Sunday, May 31, 2026

S.W.A.T | Melayan Episode Demi Episode


31 Mei 2026 - Ahad [14 Zulhijjah 1447H]

Alhamdulillah..
Hujan lebat membasahi bumi pagi tadi membawa sedikit rasa lega selepas beberapa hari berdepan cuaca panas yang membahang. Walaupun seketika, ia berjaya mengurangkan bahang panas di dalam rumah.

Tengah hari..
Masih lagi mendung di luar sana. Aku pula tersandar kekenyangan selepas menikmati makan tengah hari yang ringkas — nasi putih, sambal sotong dan sup sayur. Ditambah pula dengan secawan kopi O panas yang jarang-jarang sekali aku minum ketika makan. Apa pun, Alhamdulillah.. rezeki hari ini sederhana tapi cukup mengenyangkan.

Sekarang..?
Masa untuk merehatkan badan sambil menyambung menonton drama kegemaran S.W.A.Tsebuah drama yang bersiaran dari tahun 2017 hingga 2025. Hanya kerana salah satu watak di dalam team tersebut, buatkan ada satu entry tentangnya di [SINI].

Ada lapan musim keseluruhannya dan yang pastinya waktu itu aku tak habis tonton pun tayangannya di Astro kerana aku telah putuskan hubungan dengan Astro. Kini, bila kembali ditayangkan tapi di saluran Netflix, nampaknya aku dah boleh mula 'merantau' ke barat selepas lama berada di China.

Segala kerja rumah sudah siap dibereskan, jadi bolehlah aku menikmati waktu rehat dengan tenang, santai tanpa perlu tergesa-gesa. Nikmati saja setiap episod dan setiap waktu rehat yang ada.

#RemajaPurba: ..

Saturday, May 30, 2026

Bukan Menyendiri cuma Menikmati Sunyi


Rasa bahagia walaupun seharian cuma duduk di rumah? Tak keluar ke mana-mana, tak berjumpa dengan sesiapa pun — tapi tetap rasa tenang, selesa dan baik-baik je?


Aku..?
Nak keluar rumah pun kadang-kadang kena buat 'mesyuarat dalaman' dulu. Fikir banyak kali — betul ke perlu keluar ni? Semuanya bergantung pada tahap kecemasan dan keperluan juga.

Hidup dalam hiruk-pikuk dekat luar memang cepat buat bateri sosial habis. Bila dapat cuti, nikmat yang sebenar bukanlah berjalan ke sana sini tapi dapat duduk rumah diam-diam, layan hal sendiri dan menikmati ketenangan tanpa gangguan. Secara tak langsung boleh menyumbang kepada pengurangan penggunaan bahan api dan mengurangkan kesesakan jalan raya. Duduk rumah, jimat minyak, kurang stress.

Setiap orang ada cara masing-masing untuk mengecas semula tenaga.
Ada yang bahagia dengan aktiviti di luar, ada yang cukup gembira dengan ketenangan di rumah.
Selagi hati tenang itu sudah memadai.

#RemajaPurba: ..

Friday, May 29, 2026

Mode Kerja | Vibes Tenang


29 Mei 2026 - Jumaat (12 Zulhijjah 1447H)

Pagi..
Tenang memandu ke tempat kerja. Perjalanan pun terasa smooth tanpa berhadapan dengan kesesakan jalan raya. Saat ramai masih menikmati cuti, aku pula sudah kembali ke tempat kerja.

Di tempat kerja pula, cuma ada beberapa orang yang masuk bekerja hari ni. Kedudukan meja masing-masing pun jauh hujung ke hujung, jadi memang terasa sunyi, tapi oklah juga daripada kena kerja seorang diri sampai meremang bulu roma dibuatnya. Sekurang-kurangnya masih ada nampak muka rakan sekerja, jadi takdelah seram sangat sampai nak pergi tandas pun kena fikir dua tiga kali.


Tengah hari..
Bila dah mula fokus dengan kerja, langsung tak sedar jam telah menuju puncak. Memandangkan aku cuma kerja half day hari ni, jadi lepas berehat sekejap barulah bergerak pulang — sekadar nak bagi badan rileks dan elakkan microsleep ketika memandu dalam cuaca panas terik. Panas mentari tengah hari memang boleh buat mata aku cepat layu kalau terus paksa diri memandu jauh.


Petang..
Kebetulan en. Hubby cuti hari ni, jadi aku ajak beliau dan anak-anak makan di luar. Sempat juga kami singgah membeli barang mentah buat stok beberapa hari. Senang hati bila peti sejuk dah penuh sikit, tak perlu nak keluar banyak kali untuk membeli.

