 2020) - kedua
Mesej yang digunakan oleh Kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

10 Mei 2020 (Ahad)
RM0. Amalkan kawalan kendiri (self-regulation). Pastikan keselamatan diri, keluarga dan komuniti. Jika tiada keperluan untuk keluar, elakkan berada di tempat awam.

11 Mei 2020 (Isnin)
  • RM0. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilanjutkan. Semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan sekarang akan kekal berkuatkuasa sehingga 9 Jun 2020.
  • RM0. Masyarakat perlu mengambil tanggungjawab sosial, mempunyai kawalan kendiri dan amalkan normal baharu untuk bersama-sama putuskan rantaian jangkitan COVID-19.

13 Mei 2020 (Rabu)

  • RM0. Normal baharu - Patuh PKPB, elakkan keluar rumah kecuali untuk urusan penting sahaja dan gunakan pelitup muka sekiranya tidak sihat.
  • RM0. Normal baharu - Amalkan jarak sosial 1 meter dari orang lain & tahap kebersihan optimum seperti mencuci tangan dengan sabun/menggunakan cecair pembasmi kuman.

14 Mei 2020 (Khamis)

  • RM0. Aktiviti ziarah untuk Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai dibenarkan pada hari PERTAMA perayaan sahaja.
  • RM0. Ziarah semasa perayaan terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja dan tidak melebihi 20 orang sehari (bergantung saiz kediaman) bagi memastikan jarak sosial selamat.

16 Mei 2020 (Sabtu)

  • RM0. Pengusaha premis perniagaan dan orang ramai perlu amalkan jarak sosial selamat dan kebersihan diri ketika aktiviti jual beli barangan keperluan harian.
  • RM0. Semasa membeli barangan keperluan harian, dinasihati tidak membawa anak kecil dan warga emas bagi elak risiko jangkitan.

19 Mei 2020 (Selasa)

  • RM0. Amalkan 3W: (Wash) kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, (Wear) pakai pelitup muka di tempat awam / jika bergejala dan (Warn) amaran peringatan dari KKM.
  • RM0. (Warn) - Elak bersalaman, amalkan etika batuk dan bersin, lakukan disinfeksi, kekal di rumah, keluar untuk urusan penting sahaja, dapatkan rawatan jika bergejala.

20 Mei 2020 (Rabu)

  • RM0. PKPB - Pergerakan rentas negeri terutama semasa musim perayaan masih tidak dibenarkan dan boleh diambil tindakan undang-undang.
  • RM0. Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor dikategorikan sebagai Lembah Klang. Pergerakan di tiga negeri ini dikira rentas daerah dan dibenarkan semasa tempoh PKPB.

#KisahKita: -bersambung-

Wednesday, May 20, 2020

Kisah tayar kereta pancit 😰


DAY 64 (20 Mei 2020 - Rabu)
Hari kedua puluh tujuh Ramadan

Kisah tayar kereta pancit di tempat kerja:
Menjadi kebiasaan aku sebelum pergi kerja dan balik kerja aku akan check tayar kereta. Tadi, waktu nak balik kerja bila tengok tayar, terus menyala lampu dekat kepala (💡) 'apa yang aku nak buat ni?' 😰 Call en. Hubby pun bukan boleh tolong. Jauh kot.

Lepas minta bantuan dari boss, datanglah empat jejaka gagah tapi kurus menghulurkan bantuan. Bla.. Bla.. Bla.. Lepas deme pamkan tayar, deme suruh pergi ke bengkel kereta.

Ah!Sudah..
Ini lagi satu masalah. Selama dua tahun bekerja di situ, aku buta arah. Hanya tahu pergi kerja dan balik kerja, tak pernah ambil tahu apa yang ada disekitarnya.

Akhirnya, selesai masalah tayar kereta dengan ditemani guard tempat kerja ke bengkel kereta (jejaka gagah tadi tak boleh teman sebab kena jumpa pembekal). Kalau deme dah balik tadi, mahu aku nangis dekat bucu kereta.

#KisahKita: ...

Tuesday, May 19, 2020

Seharian kepenatan


DAY 63 (19 Mei 2020 - Selasa)
Hari kedua puluh enam Ramadan

Pagi tadi:
Menemani en. Hubby menghantar lemang di Shah Alam untuk di hantar ke Singapura. Ini bukan sekadar rentas negeri tetapi rentas negara terus; dari Malaysia ke Singapura. Nampaknya lemang tiba dulu ke Singapura, tuannya entah bila.

Tengahari tadi:
Kemudian terus ke hospital urusan berkaitan diri aku. Temujanji seterusnya pada penghujung Jun nantu.

