Followers Remaja Purba

Friday, June 17, 2011

Lupakah aku..?

Macam mana aku boleh lupa yang Isnin ni aku cuti - urusan di Klinik Surgeri, PPUM.. Kalau sebelum ni tak payah guna GL tapi hari Selasa hari tu akak kat kaunter tu suruh aku bawak GL.. aik..? Sebelum ni ok je tak guna GL siap check dalam sistem lagi aku kerja gomen ke tak..

Takpelah.. pasal GL ok clear, aku dah dapat dari HR bersekali dengan maklumat untuk hari Rabu ni nanti.. apa lagi ni.. sabarlah buat masa ni tak boleh cerita lagi sebab aku sendiri tak prepare apa-apa untuk hari Rabu ni.. Moga hubby dapat temankan aku sebab aku tak tahu tempat tu kat mana.. area K.L aku fail.. guna GPS pun belum tentu aku boleh sampai dengan jayanya..

Dalam pada tu aku berusaha untuk siapkan kerja yang ada, walaupun tak banyak tapi aku tak naklah menyusahkan orang lain dan tak sedaplah kalau ada yang mengungkit.. ada ke..? Sudahnya aku mintak tolong Noorul untuk touch up sikit lagi Isnin ni.. Aku tak boleh balik lambat.. hadap jalan sesak tu biasa tapi sebab aku tak nak kakak tunggu lama kat sekolah..

Akhirnya aku selamat sampai kat rumah.. sempatlah buatkan kakak bubur nasi bersama ikan bilis goreng bawang.. dak adik makan nugget.. aku makan lagi.. kerap makan kebelakangan ni, sedar berat dah bertambah tapi mulut ni takde disiplin dengar cakap tekak tak nak dengar cakap otak.. alahai.. apa pun tak bolehlah..

La ni, anak-anak main kat depan rumah, bijak tak aku.. nak hadap lappy aku bagi dorang keluar.. bijak.. bijak.. ibu sapelah ni..


psstt: Aku nak tukar header lah.. nak try and error, kalau ok, aku guna sampai aku rasa nak tukar lain pulak.. sape buat.. nanti.. tunggu..

6 comments:

  1. kalau aku jadi anak-anak kau, boleh je main kat depan rumah tapi pakai laptop yang ibu dia selalu pakai..

    lawa header baru kau

    ReplyDelete
  2. Faris:
    dorang kalau dapat keluar taknak masuk.. Selagi larat nak main.. Yang untung ibunyalah tapi dapat guna lappy sekejap je pun sebab ada yang tumpang layan lappy aku.. Camne nak puas.. Sudahnya aku suruh dorang masuk layan Maharaja Lawak..

    Header aku lawa.. Hikhikhik.. Terima kasih.. Tq.. Ter ter gedik lak kejap..

    ReplyDelete
  3. kakak....ada apa kat Klinik Surgeri?? sapo yang sakit??

    ReplyDelete
  4. Tengku Ruffie Zieclair:
    Ooo.. Bawa dak adik, ada appointment kat sana.. Takde sakit apa pun, bawa dia sebab dr. nak tengok perkembangan tapak tangan dia..

    ReplyDelete
  5. cantik header ko nyahhhh
    meh buat akak boleh...lalalala

    ReplyDelete
  6. risa:
    hehehe.. Ni pun orang buatkan kak..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...