Tak sedar, rupanya dah pukul 5 petang — waktu biasa orang mula balik kerja tapi mungkin sebab ramai masih bercuti, jalan raya hari ni tak sesak macam selalu. Tenang je en. Hubby memandu balik rumah sambil melayan gelak tawa anak-anak.


Malam..
Berehat di rumah sambil layan drama lagi.


Aku..?
Ada hari yang tak perlukan sesuatu luar biasa pun untuk rasa bahagia. Cukup semuanya berjalan dengan baik dan orang tersayang ada di sisi.

#RemajaPurba: Dulu cari keseronokan, sekarang lebih menghargai ketenangan.
 

Thursday, May 28, 2026

Novel | Thariq Ridzuwan Commando's: His Treasure


Novel | Thariq Ridzuwan Commando's: His Treasure
[He's belong to his Treasure]

Thariq Ridzuwan:
Seorang tentera di bawah unit khas, berpangkat leftenan. Sentiasa tenang dan positif dalam menghadapi semua masalah. Siapa sangka, di sebalik wajah tenang seorang Thariq Ridzuwan, terselit seribu penyesalan dan rasa bersalah kepada seseorang.

Husniya Radwa:
Gadis dingin dan kasar. Dia juga suka memberontak dan keras kepala. Sebagai salah seorang penghidap anxiety dan depression, hidupnya tidak mudah. Di saat orang lain mendapat sokongan keluarga, dia hanya mampu menumpang kasih seorang sahabat. Kehadiran Thariq Ridzuwan ke dalam hidupnya semula setelah lima tahun berpisah membuatkan dia makin bercelaru. Jiwanya makin tidak tenang.

'I wish I could tell someone the whole story of why I am the way A am?' - Husniya Radwa.

Tidak mudah nenjalani hidup apabila dirinya sentiasa dipandang serong oleh orang sekelilimg kerana sikap dinginnya.

'Marry me, Husniya. Let me take care of you. I can’t promise to fix all your problem. But I can promise you won’t face them all alone'. - Thariq Ridzuwan.

Perkahwinan yang dibina sentiasa ditimpa dugaan dari orang sekeliling. Thariq Ridzuwan dengan sikap tenangnya namun menyimpan satu rahsia besar. Husniya Radwa dengan penyakitnya dan seniasa hilang kawalan. Campur tangan keluarga di dalam rumah tangga mereka merumitkan lagi keadaan.

Mampukah Thariq Ridzuwan melindungi isterinya daripada orang yang ingin menjatuhkan wanita itu? Dapatkah dia mempertahankan perkahwinan mereka? Atau ia akan berakhir di pertengahan jalan.

Drama adaptasi dari novel ini di [SINI]

Reward untuk diri sendiri

Aku siap beli versi hardcover dan yang menarik dalam versi hardcover ada tambahan bab baru.


Thariq Ridzuwan Commando's: His Treasure



Lagu Tema: PRamlee & Saloma by ALPHA


Dari sudut pandangan aku:
Drama yang diadaptasi daripada novel karya Huda Najwa ini memang tak sepenuhnya mengikut susur galur asal novel tersebut. Ada beberapa bahagian yang diubah dan disesuaikan untuk versi drama tapi masih boleh dinikmati dengan cara tersendiri. Bak kata Thalia, 'Nasib Radwa comel'.. dan memang tak boleh dinafikan Female Lead, Qarina, yang cute itu berjaya menarik perhatian. Ditambah pula dengan Male Lead, Merqeen yang tinggi lampai dan ada aura tersendiri, memang kombinasi mereka berdua jadi antara sebab drama ni seronok untuk ditonton.

Kadang.. tak cari cerita yang sempurna pun, cukup kalau cerita tu berjaya buat hati rasa seronok menonton.

#RemajaPurba: ..

LEGEND OF THE FEMALE GENERAL - CDrama (2025)

 
Layan lagi drama Cina bergenre historical. Kali ni berjaya juga aku menghabiskan 36 episod drama Legend of The Female General di saluran iQIYI. Kalau dalam drama Pursuit of Jade male leadnya Zhang Linghe dan dalam Youthful Glory pula menampilkan Song Wei Long sebagai male lead di [SINI], kali ni giliran Zhou Ye pula mencuri perhatian sebagai Female Lead dalam drama ni.

Banyak elemen yang ada dalam drama ini:
  • Perjuangan mempertahankan maruah diri.
  • Penyalahgunaan kuasa, politik istana, pengkhianatan, peperangan.
  • Konflik keluarga, arrange marriage turut menambah lagi tarikan cerita.
  • Undang-undang, huru-hara dan kekacauan turut diselitkan.