Seterusnya kami berkejar ke J&T untuk mengambil barang yang beberapa hari telah terperam di situ tapi mereka bagitahu telah dihantar ke J&T berhampiran tempat tinggal kami. Kupujuk hati, takpelah mungkin pihak mereka tak sempat nak update di dalam sistem untuk makluman aku.

Akhirnya bila tiba di J&T tersebut, nampaknya bukan masa terbaik untuk mendapatkan barang aku. Berangin en. Hubby yang kepenatan.  'Dahlah, biarlah barang tu nak sampai bila pun!' bila sesekali baran en. Hubby sampai, lebih baik aku diamkan diri. Jauh disudut hati, aku nak baju raya dak Adik dulu.. 😰😰

Tak berjaya mendapatkan barangan di situ tapi kami berjaya menyelesaikan masalah berkaitan kereta. Sempat jugalah membeli daging kambing. Fuh.. Penat!


Selingan:
Menu berbuka puasa
Kari Kambing versi #MaakBudak..

Telur Dadar versi #ChefHubby


#KisahKita: ...

Monday, May 18, 2020

Klinik Veterinar TAQWA


DAY 62 (18 Mei 2020 - Isnin)
Hari kedua puluh lima Ramadan

Pagi tadi bawa dak Oyen ke klinik sebab dah beberapa hari ia tak sihat (batuk + selesema teruk) Doctor check, suhu badan ia tinggi 😰.

La ni, elok je baring, penangan ubatler tu. Kalau tak, habis makwe jiran sebelah diterkamnya. Itu belum lagi bergaduh dengan abang Long kawasan.. 🤦‍♀

Esok..
Bermulalah aksi rontaan demi rontaan waktu nak bagi ia makan ubat.. 🤪 kemudian kita bagi ia PKPD, kuarantin dalam rumah sampai sembuh.. 👍🐈 Moga dak Oyen cepat sembuh hendakNYA.


Selingan:
Terima kasih kepada doktor dan pembantu doktor di Klinik Veterinar TAQWA Setia Alam di atas bantuan yang diberikan kepada dak Oyen. Lembut je cara doktor yang merawat dak Oyen. Penerangan yang jelas; paling penting cara bagaimana yang betul untuk bagi makan ubat. Sebelum ni bergelut kami nak bagi ia makan ubat. Kesian tapi demi kebaikan ia kami tolak ketepi rasa kesian tu.. 😅

Apa-apapun terima kasih di atas kerjasama + bantuan pihak klinik buat dak Oyen.

DAN..
Sewaktu pemulangan baki bayaran di atas  perkhidmatan yang diberikan, aku boleh cakap 'terima kasih doktor, saya beli ye' 🤦‍♀🤦‍♀🤦‍♀

#KisahKita: Kau dah kenapa #MakBudak 😜

Sunday, May 17, 2020

Dak Adik dan dak Nuha


DAY 61 (17 Mei 2020 - Ahad)
Hari kedua puluh empat Ramadan

Memandangkan aku antara yang tak boleh rentas negeri nak beraya di kampung, maka aku cuba sibukkan diri tak nak terlalu memikirkannya. 

Ni mood masing-masing tengah eloklah ni. Kalau tak, ada je idea dak Adik menyakat dak Nuha sampai aku pulak yang stress.. 💆‍♀

Bukan senang nak tengok dak Adik rela bergaya begini.

#KisahKita: ...

Saturday, May 16, 2020

Standard Operating Prosedure (SOP)


DAY 60 (16 Mei 2020 - Sabtu)
Hari kedua puluh tiga Ramadan

Aku punya Standard Operating Prosedure (SOP) apabila berada di dapur?
Kalau aku yang masak, aku tak suka en. Hubby ada di dapur sekali (dah macam masuk pertandingan Masterchef pulak 🤣). Aku tak suka masakan aku kena komen.. 😆

Menu berbuka puasa
Ikan siakap masak stim

Bertambah sedap bila di makan bersama cili kicap.. 🤤


Selingan:
Kombinasi dak Kakak bersama kakak sepupunya menjadikan photoshoot ini kelakar jadinya. Kita simpan sini sebagai kenangan.

Baju pengantin tajaan #AndamanSirehPersona a.k.a mySIL

Nasib baiklah #MakBudak tak terjebak 🤣

Gelagat mereka berdua..

#KisahKita: ...

Friday, May 15, 2020

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran ke-73


DAY 59 (15 Mei 2020 - Jumaat)
Hari kedua puluh dua Ramadan

Semalam..
Hari pertama aku kembali bertugas di SINI..

