Followers Remaja Purba

Tuesday, June 7, 2011

'Cikgu Sekolah'

Selain dari jawatan hakiki aku sekarang, kerjaya aku dah semakin berkembang.. Aku dah jadi cikgu sejak 3 tahun lepas.. Subjek yang aku cover tahun ni untuk darjah Satu.. Wah!Kau.. Kelas sekarang.. Dah mengajar jadi cikgu pulak tu..

Korang jangan tak tahu sejak dak kakak dah sekolah ni, tugas aku semakin mencabar, nampaknya aku pun kena study sama.. Dah lama aku tinggalkan alam sekolah walaupun sekarang aku masih belajar ekonomi rumahtangga tapi subjek yang anak aku ambil tak sama.. :)

Dipendekkan cerita, aku pun sedang berusaha menajamkan skill sejak jadi cikgu ni.. Sekurang-kurangnya aku masih mampu ajar dak kakak.. Bab mengajar pulak aku bahagikan dengan hubby, kalau hujung minggu hubby akan ajar Matematik sebab dorang ni pandai Maths, aku fail.. Subjek Seni pun hubby boleh diharapkan untuk membantu.. Aku..? Tak minat..


Tadi dah penat buat kerja sekolah dan seperti yang dijanjikan, anak-anak merengek nak main kat luar.. Mentang-mentanglah cuti sekolah.. Tapi terima kasih anak-anakku, ibu dapat rehat sekejap.. DAN la ni aku dengar dorang tengah belajar kat rumah atuk sedara <--- anak jiran pun turut serta mengeja dan mengira.. Baguskan dorang ni.. Maklumlah Taman aku ni tak ramai mana.. Jadi kiri kanan depan belakang dah macam saudara sendiri.. Selain family jiran adalah yang paling dekat dengan kita.. Ok.. Off topic..


psstt: Kini aku sedar macam mana susah nak uruskan anak-anak selain rumah tanpa tangga aku.. Moga semuanya berjalan dengan lancar..

18 comments:

Anonymous said...

Huhhuu betul, saya pun tak terer maths. Hubby yg ajar amirul. Dan mungkin teknik dia mnagajar lagi cepat faham. Tapi saya SUKA arts and crafts. Hhhuuu siap buat crafts kat rumah on weekends.bila dapat homework arts, saya yang over. Bleh?hehhehe

d'HeLL said...

Selamat Pagi Cekgu.. :D

aizamia3 said...

Cik A:
Bila kita pandai sesuatu tu mesti kita yang terlebih excited.. kan..

aizamia3 said...

d'HeLL:
ye.. Selamat pagi.. Hikhikhik..

gedek! said...

uncle tak boleh jadi cikgu...

uncle bukan penyabar...!

aizamia3 said...

gedek!:
hahaha.. samalah uncle.. ai pun mana reti sabar tepi kena jugak usaha sabarkan diri time jadi cikgu dak kakak..

Mommy Fara said...

masa anak leka bermain sbnrnya masa utk kita berehat kan? hikhikhikhik! anak kecik g tp menunggu ms utk jadik cikgu pd subjek mencabar. skg nie cume jdk cikgu tadika je. bacakan buku cite kat anak. hikhikhikhik!

aizamia3 said...

Mommy Fara:
Selangkah dorang melangkah, kita dah kena dua langkah di hadapan..

アヌム ちゃん said...

bdk darjah 1 ok kot kan..dgr je ckp cikgu..hee

Nini Hartini said...

kite geng lah kak. haha...SPM math tini lulus tapi tak credit pun. kehkehkeh....tu satu subject kantoi. hoho...ambil julai paper pun still x credit. tak tau lah kenapa. hahaha...malu jek.

tapi memang jadi makni kita kena pandai serba serbi kan? mak skrg mmg kne byk ilmu sbb anak2 skrg terlebih bijaknya.

Fitri Senin said...

Hai..salam kenal..
saya pun kena buat gak cam awak..belaja balik..xkn bila ank tanya soklan xreti nak jawab kan..???malu...terus tutup muka lari masuk bilik

Encik Suami said...

eloklah tue.anak nak main kat luar..ibunye pun join sama.tapi yg pelikkan? awat ibunye yg over main kat luar dari anaknye ek?

jemput terjah new entry (>.<) Misi Mencari Limau Purut Jantan (>.<)

aizamia3 said...

frometoyou:
tak tauler nak cakap.. ada yang dengar kata, ada yang tidak.. macam dak kakak.. tengah2.. tapi pernah sekali ai terjah sekolah, dia leka borak.. 'cikgu pun tak garang macam kakak tadika dulu..' (merujuk kepada cikgu yang sedang mengajar masa tu) itu dia cakaplah.. huhuhu...

aizamia3 said...

Nini:
Betul2.. budak-budak sekarang memang lagi avance.. dengan iphone, ipad, lappy lagi, tu belum masuk hp lagi.. huhuhu..

aizamia3 said...

Fitri Senin:
Dulu habis belajar tak heran dah tapi nampaknya kena timba balik ilmu yang dah jauh ai tinggalkan tu..

aizamia3 said...

En. Suami:
hikhikhik.. bukan apa.. kat luar je boleh on9.. dalam rumah macam siput..

risa said...

eh dear...ada anon eh..tp komen bebaik je takpe...hehehe
akak pernah mengajar dalam tempih dua tahun..tapi takleh lah tak kena ngan jiwa ai yang garang nak mam*** neh...lalalala

aizamia3 said...

risa:
a'ah cik anon yang baik hati..
hikhikhik.. ai ajar anak kat umah je kak.. jadi cikgu pada anak.. kalau ai jadi cikgu kat sekolah confirm akan jadi cikgu paling garang antara yang garang..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...