SINOPSIS:
Kisah He Yan yang dipaksa memakai topeng dari kecil dan menyamar sebagai anak lelaki sulung keluarga mereka. Bertekad untuk melarikan diri daripada takdir yang ditentukan keluarganya, He Yan meninggalkan Akademi Xianchang dan memilih jalan ke medan perang.

Selepas beberapa tahun, He Yan kembali tapi kepulangannya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila keluarganya sendiri mengkhianatinya selepas kemunculan semula He Ru Fei yang sebenar. Sekali lagi He Yan menyamar sebagai lelaki untuk menyertai tentera di Yezhou, dengan satu tekad — merampas kembali segala yang pernah menjadi kepunyaannya.

Di Yezhou, He Yan dipertemukan dengan Xiao Jue tapi Xiao Jue mula mencurigai He Yan dan beliau sering mengujinya. Walaupun sentiasa disyaki, He Yan tetap bertahan di sisi Xiao Jue dan membuktikan kemampuannya sehingga menjadi askar terbaik dalam pasukan pertahanan Yezhou. Mereka bersama-sama menghadapi hidup dan mati. Sedikit demi sedikit, hubungan mereka berubah apabila kedua-duanya mula memahami perasaan sebenar yang terpendam di hati masing-masing.



Yezhou Garrison recruit

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
  
[Main Role | code name]:
Ryan Cheng — Xiao Jue / Xiao Huai Jin / General Feng Yun
Zhou Ye — He Yan / He Ru Fei / General Fei Hong

[Support Role | code name]:
Zhang Kang Le — Chu Zhao / Zi Lun (Jing Fu's disciple)
Zhang Miao YiSong Tao Tao (Li Su's Fiancee)
Bai ShuHe Ru Fei (He Yan's elder stepbrother)
Li QingCheng Li Su (Xiao's Jue's nephew)
Miao Wei LunFei Nu (Xiao Jue's guard)
Wu HaoMai (Yezhou Garrison recruit)
Liu JunJiang Jiao (Yezhou Garrison recruit)
Fan Lin FengHuang Xiong (Yezhou Garrison recruit)
Zhang Yi LongWang Ba / King Ba (Yezhou Garrison recruit)
[sebahagian watak dari keseluruhan dalam drama ini]


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
  
Trailer | Legend of The Female General
di [SINI]


Aku..?
Drama ni ada kekuatan tersendiri yang buat aku enjoy sepanjang menonton. Pace ceritanya agak konsisten dengan pelbagai konflik yang datang. Chemistry antara watak utama pun ok, tambah pula dengan male leadnya jenis 'cold face' — tanpa banyak ekspresi tapi berjaya buat wataknya nampak menarik dan ada aura tersendiri.


Mereka tak tahu He Yan sebenarnya perempuan?
Watak He Yan dibesarkan dengan identiti lelaki sejak kecil. Jadi cara bercakap, berpakaian dan gerak-gerinya memang dah dilatih supaya nampak meyakinkan. Dalam drama historical, logik kadang kalah dengan plot tapi itulah yang buat aku tengok sampai habis.

#RemajaPurba: Sumber gambar dan video dan en. Google.

Wednesday, May 27, 2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha


27 Mei 2026 - Rabu [10 Zulhijjah 1447H]

Aidiladha..
Ketika en. Hubby kerja, aku dan anak-anak hanya berada di rumah. Walaupun tak ke mana-mana, suasana tetap rasa tenang dengan gelak tawa anak-anak di sisi.

Menu Raya — rendang ayam, nasi impit dan lemang yang telah siap dimasak malam tadi.

Ketupat mini

Rendang Ayam
Dalam tong drum hijau, en. Hubby bakar lemang

Kisah awal dari [SINI]

Selamat Menjamu Selera


Semoga hari yang penuh keberkatan ini diraikan dengan hati yang lapang, senyuman yang ikhlas dan kasih sayang yang semakin erat sesama keluarga. Tidak kira di mana kita berada — di kampung, di perantauan atau sekadar bersederhana di rumah — semoga setiap moment yang tercipta hari ini membawa ketenangan dan kebahagiaan.

Selamat menyambut Aidiladha buat semua.

#RemajaPurba: Semoga yang baik-baik sentiasa mengiringi langkah..