Hari ini, hari kedua..
Sepatutnya aku hanya bertugas semalam dan hari Khamis depan tapi disebabkan kerja yang memerlukan tindakan segera (walau boss ku dah buat melalui emel), aku kena siapkan dalam bentuk hardcopy. Pukul tujuh pagi aku mulakan kerja non-stop sampai ke tengahari yang sepatutnya pukul sepuluh pagi aku balik 😂🤣

'Sudahlah tu, pergilah balik. Hari Isnin nanti je sambung kerja tu'. Kata bossku.

Nampak tak di situ..
Hari Isnin bakal menjadi hari ketiga aku kembali bertugas.


Hari ini juga:
Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran ke-73 buat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia. Moga rutin harian dipermudahkanNYA dan beroleh kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindunganNYA.


Selingan:
Menu berbuka puasa semalam..
Lamb chop versi #RemajaPurba

#KisahKita: Penatnya lahai..

Thursday, May 14, 2020

Hari pertama bertugas sejak PKP dilaksanakan


DAY 58 (14 Mei 2020 - Khamis)
Hari kedua puluh satu Ramadan

Hari pertama aku kembali bertugas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Rasa berdebar-debar pula nak ke tempat kerja apatah lagi nak memandu kereta.

Alhamdulillah.. selamat tiba di tempat kerja 60 km nun jauhnya. Perkara pertama, aku lalui sama kena lalui SOP yang ditetapkan sebelum dibenarkan masuk.

Perkara pertama:
Aku boleh tak ingat kata laluan komputer aku 🤦‍♀ terdiam sekejap di tempat dudukku.

Perkara kedua:
Tiba-tiba aku tak tahu nak mulakan kerja dari mana. Kiri, kanan atau di depan?

Perkara ketiga:
Hanya lima jam masa diperuntukkan untuk menyiapkan tugasan yang ada 😅

Perkara keempat:
Perlahan-lahan aku cuba dapatkan rentak kerja yang tertinggal lama. Social distance jugak dibuat tapi terlebih jarak disebabkan setiap unit hanya beberapa orang yang boleh hadir bertugas pada setiap hari.

Perkara kelima:
Tak menang tangan dibuatnya, terasa seperti memasuki pertandingan siapa yang pertama dapat menyiapkan tugasan yang diberi. Lima jam beb, lima jam.. Apa je yang kau boleh lakukan dengan kerja hampir dua bulan tidak bertugas secara normal.

Perkara keenam:
Cukup lima jam aku kena balik. Esok jelah aku sambung, itupun kena dapatkan kebenaran pengarah untuk hadir bertugas kerana esok bukan giliran aku kemudian terus balik.

Perkara kelapan:
Pertama kali aku mengajak en. Hubby membeli barang-barang keperluan. Bukan nak sangat pun tapi teringin. Maafkanlah andai ada yang tak selesa. Kami pun takde gedik nak berjalan berpegangan tangan sambil tolak troli. Ambil barang ikut senarai yang aku perlukan.

Perkara terakhir:
Letih tak terkata. Antibodi badan terkejut agaknya dengan kerahan tenaga dari aku. Lesu badan hinggakan anak-anak pun tak kacau aku seperti biasa 😔

Esok jelah sambung. Tak larat dah nak update apa-apa. Takut tersalah kata pula nanti. Good night everyone.

#KisahKita: ...

Wednesday, May 13, 2020

Rasa Seram Sekejalp


DAY 57 (13 Mei 2020 - Rabu)
Hari kedua puluh Ramadan

Alhamdulillah, sahur seperti biasa. Dalam mamai kedengaran air seolah-olah dibuka di luar rumah. Perlahan-lahan aku intai, rupanya hujan yang turun. Lega.. Hilang rasa seram sekejap.. 🤣🤣

Pagi membawa ke petang ada tiga kali penghantaran barang yang beli secara online akhirnya tiba. Lewat diterima gara-gara alamat yang aku berikan tidak lengkap 🤦‍♀

Berbuka puasa petang tadi:
Chicken Chop versi #RemajaPurba
Air 'kenduri kahwin' a.k.a sirap 😊

Ringkas dan menyelerakan..
En. Hubby tak nak makan nasi, nak makan western katanya.

Selingan..
Kudapan berwarna-warni

#kisahKita: Esok kerja.. 🤔🤔

Tuesday, May 12, 2020

Terlajak Sahur 🤦‍♀🤦‍♀🤦‍♀


DAY 56 (12 Mei 2020 - Selasa)
Hari kesembilan belas Ramadan

Pagi tadi aku terlajak sahur 🤦‍♀🤦‍♀🤦‍♀ Pukul enam pagi baru tersedar. Maaflah ye anak-anak, ibu tak sengaja.