Tuesday, May 26, 2026

Sehari Sebelum Raya | Simple dan Tenang


26 Mei 2026 - Selasa [9 Zulhijjah 1447H]

Esok raya.
Mood rayasederhana. Tak ada plan tapi tetap akan menyambutnya bersama keluarga. Kadang-kadang, raya yang paling tenang itulah yang paling memberi makna.

Menu raya?
Cadangan menurendang ayam, nasi impit dan lemang yang akan dimasak oleh en. Hubby. Aku cuma tukang request je, anak-anak yang jadi pembantu.

Pulut

Buluh

Lemang yang hampir siap

Lemang yang dah siap dimasak dan dah ada yang tempah


Balik kampung..?
Aidiladha kali ni kami beraya di sini je sebab en. Hubby tak dapat bercuti. Sedih tu memang ada, tambah lagi bila tak dapat balik ke kampung sendiri.

Esok..?
Just go with the flow.

At the end of the day, raya tetap raya. Walau plan tak menjadi sepenuhnya, yang penting mood kena cantik dan hati jangan overthinking sangat.

#RemajaPurba: ..

Sunday, May 24, 2026

Thariq Ridzuwan: His Treasure - Drama Melayu (2025)


Ini drama Melayu pertama yang aku review seteruk ini.

Mana tak teruknya, emosi aku rasa macam turut sama 'berada di lokasi' sepanjang tengok drama ni. Lagi buat aku makin terikat ialah gabungan Male Lead [Meerqeen] dan Female Lead [Qasrina Karim] bersama Holy Dragon. Brotherhood mereka memang kuat — susah senang hadap sama-sama. Ibarat 'one for all, all for one'. Bila seorang terluka, yang lain pun turut terasa sakitnya.

Keseluruhannya ada enam belas episod, setiap episod datang dengan emosi yang berbeza. Sampai ada masa aku rasa macam kena makan ubat penenang pulak sebab terlalu hanyut dengan jalan cerita dia. Berat betul watak ML dan FL dalam drama ni. Emosi yang diperlukan untuk hidupkan setiap babak tu bukan sikit dan kedua-duanya memang berjaya buat watak mereka terasa hidup. Melekat teruk aku dengan drama ni. Sometimes a character feels so real that you wish you could step into their world, even just for a moment.

Selain jalan cerita dan watak-watak dalam drama tu, OST drama ni pun menarik dan paling aku suka — 'PRamlee & Saloma by Alpha'. Lagu tu sendiri dah cukup kuat untuk tambahkan lagi rasa emosi dalam setiap scene.


SINOPSIS:
Berdasarkan Thariq Ridzuwan Commando's: His Treasure karya Huda Najwa
Thariq, seorang ejen elit, sanggup mempertaruhkan segalanya demi menyelamatkan Radwa, bekas kekasihnya yang dipaksa berkahwin oleh ibunya sendiri. Mereka akhirnya bersatu namun hubungan mereka diuji dengan cemburu, trauma silam, tekanan keluarga dan tragedi yang hampir meragut segalanya. Saat Radwa disahkan hamil, harapan kembali menyinar tetapi kemunculan lelaki misteri dari masa lalunya sekali lagi menguji cinta mereka. Dalam perjuangan melawan masa silam dan ancaman baharu, Thariq dan Radwa berpegang pada cinta demi melindungi keluarga mereka



episode 2:
'Otak kata jangan, hati kata silakan. Iman kata jodoh depan mata, cepat-cepat halalkan'.
Thariq


episode 3:
'Nama cantik dah, perangai tu hodoh sikit. Belajar adab dengan siapa? Dengan Syaitan?'.
Thariq


episode 11:
'Biar sakit berjaya, jangan sihat berdosa'.
Haider

'Demonio'.
Adrean


episode 12:
'Agak-agak macam ni ye rupa iblis bila jadi manusia. Hodoh sangat, sakit mata aku'.
Daniel

'Mak saya cakap, kalau mulut tu banyak sangat biadap, takut bisu terus'.
Adrean

'Never be controlled by your money, your past and people. Put your trust in Allah'.
Thariq


episode 16:
'Takdir hidup kita datang dengan pilihan. Redha'.
Thariq


Boleh tonton di Netflix
'Marry me, Husniya. Let me take care of you.
I can’t promise to fix all your problem. But I can promise you won’t face them all alone'.
Thariq Ridzuwan


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
[Main Role | code name]:
MeerqeenThariq Ridzuwan (Holy Dragon)
Qasrina KarimHusniya Radwa

[Support Role | code name]:
Evertts GomesFarez
Noki K-CliqueTengku Adrean Ruiz (Holy Dragon)
Afiq HamidonTengku Daniel Louis (Holy Dragon)
Darien AeldraIr Haider (Holy Dragon)
Edaman OthmanMegat Hafiz (Holy Dragon)
Thompson GohKevin Kyle (Holy Dragon)
Nasuha SulaimanThalia
Ezlisa LoyDahlia
[sebahagian watak dari keseluruhan dalam drama ini]


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Lagu Tema (OST)
P Ramlee SalomaALPHA
AlangkahHael Husaini
Missing UDayang Nurfaizah | Faizal Tahir | Tuju | Yonnyboii

 
ALPHAP Ramlee Saloma (Official Visualizer for OST Thariq Ridzuwan: His Treasure)
OST Drama di [SINI]

[Lagu ni jugalah yang menemani perjalanan pergi dan balik kerja, selain dari ost Pursuit of Jade]


AlangkahHael Husaini
di [SINI]


Missing UDayang Nurfaizah | Faizal Tahir | Tuju | Yonnyboii
di [SINI]


sumber gambar dan video dan en. Google

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
[NOVEL: Thariq Ridzuwan Commando's: His Treasure]

Novel karya: Huda Najwa

Kamu.. adalah nadiku. degupan jantungku hanya untuk kamu, tutur dan batinku lebih ikhlas bila aku cinta kamu.

#RemajaPurba: 

Saturday, May 23, 2026

Prompt Untuk Wallpaper Handphone by Gemini Ai

 
24 Mei 2026 - Ahad [7 Zulhijjah 1447H]

Tak perlu sempurna untuk mula menulis. Kadang-kadang, idea untuk menulis datang daripada perkara paling sederhana — sekadar singgah, membaca dan tertarik untuk mencuba. Bila mula blogwalking, sampailah aku singgah di blog Kak Mim dan tertarik dengan satu entry ni. Bila tengok orang lain mencuba, aku pun nak cuba juga. Saja nak tengok macam mana hasilnya nanti.

Ini bukan segmen atau tag rasmi pun — cuma suka-suka saja. Kalau ada yang berminat, jomlah layan sama-sama.

Prompt | Cara generate gambar dari Gemini:
  • Log in Gmail & Gemini
  • Pilih 'Create Image'
  • Paste prompt dari [SINI]
  • Muatnaik gambar korang
  • Jana imej
  • Save

Hasil ujikaji pertamatak betul
Patut muka dak Adik monyok sebab tiba-tiba ada sorang adik lelaki


Hasil ujikaji keduabarulah betul
 Ini barulah betul
- dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha -
Nampak #PerasanSlim Mak Budak tapi itu cuma ilusi semata.
Pandai Gemini Ai beli jiwa Mak Budak.


Kadang idea tak datang bila dicari tapi muncul sendiri bila kita sedang santai menikmati tulisan orang lain.

#RemajaPurba: Kadang kita mula sekadar mencuba..

Simple Weekend | Simple Happiness


23 Mei 2026 - Sabtu [6 Zulhijjah 1447H] 

Hujung minggu begini..
En. Hubby kena masuk kerja untuk gantikan seorang lagi staff yang bercuti. Jadi, plan asal nak ke pasar tani di daerah sana memang tak kesampaian. Maka, bertukarlah rancangan kami hari ini.

Pagi tadi..
Ditemani dak Kakak dan dak Nuha, kami ke pasar raya membeli sedikit stok bahan dapur. Ringkas saja — pilih, bayar dan balik. Hari ni, Mak Budak yang akan masak untuk makan tengah hari.


Bila teringin nak keluar berjalan-jalan, anak nombor dua bersuara..
'Ibu, tak payah keluarlah, nanti duit habis'. Terus terbantut hasrat nak keluar melihat dunia.


Bukan semua hujung minggu perlukan jalan-jalan 

Kadang-kadang.. cukup dengan rehat dan ketawa anak-anak dan kadang-kadang.. hari yang paling tenang datang daripada rancangan yang tak menjadi.


Oklah.. Jom berehat sambil layan drama.
Happy weekend to all.

#RemajaPurba: ..

Drama: Pursuit of Jade (POJ)


Kadang-kadang aku sendiri tak faham macam mana sebuah drama boleh buat aku terlalu attached macam ni. Biasanya aku tengok drama, habis tengok terus move on tapi Pursuit of Jade (POJ) berjaya buat aku ulang rasa itu tanpa bosan.


- sumber en. Google -


Drama: Pursuit of Jade (POJ)
Drama lakonan Zhang Ling He dan Tian Xi Wei ini memang buat aku betul-betul obsessed. Jalan cerita, lakonan, chemistry, cinematography — semuanya memang sangat menjadi.