Sudahnya seharian anak-anak nampak kurang cergas, ditambah dengan membantu Babah deme membersihkan ruang hadapan rumah. Mintak tolong nampak sendu je tapi bila dapat main, cergas semacam jadinya.

Petang tadi, semakin menghampiri wakru berbuka puasa, nampak keterujaan di wajak masing-masing.

Adakah kerana menu..
Nasi putih + sup bakso
Mee goreng purba
Ayam goreng
Rendang ayam semalam
Air sirap limau dan air cincau
-tiada gambar-

Tetapi keterujaan mereka lebih kepada lapar sebenarnya bukan dek kerana menu aku tu.. 🤪

Apa yang pasti tiada satu menu pun dibeli dari bazaar Ramadan. Tak berani nak ambil risiko. Cukuplah apa yang ada, janji kenyang sampai sahur nanti.

#KisahKita: ...

Monday, May 11, 2020

Jujurnya aku tak pernah


DAY 55 (11 Mei 2020 - Isnin)
Hari kelapan belas Ramadan

Ramai yang terkesan dek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, begitu juga en. Hubby yang bekerja sendiri. Bukan ini point utamanya.. 😊 tetapi..

#LemangCikLan2020

Simpan di sini sebagai kenangan..

Aku cuma nak cerita di sini yang aku dah boleh masak rendang mengikut sukatan 'ikut suka + gerak hati sendiri'. Eleh.. 🙄 itupun en. Hubby yang tolong.. 🤪 Takpe.. yang penting aku berjaya. Yakin tu kena ada..

Jujurnya, aku tak pernah masak rendang sejak zaman #RemajaPurba lagi. Bukan mak aku tak ajar, aku sendiri yang tak nak. Tak minat memasak; biarlah aku buat 'tak pandai memasak', sekurang-kurangnya boleh merengek gedik manja pada en. Hubby.

Setakat hidup bersama en. Hubby ni, di awal perkahwinan dulu sahaja beliau pernah komen masakan aku tetapi..

'Saya dah penat masak, abang makan je. Sedap ke tak abang kena habiskan'.

Sejak dari itu, jarang dah en. Hubby nak komen apa yang aku masak. Berani kata tak sedap, memang aku akan 'tazkirah'kannya.. 😂 gurau kasar nampak..

Apa yang penting bila memasak ni, kena yakin pada gerak hati janji puas hati bila melihat mereka tersandar kekenyangan.

#KisahKita: ...

Sunday, May 10, 2020

Perutusan Khas Perdana Menteri (10 Mei 2020)


DAY 54 (10 Mei 2020 - Ahad)
Hari ketujuh belas Ramadan - Nuzul Quran
Sungguh istimewa hadiah sempena Hari Ibu hari ini (10 Mei 2020):

'Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB yang berkuatkuasa sehingga 12 Mei 2020, akan disambung lagi sehingga 9 Jun 2020, iaitu selama 4 minggu lagi'.

Perutusan Khas Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di SINI..


Stesen-stesen TV dan Radio bolehlah mainkan lagu Dendang Perantau sekali-sekala. Kalau dimainkan selalu saya pun berasa sayu juga. Mainkanlah lagu-lagu Hari Raya yang boleh menceriakan suasana. -Perdana Menteri-


Bersabar dan bertabahlah buat kita semua. Pasti ada hikmah disebaliknya. Kita sama-sama jaga diri kita dan keluarga kita. Biarlah COVID-19 nyah jauh dari kita.

#KisahKita: ...

Saturday, May 9, 2020

Pesanan MKN bulan MEI 2020 (PKPK kanlah)


DAY 53 (9 Mei 2020 - Sabtu)
Hari keenam belas Ramadan
Simpan sini sebagai kenangan seperti di SINI..

RM0 (BULAN MEI 2020)
Mesej yang digunakan oleh Kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

1 Mei 2020 (Jumaat)
  • RM0. PKP 4 - 2 orang dibenarkan bergerak dalam satu kenderaan, dengan syarat kedua-duanya adalah ahli keluarga dan dari rumah yang sama.
  • RM0. PKP 4 - Pergerakan bagi membeli keperluan harian & mendapatkan perkhidmatan kesihatan boleh melebihi radius 10km sekiranya ianya tiada berdekatan kediaman.

2 Mei 2020 (Sabtu)
RM0. Hubungi talian hotline AADK 0389112233 atau whatsapp 0196262233 bagi nasihat dan kaunseling mengenai penyalahgunaan dan penagihan dadah sepanjang PKP.