Marquis Wu'an / Xie Zheng lakonan Zhang Ling He yang telah diselamatkan oleh Fan Chang Yu lakonan Tian Xi Wei, seorang gadis kampung yang bekerja sebagai butcher gilr. Tanpa mereka sedari, takdir mereka sebenarnya saling berkait. Mereka berdua cuba mencari kebenaran di sebalik masa silam yang tragis sambil menuntut bela and of course they fall in love.

Lakonan kedua-dua pelakon utama — chemistry mereka memang luar biasa. Ada babak lucu yang diselitkan di tengah-tengah plot twist yang mendebarkan. Seni bela diri, babak pertarungan dan adegan perang are all seriously epic. Barisan pelakon pembantu pun sangat kuat terutama watak villains seperti Deng Kai dan Lin Muran yang super crazy dan semua pelakon nampak serasi antara satu sama lain.

Pujian memang patut diberikan kepada Zeng Qing Jie, pengarah drama ini kerana berjaya menghasilkan visual yang sangat cantik. Serius, gabungan pelakon yang kacak dan cantik, cinematography yang memukau, babak pertarungan yang padu serta elemen romantik yang banyak — memang lengkap sebagai sebuah drama yang peminat mahukan. OST drama ini pun sangat best dan I'm absolutely obsessed dengar berulang kali.

Pursuit of Jade ada semuanya — dan aku masih on the re run of those epic scenes sebab memang susah nak move on.

Baru perasan, banyak rupanya entry yang aku buat tentang drama POJ ni..
  • [SINI]Xie Zheng (Marquis of Wu’an) yang Viral
  • [SINI] — PURSUIT OF JADE - CDrama (2026)
  • [SINI] — Penangan Drama - PURSUIT OF JADE
  • [SINI] — Hujung Minggu + Zhang LingHe
  • [SINI] — If The Jinzhou Massacre 17 Years Ago Had Never Happened
  • [SINI] — Pursuit of Jade - Strong Outside, Soft Inside

Back to reality please Mak Budak tapi itulah yang aku tengok ulang kali.

#RemajaPurba: No more KDrama for time being.

Wednesday, May 20, 2026

Fasa MALAS


20 Mei 2026 - Rabu [3 Zulhijjah 1447H]

Ada satu fasa bila kita mula sedar tenaga bukan lagi untuk semua benda. Bukan sebab berubah jadi malas tapi tenaga dan emosi dah mula memilih. Kita dah tak mampu nak paksa diri untuk semua benda macam dulu. Sekarang, yang lebih penting cuma satu — hati tenang.


Bila usia makin meningkat selalu berada di Fasa M


Jika hari ini cuma mampu jadi versi 'Malas' — it's ok. Tak kisah kalau ada kerja yang tak sempat siap, asalkan hati masih tenang dan diri sendiri masih bertahan untuk terus jalani hidup macam biasa.

#RemajaPurba: Malas nak drive..

Tuesday, May 19, 2026

Tentang Status dan Jarak


'Status'

Aku memang jenis tak pernah update story. Story orang lain pun aku tak tengok.
'Kau tak tahu ke pasal dia? Dia ada update dalam story'.
'Kau tahu dia tujukan dekat siapa tu?'

'Kau tanya aku, manalah aku tahu sebab aku tak pernah ambil tahu'.

Bukan sombong. Aku cuma takut hati ni penuh dengan rasa yang tak elok. Kadang bila terlalu banyak tengok hidup orang, tak sedar emosi negatif mula menguasai — mula membanding, mula terasa, mula overthinking benda yang tak perlu. Jadi bagi aku, lantaklah orang nak update apa pun. Tak ada secubit pun rasa nak menyibuk atau cari makna tersirat.

Hidup jadi lebih tenang bila kita belajar untuk tak ambil tahu semua perkara — dan aku pilih untuk diam sebab aku dah penat jelaskan diri pada orang yang memang tak pernah cuba faham.

#RemajaPurba: ..

Sunday, May 17, 2026

Dari Gwenchana ke Wèi shén me


17 Mei 2026 - Ahad [29 Zulkaedah 1447H]

Ada masa, perkataan yang kita dengar berulang kali dalam drama boleh jadi 'favourite word' dalam rutin harian. Lagi-lagi bila tengah obsessed dengan sesebuah drama, sekali dengan dialog-dialognya pun boleh melekat dalam kepala. Jika biasa menonton sama ada drama Cina ataupun Korea mesti akan terkeluar dialog ni dalam situasi tertentu. 

Wèi shén me — kenapa? / why?
Gwenchana — tak apa / saya okay

Sejak fenomena drama Pursuit of Jade (POJ) di [SINI] aku asyik ulang tengok berkali-kali, jadi melekat perkataan — Wèi shén me? Sudahnya, dekat rumah pun mulut ni sibuk menyebut.. 'Wèi shén me? Wèi shén me?' 

Aku..?
POJ masih lagi ada dalam hati tapi sekarang tengah ulang tengok drama Youthful Glory di [SINI] sampaikan en. Hubby pun geleng kepala tengok sikap aku.
'Tak habis lagi ke dramanya?'
'Alah Babah.. ibu tu kejap je. Nanti ada drama lain, tukar pulak minatnya'.

Aku dah ada satu lagi drama, nanti aku update — kalau aku rajinlah.

#RemajaPurba: ..

YOUTHFUL GLORY - CDrama (2025)

 
12 Mei 2026 - Selasa [24 Zulkaedah 1447H]

Cuba untuk move on dari asyik ulang tengok drama Pursuit of Jade (POJ) di [SINI]. Kali ni aku layan pula drama Youthful Glory, ditayangkan dari 19 Mei 2025 hingga 2 Jun 2025 lepas. Kalau dalam POJ, male leadnya [Zang Ling He] asyik cedera je tapi dalam drama Youthful Glory, male leadnya [Sing Wei Long] setakat calar balar je. Barulah puas layan drama Cina genre historical. Tak lengkap kalau tak ada adegan lawan pedang.

Jalan cerita yang lengkap dengan pelbagai elemen — penyalahgunaan kuasa, konflik keluarga, arranged marriage, babak pertarungan, politik istana, perkahwinan, undang-undang sampai ke huru-hara dan kekacauan. Jenis drama takkan rasa bosan sebab setiap episod ada je benda yang berlaku. Babak lucu pun banyak, belum lagi plot twist dalam drama ni.

Youthful Glory
boleh ditonton di iQIYI dan Netflix


- SINOPSIS -
Pada tahun ke-11 era Chengkang, Prince Jiang Xu of Dingbei yang telah menjaga sempadan selama lapan tahun kembali ke Dinasti Daxian untuk menyiasat kes penyelewengan dan rasuah dalam ketenteraan. Namun tanpa diduga, di sebalik kes tersebut, tersembunyi konspirasi besar.

Bagi mencari dalang sebenar dan 'membersihkan' istana daripada pengkhianat, Jiang Xu secara sukarela berkahwin dengan Ming Tan, anak kepada General of Jing'an supaya keluarga Ming tidak dipergunakan oleh pihak tertentu.

Jiang Xu mula menyedari bahawa konspirasi tersebut sebenarnya berkait rapat dengan nadi ekonomi Dinasti Daxian. Demi menegakkan keadilan, Jiang Xu terpaksa menggunakan segala kemampuan untuk menjatuhkan semua pihak yang terlibat dalam rangkaian tersebut. Namun tanpa disangka, akibat siasatan Jiang Xu, keluarga Ming pula telah difitnah sehingga akhirnya seluruh keluarga mereka musnah.


Trailer of Youthful Glory
- sumber dari [SINI] -

Official Trailer Youthful Glory boleh tengok di iQIYI Official Trailer [SINI]

Song Wei Long, lakonan beliau memang tak menghampakan.

episode pertama


episode 2
Bergossip tapi diketahui empunya badan


episode 4
The emperor when they playing chess..
'you must look more hurtful after 20 whip, than just look fine like this'.


episode 5
ciri-ciri calon suami yang Ming Tan idamkan

dan..
Setiap episod ada jalan cerita tersendiri, lagi menarik bila ada plot twist.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
[Main Role | code name]:
Song Wei Long — Jiang Xu / Prince Jiang Xu of Dingbei
Bao Shang En — Ming Tan / Consort of Dingbei

[Support Role | code name]:
Bai Shu — Zhang Huai Yu (Heir of The Duke of Ping's House)
Quan Yi Lun — Shu Jing Ran (Son of Daxian's Right chancellor)
Yang Bo XiaoLu ting (Commander of The Imperial Guard)
Zhang Xiao ChenEmperor Cheng Kang
Li Hong TaoMing Ting (General of Jing'an)
Dai Lu Wa — Bai Min Min
Li Jun JieShen Yu
Tian Yu WeiZhui Ying
Ke YingYun Yi
[sebahagian watak dari keseluruhan dalam drama ini]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 

Cuma satu je yang buat aku rasa kurang natural — bahagian makeup. Kadang nampak terlalu tebal especially masa outdoor scene, tapi mungkin babak dilakonkan ketika waktu panas terik jadi makeup jadi kurang sempurna.