3 Mei 2020 (Ahad)
  • RM0. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sila rujuk www.mkn.gov.my / telegram MKN untuk semak Garis Panduan (SOP) perkhidmatan yang dibenarkan.
  • RM0. PKP masih dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020. Kelonggaran PKPB hanya diberikan kepada sektor perkhidmatan yang dibenarkan dengan perlu mematuhi SOP.
  • RM0. PKPB - Tindakan undang - undang akan diambil terhadap mereka yang ingkar PKP walaupun bermula 4 Mei hampir semua aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi.

4 Mei 2020 (Isnin)
RM0. Sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi esok perlu patuhi SOP dan tidak perlu tergesa-gesa buka operasi perniagaan.

5 Mei 2020 (Selasa)
  • RM0. Amalkan disiplin diri, patuh jarak sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter, gunakan pelitup muka jika berada di luar rumah dan jaga kebersihan diri.
  • RM0. Jom muat turun aplikasi MySejahtera untuk penilaian kesihatan kendiri, pengesanan hotspot COVID-19 dan pelbagai fungsi lain.

6 Mei 2020 (Rabu)
  • RM0. Rakyat diseru terus patuh PKP dan mengelak keluar dari rumah, kecuali bagi urusan penting sahaja.
  • RM0. Elakkan 3C: iaitu kawasan yang sesak (Crowded place), kawasan yang sempit (Confined space), bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

7 Mei 2020 (Rabu)
  • RM0. Aplikasi Gerak Malaysia - sebarang maklumat lanjut mengenai aplikasi ini dan permohonan perjalanan antara negeri boleh layari www.gerakmalaysia.gov.my
  • RM0. Orang ramai yang mendapat kelulusan rentas negeri & membuat pergerakan mengikut jadual mulai 7 - 10 Mei 2020 perlu mematuhi semua arahan yang ditetapkan.
  • RM0. Muat turun aplikasi MyTrace untuk pengesanan kontak (contact tracing) kepada individu positif Covid-19 menggunakan teknologi Bluetooth.

9 Mei 2020 (Sabtu)
RM0. Rakyat perlu mengamalkan disiplin diri yang tinggi. Patuhi arahan PKP, jaga keselamatan diri dan keluarga masing-masing.

#KisahKita: PKPK kanlah.. 🙄

Friday, May 8, 2020

Sumbangan buat anak-anak yatim


DAY 52 (8 Mei 2020 - Jumaat)
Hari kelima belas Ramadan.

'Ibu, barang-barang ni semua nak bagi siapa?'
'Barang ni semua Babah nak hantar dekat rumah anak-anak yatim. Nuha tahu ke apa maksud anak yatim?'
'Tahu, anak yatim tu takde mak, takde ayah macam kawan Nuha dekat sekolah'.. 😟

Sebahagian kecil buat mereka.

Inilah sebahagian kecil sumbangan dari group en. Hubby ke sebuah rumah anak-anak yatim yang pernah kami pergi sebelum ini. Manakala sebahagian kecil lagi sumbangan diuruskan oleh kawan en. Hubby.

'Nuha nak ikut Babah boleh tak ibu?'
'Nuha tak boleh ikut sebab kita kena duduk rumah, tak boleh keluar'.
'Oh.. sebab ada COVID kan ibu'.
'Ya.. tahupun'.


Urusan penghantaran dibuat oleh en. Hubby. Walau kini dilonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tapi aku tak ikutpun. Semua urusan berkaitan en. Hubby yang buat.

Itu je aku nak kongsikan di sini. Nak tatap socmed pun aku takde mood. Takpelah janji rutin harian aku berjalan dengan baik.

#KisahKita: Alhamdulillah..

Pesanan MKN sepanjang bulan APRIL 2020


Simpan sini sebagai kenangan seperti di SINI..
RMO (BULAN APRIL 2020)
Mesej yang digunakan oleh Kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.


1 April 2020 (Rabu)
RM0: PKP Tahap 2 - Kenderaan persendirian hanya dibenarkan antara jam 6.00 pagi sehingga 10.00 malam, termasuk perkhidmatan E-Hailing dan Teksi.

2 April 2020 (Khamis)
RM0. PKP Tahap 2 - Perkhidmatan Penghantaran Makanan (Delivery) dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

3 April 2020 (Jumaat)
RM0. PKP Tahap 2 - Operasi stesen minyak dihadkan dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

4 April 2020 (Sabtu)
RM0. PKP Tahap 2. Stay at home, jaga kebersihan diri, kerap basuh tangan & amalkan penjarakan sosial. Bersama-sama kita putuskan rantaian penularan COVID-19.

5 April 2020 (Ahad)
RM0. Berhati-hati dengan penipuan (scam) atas talian & SMS. Jangan dedahkan maklumat kewangan peribadi kepada pihak yang diragui. Rujuk http://ccid.rmp.gov.my/

7 April 2020 (Selasa)
RM0. Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN TAMBAHAN). Rujuk https://www.pmo.gov.my/2020/04/infografik-pakej-prihatin-pks-tambahan/

8 April 2020 (Rabu)
RM0. Pasar Segar Terkawal dibuka di 97 lokasi di seluruh negara. Rujuk www.agrobazaar.com.my untuk tempahan awal.

11 April 2020 (Sabtu)
RM0. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020. Rakyat diminta bersabar dan patuh arahan kerajaan demi keselamatan diri dan keluarga.

12 April 2020 (Ahad)
RM0. Talian sokongan emosi dan psikososial COVID-19 beroperasi setiap hari, dari 8 pagi - 5 petang. Hubungi 011-63996482, 011-63994236 atau 03-29359935.

13 April 2020 (Isnin)
RM0. Talian Khas Perkhidmatan Kaunseling COVID-19 beroperasi 24 jam setiap hari. Anda boleh hubungi Talian Kasih 15999 atau whatsapp 019-2615999.

14 April 2020 (Selasa)
RM0. KPDNHEP melaksanakan Skim Harga Maksimum bagi mengawal harga barangan keperluan sepanjang tempoh PKP. Whatsapp 0192794317 untuk aduan ketidakpatuhan.

15 April 2020 (Rabu)
RM0. PKP tahap tiga bermula hari ini, 15 April hingga 28 April 2020. Rakyat diminta terus memberikan kerjasama dan patuh arahan PKP.

16 April 2020 (Khamis)

  • RM0. Pertambahan bilangan kenderaan di atas jalan raya menunjukkan tahap ketidakpatuhan arahan PKP meningkat. Mereka yang ingkar akan dikenakan tindakan tegas.
  • RM0. PKP 3 - Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat yang terus bersabar dengan memberikan kerjasama dan terus patuh arahan PKP.

17 April 2020 (Jumaat)
RM0. Syarikat-syarikat yang telah diluluskan kebenaran operasi semasa PKP 1 & PKP 2, masih dibenarkan beroperasi menggunakan kelulusan tersebut sepanjang PKP 3.

19 April 2020 (Ahad)
RM0. Sepanjang tempoh PKP, pergerakan antara negeri tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan kecemasan dan perlu mendapat surat kebenaran PDRM.

20 April 2020 (Isnin)

  • RM0. Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia, mula menunjukkan trend penurunan. Rakyat diminta untuk terus patuh arahan PKP.
  • RM0. Pematuhan rakyat terhadap PKP amat penting dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

21 April 2020 (Selasa)
RM0. Kerajaan memandang serius kes keganasan rumahtangga dan penderaan sepanjang tempoh PKP. Salurkan aduan kepada PDRM atau Talian Kasih 15999.

22 April 2020 (Rabu)

  • RM0. Kerajaan telah melancarkan aplikasi MySejahtera. Daftar di mysejahtera.malaysia.gov.my & bantu tangani COVID-19. Bersama putuskan rantaian jangkitan COVID-19!
  • RM0. Rakyat Malaysia perlu terus patuh arahan PKP. Walaupun kes baharu jangkitan COVID-19 menunjukkan penurunan, jangan terlalu selesa dan abaikan PKP.

23 April 2020 (Khamis)

  • RM0. Kekal di rumah, amalkan jarak sosial yang selamat, jaga kebersihan diri secara optimum dan kerap mencuci tangan dengan sabun.
  • RM0. KPDNHEP dan MOA sentiasa memantau bekalan barangan keperluan dan makanan harian di dalam negara. Secara amnya bekalan mencukupi.

24 April 2020 (Jumaat)
RM0. Orang ramai tidak perlu bimbang kerana bekalan makanan dan keperluan harian dijamin mencukupi bagi menyambut Ramadan.

25 April 2020 (Sabtu)
RM0. Sepanjang Ramadan, operasi pasar awam dilanjutkan dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari, kepada 6 pagi hingga 2 petang.

26 April 2020 (Ahad)
RM0. Pasar Segar Terkawal yang menawarkan barangan segar terpilih tetap beroperasi sepanjang bulan Ramadhan di 144 lokasi. Layari www.agrobazaar.com.my

27 April 2020 (Isnin)

  • RM0. Klinik veterinar swasta dibenar beroperasi dalam tempoh PKP hanya untuk temujanji awal bagi mengelak klinik sesak dan pergerakan secara besar-besaran.
  • RM0. Muat turun aplikasi Gerak Malaysia untuk memohon permit pergerakan dengan menggunakan kod QR bagi kelulusan PDRM semasa PKP.