Aku..?
Keseluruhan jalan cerita Youthful Glory ni memang menarik dan tak rugi untuk ditonton tapi jangan dibandingkan dengan POJ sebab drama tu another levelchemistry, populariti sampai tahap viral pun susah nak lawan.

#RemajaPurba: sumber gambar dan video dan en. Google

Saturday, May 16, 2026

SELAMAT HARI GURU 2026


16 Mei 2026 - Sabtu [28 Zulkaedah 1447H]

Hari Guru bukan sekadar sambutan tahunan tetapi hari untuk kita mengingati insan yang pernah sabar membimbing, mendidik dan tidak pernah jemu memberi harapan. Setiap nasihat dan ilmu yang ditinggalkan menjadi cahaya dalam perjalanan hidup kita.


Selamat Hari Guru 2026

Semoga setiap ilmu yang cikgu ajarkan menjadi pahala yang tidak pernah putus.
Setiap penat diganti dengan kebaikan dan setiap doa yang cikgu titip untuk anak-anak murid kembali semula sebagai kebahagiaan dalam hidup cikgu



Selamat Hari Guru 2026 buat semua pendidik yang tidak pernah lelah menjadi pelita untuk anak bangsa. Terima kasih kerana terus mengajar dengan hati, mendidik dengan kasih dan percaya pada potensi setiap anak murid walaupun penat tidak pernah benar-benar habis. Jasamu akan sentiasa dikenang.


Bila dah dewasa baru faham 

Guru yang tegas dulu sebenarnya jauh lebih ikhlas daripada manusia yang pandai bercakap hanya ketika mereka memerlukan sesuatu.


Dulu kita marah sebab cikgu banyak menegur. Bila dewasa baru sedar dunia di luar sana langsung tak peduli kalau kita rosak.

#RemajaPurba: ..

Thursday, May 14, 2026

Sesekali Kena Tantrum Juga, Baru Dia Faham

 
14 Mei 2026 - Khamis [26 Zulkaedah 1447H]

Ada masa, kita penat bukan sebab kerja atau keadaan sekeliling tapi sebab terlalu lama memendam kecewasekarang jadi sebab kita lebih banyak diam dan telan rasa sendiri.


Perasaan yang susah nak digambarkan 

Kadang, tertanya-tanya, mana pergi lelaki yang dulu aku pilih untuk jadi suami? Entah ke mana hilangnya common sense dan rasa peduli tu.

Sampai kadang rasa macam diri ni dah bukan siapa-siapa dalam hidup dia. Penat sangat fikir tentang seseorang yang hatinya macam dah tak ada lagi untuk kita.

- sumber dari Threads -


— Antara perkara yang patut diambil perhatian supaya rasa sayang tu tak makin hilang
  • Jangan terlalu biasakan diri memendam rasa. Sesekali kena tantrum juga. Jangan telan semua sendiri sampai kepala jadi serabut. Dia takkan faham apa yang kita rasa kalau kita cuma bercakap dalam hati. Biar sama-sama rasa penat dan stress, baru adil.
  • Jangan terlalu merajakan suami macam generasi dulu ajar. Kahwin ni partnership, bukan ambil anak angkat yang dah besar. Sama-sama buat kerja, sama-sama pikul tanggungjawab. Ada masa lelaki ni 'braincells' dia lambat connect sikit.
  • Jadi isteri ni kadang memang kena ada darah pahlawan sebab ada lelaki yang hanya sedar bila kita dah mula melawan. Lelaki ni kadang kena dibentuk sebelum terlambat — bukan lagi budak purba yang semua orang kena faham dan mengalah.
  • Kadang kita bercerita bukan nak simpati pun. Cuma nak rasa dihargai dan didengari tapi bila respon sekadar 'hmm..' sambil hadap phone, memang boleh hilang separuh kasih sayang. Cuba isteri buat benda sama — diam, acuh tak acuh, tak peduli — tahu pula dia merentan.


Dulu..
Aku pun sama banyak memendam rasa konon nak elak dari bergaduh. Kemudian aku guna cara — kalau aku kata A, kalau tukar B ke C ke, aku memang tak nak terima. Kena tantrum juga, kalau tak en. Hubby tak faham. Kadang lelaki ni bukan tak sayang cuma dia lambat detect kita tengah makan hati.

Sekarang..
Tantrum juga — biar sama-sama pening kepala. Rasain lor..

#RemajaPurba: ..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...