28 April 2020 (Selasa)
RMO. Aplikasi Gerak Malaysia. Kemas kini permohonan anda. Semak status kelulusan mulai 1 Mei.

29 April 2020 (Rabu)

  • RM0. Bilik Gerakan Penghantaran Pelajar Pulang KPT beroperasi 24 jam setiap hari. Hubungi talian hotline 03–8870 6777/ 6949/ 6628/ 6623/ 6124.
  • RM0. Pergerakan pelajar pulang telah bermula Isnin, 27 April 2020. Semua diminta patuh Prosedur Operasi Standard (SOP). Rujuk www.mohe.gov.my untuk semak SOP.

30 April 2020 (Khamis)

  • RM0. PKP 4 - Amalkan norma budaya kehidupan baharu. Kekalkan jarak sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter dan elakkan perkumpulan beramai-ramai.
  • RM0. PKP 4 - Amalkan norma budaya kehidupan baharu. Kerap mencuci tangan dengan sabun atau gunakan cecair pembasmi kuman.
  • RM0. PKP 4 - Amalkan norma kehidupan baharu - Gunakan penutup hidung dan mulut jika keluar rumah terutama bagi mereka yang tidak sihat dan berisiko tinggi.


#KisahKita: ...

Thursday, May 7, 2020

Tiada caj tambahan atas bayaran ansuran perjanjian sewa beli (konvensional dan syariah)


DAY 51 (7 Mei 2020 - Khamis)
Hari keempat belas Ramadan
Sekali lagi lemang raya dibuat untuk mereka yang menginginkannya. Kali ni 40 batang lemang dimasak + rendang ayam.

#LemangRaya2020

Kali ni, tiap kali ku ambil gambar hidangan berbuka puasa hanyalah untuk simpanan sendiri. Aku takut ada dikalangan keluarga aku terasa atau terliur, lebih-lebih mak aku sendiri. Dahlah jauh nun di Selatan.. 😟


Selingan:

Melalui kenyataan media daripada YB Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan Malaysia telah mencapai kata sepakat dengan industri perbankan berhubung perkara 'Tiada caj tambahan atas bayaran ansuran perjanjian sewa beli (konvensional dan syariah)'.

Persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (komvensional dan syariah) sepanjang tempoh pembiayaan tersebut.

Ini juga bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium (penangguhan).

Sehubungan itu, peminjam akan perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma-terma perjanjian dengan bank masing-masing, termasuk tambahan enam bulan bagi keseluruhan jadual pembayaran jika memilih untuk memanfaatkan moratorium tersebut. Maklumat lanjut boleh didapati daripada bank masing-masing.

Kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini.

Kenyataan Media
6 Mei 2020

Dengan keputusan daripada Kementerian Kewangan dan industri perbankan berkenaan perkara tersebut, dapatlah rakyat bernafas dengan lega terutamanya buat Mak Kiah dan Pak Salleh. Alhamdulillah (dalam lenggok gaya Tok Adi, Tanah Kubur).

#KisahKita: Selamat Hari Wesak..


Wednesday, May 6, 2020

Pesanan MKN bagi bulan MAC 2020


DAY 50 (06 Mei 2020 - Rabu)
Hari ketiga belas Ramadan
Simpan sini sebagai kenangan..

RMO (BULAN MAC 2020)
Mesej yang digunakan oleh Kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. RM0 dari awal ada di SINI..


28 Mac 2020 (Sabtu)
RM0: KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas jika terdapat peniaga yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan 2011.

29 Mac 2020 (Ahad)
RM0: KPDNHEP menjamin bekalan makanan untuk rakyat di negara ini adalah mencukupi. Berbelanjalah mengikut keperluan dan jaga jarak sosial ketika membeli.

30 Mac 2020 (Isnin)
RM0: PERINGATAN Hentikan penyebaran berita palsu atau anda akan berdepan tindakan tegas daripada PDRM dan MCMC. Rujuk www.sebenarnya.my

31 Mac 2020 (Selasa)
RM0: TERIMA KASIH FRONTLINERS NEGARA. Pengorbanan semua petugas barisan hadapan dalam memerangi COVID-19 amat dihargai.

#KisahKita: ...

Tuesday, May 5, 2020

Lemang pre Raya #Raya2020


DAY 49 (5 Mei 2020 - Selasa)
Hari kedua belas Ramadan

Awalnya begini:
En. Hubby bagi hint melalui gambar ni. Aku ok je sebab yang nak buat bukan aku.. 🤣☺
Lemang Raya #2020
Adakah berjaya direalisasikan?

Tengahari tadi:
Rendang Ayam dah siap.
Lemang pre Raya in the making.
#Raya2020

Rendang Ayam

Banyak jasa alat pembakar ni, bertahun telah digunakan setiap kali menjelang raya.

Biskut raya tidak diketepikan 🤩

Hasilnya:
Sangat mengujakan seolah-oleh esok nak raya pulak dibuatnya.. 🤦‍♀


Selingan:
Empat hari sudah aku menahan sakit pada ibu jari tangan kiri aku. Tak boleh nak genggam seperti biasa. Nak menulis menaip pun susah, keras + kebas rasanya.. 😭😭😭

#KisahKita: Kita buka order untuk raya..

Monday, May 4, 2020

Cepat serasi dengan PKP


DAY 48 (4 Mei 2020 - Isnin)
Hari kesebelas Ramadan
Bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Kisah semalam:
MySIL minta en. Hubby masak menu berbuka untuk disedekahkan kepada jiran setaman.

Jauh perjalanan? 🤔
Tak rentas daerah pun cuma rentas jalan dalam kampung je. Andai aku diarahkan kembali bertugas, itu baru kena rentas daerah/negeri yang menjangkau 60 km jauhnya tapi untuk yang ini, masih dalam radius 10km. Itupun mendebarkan sepanjang perjalanan yang tak jauh mana tu.

Menu berbuka
 Nasi minyak + Ayam Masak Merah

Aku banyak mengelat dari membantu 😅 sebab ada tiga anak dara membantu en. Hubby. Anak-anak dah besar, mudahlah nak minta bantuan. 

Dari jiran setaman..
 Kuih Nona Manis dan kuih Peria

Kuih ketayap dan kuih seri muka yang dibuat dengan penuh kasih sayang oleh kakak sepupu en. Hubby.


Selingan:
Rutin harian aku masih belum berubah. Hanya ketua keluarga yang keluar setiap hari. Aku tak dapat keluar rumah pun takpe, mungkin sebab aku tak suka bersosial, itu yang PKP ni cepat serasi dengan diri aku.

#KisahKita: ...

Sunday, May 3, 2020

Pengurusan Tertinggi di tempat kerja


DAY 47 (3 Mei 2020 - Ahad)
Hari kesepuluh Ramadan
Kisah di SINI adalah dirujuk.

Memetik kata-kata Pengurusan Tertinggi tempat kerja aku:
'Memandangkan ramai yang tertanya-tanya berkaitan keperluan untuk bertugas di pejabat mulai esok, adalah dimaklumkan bahawa Pengurusan Tertinggi telah memutuskan supaya tuan/puan terus kekal *Work From Home (WFH)* sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Ini bagi membolehkan kami membangunkan SOP dan kaedah yang terbaik demi menjaga kesihatan dan kebajikan semua kakitangan dan keluarga tersayang'.

Alhamdulillah..
Sedikit lega dengan keputusan yang dibuat.

Selingan:
Ingatlah.. Walau telah diberi sedikit kelonggaran 'bersyarat' tetapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berjalan seperti biasa.

#KisahKita: ... 

Saturday, May 2, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)


DAY 46 (2 Mei 2020 - Sabtu)
Hari kesembilan Ramadan

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dari 18 Mac 2020 lepas, ramai yang terkesan + terjejas terutama dari segi sumber pendapatan. Semua sedia maklum tentang itu.

La ni..
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula akan dimulakan mulai 4 Mei 2020 (Isnin) di mana hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti akan dibenarkan beroperasi tertakhluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti di SINI..

Lepas ni..
Fasa ke empat PKP ni belum habis lagi. Tak guna kalau keselamatan + kesihatan tidak dijaga dengan baik. Pelbagai kemungkinan akan berlaku.

Sementara itu..
Berdebar-debar menunggu pihak atasan tempat kerja aku membuat keputusan untuk menentukan siapa yang akan hadir bertugas nanti. Jauh disudut hati aku tak nak tapi kalau dah arahan tiada siapa yang boleh pertikaikan.

#KisahKita: ...

Friday, May 1, 2020

Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja


DAY 45 (1 Mei 2020-Jumaat)
Hari kelapan Ramadan
Selamat Hari Pekerja

Teks Perutusan Khas dari Perdana Menteri Malaysia sempena Hari Pekerja. 1 Mei 2020.

Sempena Hari Pekerja

'Kerajaan telah memutuskan untuk membuka semula sektor-sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan SOP kesihatan yang ketat'. SOP pembukaan semula sektor ekonomi boleh dirujuk di SINI.

Bermula 4 Mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakhluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.


Bersediakah Aku?
Jujurnya aku tak bersedia tapi aku tahu lambat-laun aku pasti akan kembali bekerja. Walau COVID-19 belum berakhir tetapi bila arahan dikeluarkan oleh tempat kerja aku, maka aku wajib hadir bertugas.

Fikir yang baik-baik jelah..

#KisahKita: ...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...